BEST! Aku mesti FOLLOW!

30 April 2012

Worst case scenario

Geng, today i wana share u my story selama bergelar anak rantau ni.

Hari ini hari Isnin, dan aku dikejutkan dengan alarm pertama. Ku tertekan off Snooze. Jadi apa yang terjadi pada diriku bila alarm yang kedua berbunyi??

GILA 8.15AM!! Ofis start pukul 8.30AM okay.. Usually at 8.15am I already arrive and on my PC. Tadi memang timing x cun. Baru bangun tido memang perkara yang tidak boleh dimaafkan. Haish. Rushing terus nak bersiap.

Tunggu lif punya lah lama and bila pintu lif terbuka, huih. Sarat betul dengan orang. Naseb badan aku ni kecik je and dapat selit kat ruangan yang ada. Pintu lif tu tutup betul2 depan muka ku. Syukur hidung ku ni tak kena sepit. Masih mancung lagi.

Dari tingkat 13 (aras penduduk) turun ke tingkat 7 (level carpark), pintu lif tu pun terbukak. Orang yg kat luar lif tu takleh masuk sbb memang takde ruang lagi dah sebelah sy. Bila lif mula close, tetiba dia bleh berbunyi tanda muatan lebih. Ingatkan ok bila saya step out dan masuk semula. Tapi, dia bunyi lagi. Aku jadi kambeng hitam la jawabnya, offer diri untuk keluar. Jumpa tangga, tapi tak bleh buka sbb kunci. Mak aie... tak lama kemudian, mat bangla keluar dari pintu tangga tu. Dia cakap lif 7 rosak. Geram, memang dah lambat giler. Aku menuruni spiral carpark tu gi tingkat 6. Lif tingkat 6 pun dapat turun sampai tingkat 4. Pastu ku keluar dan turun carpark spiral lagi sampai tingkat 1.

Ingatkan nak amik jalan mudah, aku pergilah cuba stop kan mamat teksi tapi diorang lalu je. Tak berhenti pun. Tak nampak isyarat aku kot. Tak bleh jadi, aku gi jalan ke monorail. Serious, macam peserta Amazing Race je. Cabaran betul la hari ini. Serius, tak mau lewat lagi. Aku masuk ofis kul 9am. Pergh.... Taubat nasuha. Tak nak rekod ku jadi buruk.

22 April 2012

My visit to Singapore.

Hellllooooooooooooo.....

Aha, i know some of my friends sudah senyum menantikan my blog. Ok, ok, this is what u want since you are aware of my trip to Singapore that day. Tiada hutang lagi kan? Yes. Settle.

It was my first trip to Singapore which I never wana loose my opportunity at my previous workplace. Pergh.. betol2 dia kasi kami pergi selepas JKM dapat 5 bintang siot. After what I had been through for example; documentation of portfolios and evidence, at last it had paid off. Sampai kul 2 hingga 3 pagi bah tu. To sum up, jom dengar me cerita ok.

Day 1
Flight KCH - JB mengambil masa 1 hr  45 mins la. Sampai je kat JB terus rushing naik tour travel bas yang telah disediakan. Seramai 35 org yang mengikuti trip ini. What I can see JB is a very nice place, we can see banyak building yang dibina atas bukit. Nice landscape. Laut dia sangat cantik, biru ja. We stopped by at Malay Restaurant to have our lunch. Then we gerak ke Johor Premium Outlet. Di sana mak oi... mahal giler barang. Have u pegang a jacket worth RM7000? Haha. I did. Jangan berangan nak shopping tingkat bawah. Seriously,... banyak kedai branded sana. Pegi tingkat atas, ada la yang mampu korang beli. Less than RM500 la. :P Nothing much i can say sebab masuk ja kedai tu, tengok2 and amazed, pastu keluar balik. Not worth shopping. Pastu sibuk2 tangkap gambar pastu masuk bas dan straight pegi Imigresen Singpore. Sebelum tu kami telah diingatkan seorang perokok HANYA dibenarkan 19 batang rokok dan satu lighter SAHAJA. Menggelepar semua perokok dalam bas cari ulat tukang bawa. Agik rasa! Haha. Tiba di kaunter, saya tergolong dalam grouping passport, jadi sorang tak boleh missing. Kalau x, semua xbleh masuk. Nak2 kena kira sampai puas hati. haha. Kelakar. Kami semua tujuh orang diketuai oleh Captain As. Naseb baik semua lepas. Xde yang kena tahan security. Malam takde wat apa sangat.

Restoran Minang

Makan kat Restoran Minang pastu shopping kat Mustapha Centre. Pergh,... layout dalam kedai macam bundle... tapi kedai jual barang branded. Can u imagine sandal perempuan like Clark, Scholl and so on harga $140 (dollar ok) but dia susun WITHOUT kotak and stagged jimat space? Another thing to ponder as a marketing student. Hilang istilah branded tu. Gitu juga dengan kasut Nike and apa2 la... PERINGATAN: Jangan beli sourvenir kat sana. TAK BERBALOI. Tak kisah la baju or key chain.. Menyesal wo sebab harga dia mahal skit. Sini recommended beli ubat-ubatan. Ramai cakap sini murah ubat dia.


Day 2
Awal pagi kami ada schedule nak pergi Lee Kuan Yew School of Policy. Yerp, lawatan sambil belajar dimuatkan dalam schedule kami. Di sana diterangkan sapa2 yang berminat nak sambung belajar memang dia tawarkan scholarship tengok kepada requirement. Di sana student2 dia dari pelbagai pelosok negara datang dan majority best student la. Anyway, sila layari website dia kalu nak tahu lebih lanjut.

Kepala saya hanya tertumpu pada Universal Studio (U.S) kat Sentosa tu je. Pas balik lunch makan Mongolian Food di satu tempat, kami tukar baju di hotel dan siap2, kitorang diberi setiap sorang tiket U.S dan dari jauh ternampak itu Castle. Serious!! Super Excited! Haha. 
Entrance Fee to Universal Studio, Singapore

Bayar sekali sahaja, bleh main SEMUA game. Kecuali makanan. Dah scan Pass U.S masuk gerbang, kami berpecah dan akan berkumpul semula di Globe U.S pukul 7 nanti. Sebab U.S tutup jam 7pm. Sungguh tak syok. Ingatkan sampai malam. Awak tahu tak, ktorang hanya ada masa 5 jam je nak explore semua. Game pertama yang kitorang main adalah Transformer Ride. Sungguh, paaaaaaaaaaaanjang giler queue dia. Can take u one to two hours wo... Make sure this is the 1st place u MUST visit. Klu tak, nyesal macam saya. Walaupun dah berbaris selama hmpir satu jam setengah, tetiba masalah teknikal pula. Saya dah sampai kat checkpoint amik spec 3D tu tau! Kat situ la pulak dia nak breakdown. Geng lain semua tak puas hati alu ajak keluar dari sana. Dah keluar, baru dia nak pulih. Haish. Kitorang frust alu kitorang nak jerit atas Roller Coaster. Hahah! Yang ni kitorang naik Galactica (biru). Lebih laju dari Human (merah) dan kaki kami tergantung. Wow! Scary siot!!! Aku tak tau apa yang aku sumpah atas tu. hahahahaha.. Gambar ade dijual lepas main tapi taknak la beli $18 semata2 muka sungguh buruk la jerit. hahaha
Pastu kitorang masuk Gerbang Egypt pulak. Abang mumia tu badan six pack wo. Geli tengok peluh mengalir badan dia sebab cuaca panas la. Ni lagi satu, ktorang tak masuk pun tempat game dia. Bila dah balik Kch, baru discover game dia thrill macam Transformer ride. Haish. Dahlah tak try Transformer, miss pulak Mumia Ride ni.

 Abg Mumia the Guardian of Egypt

Memang menyesal giler la, lagipun berkejaran dengan masa tu. Korang kena fikir masa tu diperuntukkan untuk queue up je. Kitorang masuk Far Far Away Kingdom dan visit Shrek. 


Let's meet Shrek at Far Far Away Kingdom

Saya aim nak cari si comel Puss In Boots dan nak bergambar dengan dia tapi tak jumpa. Kitorang masuk Pentas Shrek tu. Kena guna spec 3D klu nak feel. Kerusi dia bleh bergerak cth: Kuda tengah menunggang, korang dapat rasa. Kamu terjatuh pun kamu turut rasa yang kamu jatuh. Sedangkan kerusi ni sudah best, apatah lagi Transformer tu betol tak? Korang akan disembur dengan pancutan air dan angin sepanjang korang duduk. Memang phenominal la. Kena single trip la ni. Lain kali la. Pastu ktorang main plak Madagascar boat tu. Ahah, takde apa sangat. Just enjoy the storyboard sepanjang pelayaran tu. Ok la juga. At least sumthing that can enjoy u. 


 Madagascar Ride

Pandai diorang buat. Jurassic park MUST go and try their lifesaver boat tu. Klu korang nak experience kena sembur air, takpe la takyah beli baju hujan rega $3. Saya abaikan dan yup, saya basah. Thumbs up la boat ni, lagi best dar Madagascar. Thrill wo... haha. Suspen banyak alih2 dinosaur depan mata. Yela, kena menyusuri laluan gelap parit tu tetiba mengaum dinosaur tu. Bikin suspen! Pastu makan Nachos dia. Sedap. Terbaek dari ladang.

Jurassic Park


Pastu kami singgah di Dinner di Tambuah Mas at Tanglin Shopping Mall dan makan.. Ahah, sedap la makanan sini. Nafsu makan membuak2.



Day 3
Kami pergi city tour dengan Esplanade, Marina Bay, Flyers,....dan tempat2 yang menjadi lambang Singapore. 
Marina Sand Bay
Singapore Flyers

Merlion the Lion

Merlion tu amazing, cantik je binaannya. Pastu gerak gi Orchard Mall ... Haa.. sini baru berbaloi klu korang nak pegi beli perfume cute (miniature) tu ke, keychain ke, baju I love Singapore ke... ternyata boleh ditawar kalau borong banyak. Waseh... Hanya makanan hari ketiga ja tajaan sendiri. Selebihnya, ditanggung halal oleh organizer. Hm.. memang fast food je la korang fikir murah. Tapi McD kat sana sos cili dia tak nyaman lah. Macam guna cili api je. Tak sesedap sos cili McD kuching. Woah. I miss kuching lol! Ok la, sekian cerita saya. Thanks.