BEST! Aku mesti FOLLOW!

18 September 2011

Her cute request

Apakah request tersebut?
Korang mungkin tertanya apakah request yang berat sangat untuk dimuatkan di sini?
Bagiku, ia merupakan pertama kali yang aku bagi kepada seseorang yang bergelar mama.
Seminggu lalu mak ku ada request sesuatu yang aku berusaha dapatkan walau ku korbankan wang ringgit.
Dia request nak satu... birthday cake. Sebelum ini dia tak pernah minta apa-apa. Mungkin menyedari anakandanya ini sudah bekerja, dia mahukan Secret Recipe dariku. Alahai.. comel.
Aku tahu gajiku tidaklah seberapa, namun aku tetap tunaikan. Yela, setahun sekali kan.
Agnes menemani ku untuk cekidaut Kedai Secret Recipe di Satok untuk memilih cake sehari sebelum bday mama. Terima kasih Agnes, yang tak jemu-jemu menemaniku kesana kemari. Dan kami memilih "Chocolate Indulgence" selepas mengamati brosur tersedia. Rasanya tidak rugi lah memilih kerana kek tersebut tersangatlah besar dan tinggi berbanding cake biasa. Nak lebih kepastian, jenguk jer display kek di kaunter. Hehehe!



Sudah confirm, aku diminta menulis maklumat diri supaya mudah dihubungi. Tulisan atas birthday cake lak berbunyi begini "Happy Birthday to Mama. Stay young". Aku rasa sejak ku bekerja, tak kira lah gaji cukup sara diri, aku mampu menghadiahkan adikku Nasrul (baju 2 helai) dan Mama (kek) sebagai hadiah hari jadi. Kerana mereka berkongsi bulan September. Dan aku sangat suka bila mereka suka. Contohnya Nasrul selalu memakai baju yang ku belikan, dan mama pula memotong kek tersebut sebelum sempat ku kumpulkan ayah dan adik-adikku. Terbukti!

:: Kepada yang pernah menghadiahkan sesuatu kepada diriku, aku masih menyimpannya dengan selamat. :)

1 comment:

Syemah said...

Cute..hehe..
happy belated birthday to ur mum. :)