BEST! Aku mesti FOLLOW!

04 November 2011

The end is not satisfying, matai tajin!

Oh hi guys! I just finished off watching my korean drama "Coffee House" and I was a bit frustrated of its ending story. Aigoo~ Jalan cerita okay, quite predictable, but it went off beyond my imagination. I thought the writer would fall in love with his secretary. N.O! Hmm.. I like the secretary's hairstyle bila nya dah start 'kacak' ya. I observed how she dress, very casually and simple.  Yaii~ (Blushing) K dah2. Bye.

Image taken from : http://www.koreandrama.org/

01 November 2011

Reunion + Convocation ^_^

Bulan Oktober ternyata bulan yang paling berharga kerana bulan lepas telah melakar sejarah dalam hidupku dan juga teman seperjuangan July’09.. Aku telah dikurniakan ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Pemasaran  dengan Kepujian. Wow! Mengenangkan detik itu kembali rasanya baru petang kelmarin, tapi ia telah berlaku seminggu yang lepas. Sebelum konvo, geng Cool Batch tidak melepaskan peluang untuk hadir sesi reunion yang diadakan. Tempat biasa, D-11. Sukacitanya kami berkumpul, dukacitanya tidak semua yang turn up kerana agenda yang tidak dapat dielakkan. Dengan anggota yang hadir, sudah cukup memeriahkan suasana dan aku tidak ketinggalan kena masak skali dek kena percikan minyak/air ke badanku.  Fiona bawa DLSR kepunyaan kakaknya namun tiada yang sehebat Abg.Onggon mahupun Syemah mengatur lensa dan settingnya. Emma pula menawarkan diri untuk meng’adjust mode gambar namun masih tidak menjadi. Fazri dan Has sibuk mengeluarkan handphone canggih mereka dan kami menguntum senyuman marketers. Hahaha. Macam yang selalu aku senyum, bisa buat Agnes usikku dengan “senyuman marketers”. The day before konvo, bapakku tidak ketinggalan untuk mencari persalinan batik untuk dipakai semasa istiadat konvokesyen. Rata-rata harga mau mencecah ratusan,.. inikan orang biasa. Kalau menteri yang pakai, mau beribu. Pergh.. Aku suka bila bapakku setuju dengan pilihan ku, dan dia sangat segak mcm YB sehari. Semasa hari konvo, aku memang agak gabra sedikit. Macam-macam la yang aku buat memang tak kena. Semasa berbaris nak tunggu turn naik atas stage, bleh pula aku terlupa nak angkut sekali kertas nama panggilan nombor tu. Haish. Kena patah balik kat seat. Bila atas stage, aku sibuk mencari tanda pangkah atas karpet (spot di mana kena stop dan berdiri) untuk menerima skrol aka file. Dan bila dah selesai ambil, nak balik ke seat tu tak ingat mana duduk sebab aku disuruh urusetia untuk tukar alur barisan. Haish. Macam-macam pe’el namun semuanya kenangan indah di hari bersejarah. I got a Degree man! Sheesh. Hopefully it will not be just a piece of paper. It is something that u’ve gained for all of your hardwork. Did you remember Mr. Mukaddimah? When i went to work after I cuti from konvo, he said to me.. “What is Convocation means to you? Was it just merely what you have gained for your hardwork or was it giving you the inspiration to challenge yourself to get yourself to the next level”. (Mr. Mukaddimah memang suka bagi ceramah kat aku depan pekerja lain) Haha. I would say both. :D (Apa agaknya dia tengok dalam diri aku ni.. hm)