BEST! Aku mesti FOLLOW!

16 August 2011

Friday Night Out

Semuanya tidaklah dirancang dengan sepenuhnya. Pada mulanya berjanji dengan kawan yang saya akan treat dia dengan makanan selepas gaji keluar. Tempat yang dirancang adalah steamboat terkenal di rantau Kuching iaitu D-11. Tapi tak syoklah kalau steamboat berdua sahaja. Tempat ni, kalu ramai orang lagi murah bayarannya. Korang nak tahu ke, dia kasi RM 19.00 each ( 1-2pax ) RM18.00 each ( 3-7pax ) RM 17.00 each ( 8pax or above ) "Pax" tu kira orang la. 

Malam before nak kuar tu, saya discuss dulu dengan geng saya ni nak tak ajak si Alicefiana dengan Alice lagi sorang namanya Aliceca. Nama pendek, Caca. Tapi saya hanya berhubung dengan Caca je la sebab dia yang pandai drive. KOmfem dia akan bagitau dan pujuk Alicefiana skali. Mula-mula dia cakap nak join, papehal dia akan inform balik kasi konfem. Pastu dia ajak la nak tengok wayang. Yang ni memang takde dalam rancangan, lagipun geng saya dah pesan yang beliau mungkin kepenatan kerana direct balik selepas habis orientasi. Alasan diterima. 


Sampai di D-11, saya dan geng terpaksa berbuka dulu mengenangkan saya seorang je muslim. Geng saya ni tak. Alicefiana dan Caca datang kemudian. Saya kena isi sikit demi sikit perut saya, namun lama-lama menunggu jadi kenyang pulak. Tak bleh jadi. Kena stop dulu. Lantas saya mengambil daging-daging dan sibuk-sibukkan diri menjadi chef. Bleh melekakan diri sementara tunggu diorang berdua. Bertemu seniorku, Apple. Tak sangka pula. Tak lama kemudian Caca pun datang. Dan kami makan dengan seronoknya~ Alicefiana gila amik telur burung puyuh. Habis semangkuk dia pi rebus dalam sup perencah tom yam. Pastu cedok2. Happy sungguh muka dapat cedok telur tu ibarat emas dalam belukar. 


Lepas steamboat, Alicefiana memujuk rayu saya dan geng saya supaya watch movie. Tapi dia belum pasti nak tonton cerita apa. Kami pergi STAR dan berkenan dengan cita The Rise of Planet Ape tapi malangnya kami terlepas pukul 9.00pm. Yang ada pukul 10 kelak. Nak tak nak, kami hampa. Caca dan Alice tak dapat balik lewat sebab dia kena balik Samarahan. Ntah camane Caca call si James dan dia happy ada teman untuk pulang konvoi kerana Samarahan memang ternyata gelap pada ketika itu. Dengan tiket RM8, saya kira sangat sangat berbaloi lah kerana sepanjang wayang dimainkan, saya sangat-sangat segar kerana dia banya selitkan babak action. Serius! You should watch it. OMG! Camne lah pusak ku pandei camya. Aku akan bersyukur jika nya pandei berak lam jamban dan flush sendiri. Fuh!

2 comments:

AmirFX said...

Haha.. Juh polah ubat k soh pusak boleh kuar masuk jamban n pandey nak flush jamban lepas pakei.. Kmk dah bingung juak ada pusak rumah tok berak ngarei...

karina said...

Ada nginang juak nya tek.. Yala kan? Hm. Pusak tok manja gilak. Tarit ekornya.