BEST! Aku mesti FOLLOW!

25 October 2011

Star bukan sebarang twinkle2.

Yeyeh, tamat sudah pertapaan di ofis menjadi sekretariat penarafan opis kepada 5 Bintang aka Star Rating. Dua bulan yang tegang telah berlalu, maaflah kepada gengku kerana kadang2 sms tak terbalas. Sibuk memanjang mengumpul bahan bukti untuk memenuhi kehendak soalan dan kriteria yang diminta. Tugas sekretariat ini bukanlah mudah, lagi2 orang tengok kamu sebagai budak cbg sahaja. Memang menjadi rutin aku dan sekretariat lain pergi ke unit-unit lain untuk meminta minit mesyuarat, brosur, majalah atau apa2 lah yang dapat dijadikan sebagai evidence. Mau tebal muka ini berurusan dengan pegawai focal person.  Tapi semakin lama semakin seronok pula menjadi sekretariat. Lama-lama orang pandang tinggi kepada sekretariat dan respek kerana sanggup bekerja lebih masa. Yup, paling lewat ku balik dari ofis  dekat nak pukul 3am. Standard klu balik around 11pm ke 1am. Pernah skali tu kena kunci dari  luar gara-gara adikku ingat aku tak pulang rumah. U know dat stainless steel padlock?? Wah. Mujur bapakku belum tidur lagi. Ntah camana aku nak terkial-kial kat luar sana. Makin lama, rupa-rupanya focal person pun sangat sporting kerana penat lelah dirasai bersama. Yelah, mereka pun kadang-kadang menyediakan bahan bukti tersebut lebih awal kerana lebih rela tak diganggu melalui telefon. Bila fikir balik, gerun juga mereka dengan sekretariat ni. Haha. Sekarang ni tengah menunggu keputusan untuk diumumkan, barangkali pada bulan depan. Hope we can achieve it. Amin~ Mana tahu dapat permanent job. Lagi masyuk. Tapi takla berharap sangat. Hanya berserah pada Yang Esa.