Wednesday, December 30, 2009

Happy New Year 2010

Itu saja yang mau ku wish. Opps! Tasbih Cinta dah nak start! Bye2 2009.

Broadband kau milikku.

Sungguh direct tajuk post di atas.
Yup, semestinya kebingungan ku selama ini telah dihapuskan setelah decide membeli yang Celcom punya. Memang telah lama aku bertanya kepada orang dan survey2 sendiri supaya aku membuat pilihan yang paaallliiiing bijak untuk diriku sendiri.

Kelmarin aku telah berjaya persuade bpkku membeli broadband ^__^"
Hutang lok, pak. I pay u later. Aku membeli nya gara2 supaya tidak ketinggalan untuk
merembat gov't promo(merujuk kepada kelayakan mak aku) yang akan berakhir hujung bulan ini, tahun 2009. Aku rasa yang gov't ni lagi long-term privileges dia berbanding Student Package. Tapi xpelah. Aku dah decide. Full Stop! Ku masih simpan lagi mesej mak ku "Dah ada broadband sik bleh layap( tak boleh leka)". Aku pun reply "Don't u worry. I broadband for good".
Oleh kerana tidak mahu ambil risiko esok banyak orang ambil cuti awal kerana nak sambut Tahun Baru 2010, jadi 30 Dis 2009 adalah tarikh bday broadband ku.
Macam aku plak yang give birth to it. Hahaha. Cetak sijil sendiri. :P

Moga2 sem depan aku tak perlu lagi bingung oleh assignment yang memerlukan aku online sehingga lewat malam. Takkan aku kena gi U-Flo kn? (Ada ku kenak ambush pak guard dengan suluh di mukaku. Ujung2 nya takut nangga aku ingat aku tok antu main laptop, aku lak takut nangga nya kerana sik mok kena saman). Haha.

As for now, broadband ku blum bleh di activate lagi, samada malam tok nya berfungsi atau kena tunggu hari bekerja (next week) untuk Pak Celcom kita key-in eBorang ku ke headquaters nya.
Lihat lah di bawah, itula buktinya.

Monday, December 28, 2009

Emo sebentar

Yang mana aku nak cita dahulu eh?
Klu ada teman nak main Ooooh-Som/Phat bagi menentukan siapa dahulu yang start alangkah bagus.Ni tidak, jariku lincah di atas keyboard sambil kepala ini memuatnaik data yang hendak dicatatkan di sini.

OK lah, starting dengan zaman paleolitik. (Memuncungkan mulut sambil mengerutkan dahi)

>> Awal tamadunku di sekolah rendah.

Geng keras ku yang pertama; Naem. Yang ni sama skolah rendah dgnku sama kelas denganku. Ayahnya ahli surau dan juga merupakan kenalan datukku yang merupakan imam di satu area. Adiknya pula sama umur dengan adikku. Klu time KAFA, dialah yang selalu jadi geng main colop (main jadi) bersama si Zahed. Wah. Aku memang suka berkawan dengan lelaki tapi aku ada geng perempuan juga.Memang satu kepala. Sampai kotor baju kurung putihku tercalit dengan tanah. Diorang ada geng tersendiri kerana semuanya pakai songkok. Bleh dikatakan Geng 3 abdul. Namun, 3 abdul berpecah kerana Abdul Pertama telah pindah. Tinggal la 2 abdul ni. Habis sekolah, dua orang ni plak berpecah. Sorg masuk Sekolah Sains (Naem), dan seorang lagi masuk SMK BL(Zahed). Aku dgn Naem and Zahed ni tak contact lagi pastu. Between those, aku rapat ngan si Naem atas faktor di atas; sama kelas 1 Merah, datukku dan adiknya. Apabila aku masuk U, dia pun masuk juga. Sama2 excited. Tapi, dia lambat masuk satu sem menjadikan aku senior se-sem darinya. Muehehe. Seriously, dia seorang kawan yang baik dari dahulu hingga sekarang. Kerana dia memang masak giler dengan perangai aku. Tengkiu kerana sudi meng-edit beberapa kali advertisement hari ya, dengan praktikalnya lagi, dan semua itu di-edit 5 hari berturut2 dan upahnya 2 Big-Mac untuk kau seperti yang aku janji. :) Tapi, sekarang, geng keras ku yang pertama sudah hendak pindah ke Terengganu 1st of January dan rasanya dia takkan kembali di Kuching yang beliau telah bermastautin selama lebih dari dua dekad. Sehinggakan Naem tak mau mengaku the fact that dia memang darah tulen T'ganu. Haha.. Mengaku jak lah sia.


Geng keras ku yang kedua; Nurul (Un-un) Ini gengku yang sampai satu family dia add aku di facebook. Memang cukup rapat sekali seperti anak angkat plak. Huhu. Maknya cakap "Ktk sorg jak kawan OTS Nurul yang masih keep in touch". Nurul adalah kawanku yang sangat pandai, dan juga di antara kawanku yang jenis membawa bekal dan makan berdiri di bawah satu pohon pokok besar. Dan bekalan makanan kami juga sama iaitu roti paun disapu mentega takpun Lady's Choice. Dia ni memang BFF aku lah! Tahun 8 Jan 2010, dia akan jadi exchange student ke US. Nasib baek until May 2010. Kamu duduk baik2 ya di sana. Jangan mengurat mat salleh. Kesian si Amirul. Haha.


>> Di sekolah menengah

Geng kerasku yang ketiga; Mr. Keanu. Akibat dari kegilaan remaja dan similar interest dengan kengkawan, aku sangat suka membaca mags Gempak. Dan aku sangat suka dengan lukisan Ben dalam ruangan The Fishes. Tapi aku juga suka belek dalam ruangan berkenalan. Mana yang aku rasa nak kenal, aku nak jadikan pen-pal. Hantar punya surat, (zaman dahulu internet mahal) adala sorang mamat ni reply. Wow, wajahnya seperti ala-ala Keanu Reeves (Matrix pun naik pada ketika itu) bila dia menyertakan gambar passportnya dalam surat-surat seterusnya. Bagi dia sendiri, dia cakap muka dia iras Zamarul Hisham. Tapi gambar tu mana aku letak ek? Gila kan aku? Huhu. Dia sangaaaaat kelakar dan memang best. Bertukar no. hp. dan pada suatu hari dia kata ada seorang kawannya juga menuntut di U yang aku tengah blajar masa Dip. Aku tak perlu cari kerana Tuhan memang dah tunjuk. Pada AGM course ku iaitu DBS, aku telah diberitahu nama kawannya itu sebelumnya dan ketika attendent tu sampai ke tanganku aku sgt mengenali nama yang tertera itu. Stop! (kenapa aku rasa sudah melelat) Yakni kelmarin aku login balik Myspace ku yang berkurun tidak di jenguk setahun kot. Masa aku log-in, aku perasan top friends aku telah berkurangan wajah. Dia xde. Aku track balik past comment Takde!
Waa... ke mana kamu pergi??
ternyata Mr.Keanu itu telah delete akaunnya. Adakah dia terkilan aku memungkiri janji tidak bertemu dengannya sewaktu konvo hari itu? Peluang pergi ke KL tidak digunakan sebaiknya. Atau hal2 lain?.. Malam tadi aku terkilan sgt sebaik mendapat tahu dgn mata kepala ku yang dia delete akaun dia. Internet sekarang lebih mudah. Search melalui email, tidak dijumpai. Nasib aku taip full name dia. Ada! Terjumpa lak di fb. Happy mode kembali. Dan beliau turut ada blog. . Dan aku sudah add dia kembali. :)

>>Di Universiti,

Geng kerasku yang keempat; Izza. Izza aku kenali dan bertambah rapat sejak dia satu kumpulan memainkan drama Qaisy dan Laila sempena Malam Klasik kot. Tak ingat. Dan dia sama ahli level dengan ku. Mulanya perkenalan tidak baik kerana dia menyangka aku sombong setiapkali aku lalu di koridor level dan berselisih bahu. Best friend aku ni tak suka minum susu. Payah sangat nak tanamkan cinta dengan susu. Tapi, dia suka keju. Pelikkan. Huhu. Dan dia juga tak suka sos, baik sos tomato mahupun cili. Alasan nya, dia suka sos buatan sendiri. Aku lak... "????" Tak tahu lah dia mampu menghabiskan pengajiannya atau tidak, meneruskan nya di Sarawak atau di Semenanjung. Tak kisahlah asal kamu tamat dengan segulung Diploma. Andai kata awak berkeputusan menyambung di Semenanjung, saya gembira berkawan dengan awak sepanjang tempoh kita kenal. Nanti saya konvo degree, kita jumpa lagi k!

Malam itu aku tak dapat tidur kerana emo sebentar. Kemana jua kamu pergi, semoga 2010 membawa rahmat kepadamu dan kamu berjaya dalam hidup. :)

Friday, December 25, 2009

My day on Christmas

Me, mommy and daddy terchenta mengembara ke Kota Samarahan..
yea, kota yang bakal jadi new township area. Kota jadi Ibukota. Dats right!
Pergi ke sana memang ada tujuan.
Tapi bukan tujuanku jadi tidak ada kaitan.
And guess what, my eyes were captivated to new restaurant sharing the same building of KFC...


kau nampak tak?

kecilkan mata anda lagi...
dah nampak?
semestinya...

PIZZA HUT!
Nama pun under one roof, memang berkongsi atap. Hahaha. (Mula lah loya burukz)
Oleh kerana mata ini meliar lagi
kerana sudah sebulan tidak berkunjung ke sini,
maka,
satu penemuan akan didedahkan lagi oleh si karina ini.
(Syemah nampaknya bersemangat untuk mengetahui lebih lanjut.)
oh nampaknya bukan syemah seorang sahaja..
Si Ahmoi pun ingin tahu.. dan silent readers juga.
Baiklah, sebentar magic akan dibuat.




====





====






SCR pun ada jugak! Memang pelajar di sini akan jadi gendut kerana makanan sedap berhampiran dengan mereka.
Lebih2 lagi pada bulan puasa. Memang xde masalah nak cari tempat dan book keta sewa.
Mun McD ada sia, memang melampau manja dengan makanan.
Kota makanan ini. Fuh.
Sungguhpun aku x beli either makanan di situ, tapi aku balik dgn tangan tak kosong.
4 biji RM10!!
Familiar tak?








=====






=====







=====


Its durian yang berjaya di hangkut balekh!
Habuan dari Samarahan.
Walawey, ini syok betul ni.



Sejak dari tadi aroma durian blakang boot keta mmg mengancam bulu2 hidungku.
Balik tu tak sabar nak kupas kulitnya yang still standing tu.
Walaupun batuk, tetap juga nak makan king of fruit ni.



Ni klu lambung kat kepala orang mau mati dia.
Pengajaran, mak takut melihatku membelah durian kerana bimbangkan jariku yang terlalu dekat dengan parang.
Don't worry ma, trust me.
Tapi, membuka, mengopek kulitnya memang
mendatangkan kesabaran yang sungguh kepadaku
demi isinya yang lembut itu. And sweet... Mesti kau terliur kan?
Jangan ganggu aku. Hendak menikmati nya dengan aman.


Tuesday, December 22, 2009

Nak signature?

Anda nak apa yang anda inginkan selama ni?
Iaitu signature di bawah setiap post anda?
Nah..
Ini link dia.
Amik dari osha.

http://www.mylivesignature.com/mls_menu.php

Cat in The Jacket Sleeve

Tgh2 Yahoo homepage nak loading, tetiba ada satu video ni menarik aku untuk melihatnya.
Sbg peminat kucing, aku ni suke tgk aksi nakal kucing2 ni. Kewt btul kucing ni.


video

Sunday, December 20, 2009

Avatar Two Thumbs UP


Have you watched the movie? If you are in the range of 20+ and had seen The Lion King Movie, Toy Story, Monster Inc, Monster VS Alien... I recommend you Avatar. There are many reason made I fall in love with Avatar. Korang dah baca sinopsis? Mule2 aku xpaham gak tapi kepada sesiapa yang belum tengok, aku pendekkan cite supaya korang x tertanya-tanya kat rakan sebelah anda. Avatar ni adalah simulasi untuk menjadi Orang Biru yang membuat mereka mebuat perundingan dengan orang asli puak Omaticaya. Sebijik cam mereka. Navi = Orang Biru (bersungguh2 menerangkan dengan ayat yang lebih senang) Dan orang yang membuat simulasi itu adalah seorang bekas Marine bernama Jake Sully yang lumpuh kaki. Dia sgt syok menjadi Avatar kerana dia dpt berlari dan akhirnya tertawan cinta dengan the real Navi.

#1 Colors

Animasi 3D and CGI yang cukup cantik PLUS colournya sangat terang dan appealing.
Penggunaan colour Biru sebagai orang Navi stand out dari normal people. Aku suke bila orang biasa pergi dunia Navi (puak Omaticaya) yang sangat colorful di malam hari. Ko akan rasa, dunia nya seperti rainbow. Disinari dengan nature yang mengeluarkan cahaya cantik selain dari cahaya bulan.

#2 Orang Biru
  • Rambut bertocang - Setiap Navi memiliki rambut tocang kerana tocang itu ada gunanya. U find out why. Klu xde tocang tu memang takde maknanye ko jd Navi.
  • Size besar - Mereka lebih besar daripada manusia. Dikurniakan kaki panjang supaya mereka boleh berlari pantas. Oleh kerana mereka orang asli, semestinya mereka perlu berburu demi hidup. Klu masuk Olympic bleh raih banyak pingat emas.
  • Ekor - sungguhpun mukanya hodoh (bagi aku) tapi ekor itu akan buat lucu dalam pertengahan cite.
  • Sexy - Navy yang sexy tau! Tapi corak dan pakaian kat badan dia tu cover figure yang xpatut ditonton oleh lapisan umum.

#3 Binatang

Binatang nya memang aku xpnah bayangkan klu btul2 wujud. Badak sumbu nya mcm hammer-head shark, anjingnya macam serigala vampire, benih2 suci nya macam obor2 berenang di atas darat serupa lalang yang hinggap di mana2. Huish. Memang respect aku berjaya membuat daya imaginasi ku di perluaskan. Dia menunggang Ikran (dino yang bleh terbang) berlawan pula dengan ciptaan manusia mcm kapal StarWars. Ko bleh bayangkan x? Klu aku diberi Ikran tu, aku bleh balik sesuka hati aku xpun pergi ke pasar blkg UiTM tu. Parking pun x susah kerana Ikran bleh terbang. Duit pun xterbuang menyewa keta dan jalan pun x jam. :)

#4 Teknologi Avatar

Menonton Avatar movie pastinya memberi impak kepada penontonnya. Sambil menyelam kita minum air Milo ye. Habis je cita tu, bleh tak aku pinjam simulasi tu pastu aku control Avatar menggantikan Dr.V yang tengah mengajar. Hahah. Ko bayangkan mcm Surrogates la. Oleh kerana manusia dah adapt dgn lifestyle Navi, beliau pun jadi sgt kurus dan tumbuh jambang. Jgn syok sgt main mendalah tu sampai badan ko yang Ori tak terurus.

#5 Bahasa Navi

Semua kaum ada bahasa tersendiri. Aku suke bila dia originality guna bahasa Navi kerana aku bleh terhibur dgn cara mereka meluahkan perasaan cinta mereka terhadap nature and of course to their loves one.

#6 Persepakatan

Manusia bleh bergaduh antara saintis dan army tetapi pertalian antara Navi ni sgt kuat kerana mereka percaya keharmonian adalah segalanya jika mereka sebati dengan alam. Macam kita la, nak rumah kene tebang pokok, nak berlayar tapi minyak tumpah. Haiya. Dunia sudah polluted.

## Aku suke giler cita ni. Sgt kreatif!
Related Posts with Thumbnails

Blogger Template by Blogcrowds |Downloaded at Templates Blogger.