BEST! Aku mesti FOLLOW!

02 July 2011

Responsible for the knock!


Pagi itu, aku masih sempat menjamah seulas roti paun bersapukan seri kaya. Tidak seperti hari2 biasa yang aku akan skip breakfast. Rasa lega bila perut ini terisi dengan makanan. Setelah bersiap, i’m ready for work. Pintu kereta dibuka, namun aku sedikit tidak berpuas hati dengan seat ketaku berlubang sungguhpun kecil. Rasa nak mendengus pun ada. Dalam fikiran, nanti kau. Adikku itu memang gemar merosakkan barang aku.  Pagi itu sangat dingin sekali dengan tiupan angin sejuk. Tidak jadi ku membuka aircon, namun bila terasa panas,.. tetap juga aku membukanya. Ku putarkan aircon kepada number 1. Cukuplah. Sambil tunggu anjin kereta di  warm up, ku memerhati keadaan dalaman kereta ku yang sekian lama tidak diambil perhatian dan dimanja. Bila selesai, aku terus memacu keretaku. On the way, semasa aku nak keluar simpang.. kereta agak banyak dan susah hendak lepas. Baru sahaja ku hendak lepas, .......... Bedebuk! Aku kegeraman sambil menekan hon kereta sekali. Aku memastikan line clear untuk membuka pintu kereta kerana pada masa itu kedudukan kereta terletak di tepi jalan. Agak dalam juga belakang bonet kena langgar oleh pemandu Viva hitam. Dan ada kesan scratch. Hancur hatiku lihat kereta kesayanganku dikemek. Mujur tuan punya kesalahan itu mengaku lantas mengoffer diri untuk menanggung kesalahan yang dibuat. Pada ketika itu, amat penting sekali jika anda menyimpan sebatang pen di dalam kereta... or two. Dan pastikan anda mengambil butiran seperti Contact Number, IC dan Plat Kereta beliau. Ini berdasarkan pengalaman sendiri kerana aku hanya sempat save no sahaja. Plat kereta aku ingat, namun saja ku verify balik dengan follow up beliau. Ya Aku sangatx1000 bernasib baik berdepan dengan orang yang tinggi responsibility dan sangat jujur.  Sekian.

No comments: