BEST! Aku mesti FOLLOW!

28 June 2011

All I care is...

Old newspaper, surat khabar lama, old ziu baoshi… bateri keta lamak (Yah,.. intonasi mok ada!)..
HUargh… lama sungguh terlela di hujung minggu..  Dapat sik ktkorg imagine apa yang aku cuba nikmati. Neway, mengimbau balit apa yang aku lalui sepanjang 3 minggu bergelar pekerja kontrak tok, hm… aku bersyukur apa yang aku rasai setakat ini. Walaupun kerja nya seperti apa yang ku buat masa praktikal dahulu, namun setiap titik peluhku terbayar hasilnya (sungguhpun kering ntam air cond)
Mendengar terlalu banyak khabar angin mengenai seseorang, namun aku butakan mata, pekakkan telinga. Janji aku tahu apa yang aku buat. Bulan Julai aku banyak travelling, dan aku juga dikehendaki mengurus beberapa event. Serius! PADAT. Wah! Tetiba ada satu beban yang berat di bahu yang kurus tulang ini. Namun, aku anggap ini satu “experience” yang berharga selain mengurus projek jacket competition dahulu. Wow! Looking forward sejauh mana kehebatan anak watan Petra Jaya ini. Wakakkaa.. Ok lah sekian cerita dari ku.

19 June 2011

Usah meroyan lagi, sign up saja.

Yer, tamat lah praktikal training yang telah LAMA berlalu. (Saja emphasize lama sebab memang jarang dah update blog. Tapi bila syemah pesan, harus update selalu supaya Nuffy cepat naik... terus berkobar kembali) Hi geng, long time no see oh. Miss u all so much. hehe. Sesudah alam praktikal, memang cuti yang ditunggu2 kerana mau rehatkan otak dan badan. Kepada yang mempunyai saving yang mantap seperti geng klaz, diorang pergi vacation di KK. Hm.. bestnya~ Takpe, di Kuching ni masih blum puas raon. SERIOUS. Cuti tok ada lah juga browse cari2 keja lam tenet, dan ada juga amik keja sbg partime waitress. Asalkan keja halal. Cuti ni banyak juga diluangkan untuk mengukuhkan CV dengan melengkapkan apa yang patut, check grammar ngan daddy.. pastu amik  gambar passport se-korporat eksekutif yang boleh. Hehe. Klu dulu, muka cam budak menengah, kali ini... terpaksa menuakan diri sedikit. Apa boleh buat. Huhu..

Pernah dengarkan Capacity Building for Graduates (CBG)? Ya... itulah yang aku sign up bulan lepas semasa masih menjalani praktikal training. Dan kini aku adalah peserta CBG. :) Kerja-kerja tidak berkaitan dengan marketing sama sekali.. lebih kepada admin. Agak terkial juga menggunakan mesin fotostat yang kadang2 terprint A3 haha.. Keja proses mengefax pun masih lagi kelam kabut kerana byk step. BEFORE>CURRENT>AFTER fax. Kena taip cover la, cop la, buat salinan la... (Dalam hati, OMG) Aku mungkin diketawakan namun itu semuanya pengalaman yang aku boleh variasikan di dalam CV ku kelak. Yosha!