BEST! Aku mesti FOLLOW!

19 September 2011

Happy Birthday Agnes!


My my... Sudah tua kamu ya!
(Kanan: Trip klaz to Pulau Ketam)

Mengenali Agnes adalah tidak disangkakan, kerana raut wajahnya sungguh tidak friendly pada mulanya. Perkenalan di waktu Degree in Marketing semester ketiga tidaklah begitu rapat walaupun kami sama klaz. Aku pada mulanya tak hingin mau merapati beliau kerana masa tu aku kamceng dengan sama DBS. Dia lak DIB. Ratio DBS dan DIB adalah 15:6 (lebih kurang la, tak ingat bebudak klaz waktu dulu ada berapa) Serius, dia ni banyak mendiamkan diri dan sepanjang waktu kira invicible la dia ni. Hanya rapat dengan si ngegeh Jasmine. Ntah camane aku bleh get along with her bila masuk semester 4. Mungkin dia salu lepak di bilik Jasmine dan kami pernah buat QMT discussion bersama. Lagi rapat ketika Intersesi bila kerap skype untuk discuss subjek Managerial Economics. Pergh.. Tak puas hati ku discuss melalui skype, kena berdepan juga. Bukan senang nak tunjuk calculation klu tak berdepan, lebih2 lagi aku yang bebal ni. Bila dah berkampung dengan coursemate di hostel nak dekat time exam, masa tula dugaan hiburan dan makanan datang mari. Bila kami tension, kami petik gitar dan menyanyi. Agnes atau Alesia la tukang petik. Aku lak baru berjinak2 tapi pelajaran ditamatkan ekoran tak bayar yuran. Haha! Acah je. Klu stress malam2, kami makan supper. (Memang budaya tak sihat) Tapi aku cukup suka bila aku minta ajar Agnes main gitar, dia cukup sabar dan atur jari jemari ku ni petik dengan lembut. Masuk semester kelima, dia dengan artea jadi roomate aku. Honestly memang aku pada mulanya tak gemar kalau budak sama course sama bilik dengan ku. Dikhuatiri tak perform sangat kerana stailku blaja, aku memang tak suka bising. Bila dah sama, memang lah dugaan persaingan tu kuat. Nasib la diorang ni faham stail aku. Tak buat bising. Bising bila perlu. Semakin rapat pulak, semakin selalu gaduh. Ala, gaduh2 kucing. Esok hari baik la tu. Aku ni, kalau bab gaduh memang marah naik hangin satu badan. Tapi cepat cool lepas dibiarkan seketika. Pastu tak tahu camane nak rujuk kawan balik sebab kekok. Dia ni pulak, kalu marah.. terus nak buat discuss untuk tenang balik keadaan. Jadi, bila sebelah pihak dah masuk line, aku pun ok je. Cuba dia tak masuk, mungkin lama sikit jangka masa friendship tu nak pulih. (Ego) Paling amazing skali, dia ni sama tarikh lahir makku. Yup! Ada part memang sama. Semester keenam lak, kami praktikal. Memang tak disangkakan bila lecturer tu assign Sir B untuk jadi advisor kami. Dan kami kerap berkampung bersama di rumah dia takpun rumah aku untuk buat thesis. Dan pergi consultation ke kampus pun bersama. Angguk2, geleng2 jer kepala Sir B dibuat kami bila melayan kerenah kami. Sampaikan ditegur lambat datang. Huhu. Balik kejadian, kami ketawa dan reward diri makan di SCR Samarahan. Juga berkesempatan aku beli rim paper di Jinki kerana di situ lebih murah berbanding Kuching. Sepanjang proses pengangguran, kami apply CBG dan masing2 dapat. Tapi rezeki Agnes masuk dulu. Raya tahun ni Agnes berkesempatan untuk beraya bersama keluargaku dan dia ni ringan tulang tolong aku di dapur. Pasni konvo lak tak tahu dia masih meneruskan hidup di rantau Kuching. Walauapapun, aku doakan ko yang terbaek Nez dan aku suka kawan dengan ko. T_T Ko kawan gembira and sedih ku.


2 comments:

Syemah said...

Happy belated bday to agnes too.happy owez :)

xnez said...

Syima: Tq... Lambat li respon dari aku. Huahuahua..

Nad: Tq my friend. Ko pula kawan terbaikku. Thumbs up! Aku suka kawan ngn ko. Serious! Suka! SUka buli ko. Hahahahha.