BEST! Aku mesti FOLLOW!

12 March 2011

Sesuatu.. di tandas ofis.

Ini cerita bukan rekaan semata-mata. Ini kisah benar, based on true story. Korang pnah tak mengalaminya .Jika belum, teruskan membaca. Kisah ini aku dengar sendiri dari seorang staff yang bernama Mdm C. mengenai seorang cleaner di ofisku. Maaf teman rapatku kerana tidak mampu untuk menceritakan kisah ini padamu. Aku hanya mampu memblog sahaja.

Hari Jumaat lepas, suasana di ofis seperti hari-hari biasa. Radio secara online dimainkan melalui laptop, memutarkan lagu-lagu yang hitz sekarang. Suasana pagi itu cukup ceria kerana mengenangkan Jumaat hari mulia dan bakal menyusuli weekend yang dinantikan selama ini. Kopi panas dihirup dan memanaskan badan yang tengah sejuk kerana aircond. Sesetengah staff tidak berada di ofis samada mereka minta cuti ataupun terlibat dengan program HPPN di Bintulu, tempat lahir Syemah dan Agnes. Aku tidak turut serta kerana tiada peruntukan untuk budak praktikal. Budget yang diluluskan tidak cukup.

Kisah yang ingin dikongsikan ini berlaku apabila seorang cleaner mengadu dia meremang bulu apabila Tingkat Dua sekitar jam 4.40pm. Bila diceritakan balik, aku tak sanggup untuk mendengarnya kerana aku ni.. geli sikit. Ye la, aku pun percaya kita ni berkongsi bumi dengan makhluk lain ciptaanNya. Korang tahu kan apa maksudku?

Sewaktu itu, kakak cleaner tu tak tertahan sakit hendak membuang air besar. Tandas di setiap tingkat telah penuh dan tandas pun tidak cukup hendak menampung staff yang banyak. Yang available ketika itu adalah tandas di Tingkat 2. Ya, di tingkat dua. Majoriti staff di tingkat dua mengambil flexible hour pukul 7.30am - 4.30pm. Dan tingkat Dua selalunya sunyi dengan lampu ofis yang sudah tertutup. Aku pun kadang2 memberanikan diri untuk pergi meletakkan dokumen yang telah ku siapkan di atas meja  dan bilik supervisor aku juga berada di Tingkat DUA!!

Kakak cleaner sewaktu bercerita pun masih terketar-ketar suaranya, kata Mdm C. Namun aku cuba capai dan menyelami emosi kakak tersebut. Mdm C tu pun meneruskan cerita. Difahamkan ketika kakak cleaner tersebut sibuk melepaskan hajatnya, dan pada ketika itu terdengar bunyi ketukan pintu toiletnya. Oh yeah, real knocking man! Gosh!

"Sekejap!" kata kakak tersebut. Difahamkan tiada sahutan dari luar pintu. Tetapi door knob dipulas-pulas, nasib baik dikunci. Kang ada adegan censored di sana.

Selesai hajat dilepaskan, maka dia pun membuka pintu. But nobody was there. Yang dia tengok pun, lampu ofis telah dimatikan kerana tiada  staff berada di situ. Semuanya telah balik. Exactly at 4.30pm .Pada ketika itulah dia mendapatkan Mdm C yang berada di Tingkat 1 (juga merupakan Tingkat aku praktikal), lantas menceritakan pengalaman itu.

Jam menandakan sudah pukul 5pm dan aku telah gembira untuk memasukkan kad punch ku kedalam mesin punch. Tett! Tapi, langkah ku terhenti apabila Mdm C memanggil namaku dan bertanya kepadaku "Ktk ada pergi ke tandas Tingkat Dua tek ka?" And I said... "YES!" Lalu terungkai lah jawapan kakak cleaner tersebut. 

Tapi di sebalik kisah tersebut, dalam situasi aku. Aku yang effect minum kopi hendak membuang air kecil di Tingkat 1. Tapi bila ku pergi ke tandas, tandas itu ada org. Aku pergi mendapatkan tandas di Tingkat Dua. Tingkat Dua juga telah di penuhi. Hm.. aku ada mengetuk, tapi tidak juga ku perasan ada orang cakap "Sekejap" seperti di atas. Mungkin sebab itu, aku tidak menjawab sebaliknya knock and pulas door knob pintu toilet. Ok, the door was locked from the inside. So, I go rush again ke Tingkat 1, mana tahu orang sebelum ini sudah selesai. Balik2, tengok Madam C pula yang menuju ke arah tandas di Tingkat 1. Mdm C ada tengok aku rush tapi dia first come first basis. So I backed off.

Hampa aku. Sudahlah tak tertahan nak membuang air kecil ini. Aku pun duduk ke meja sendiri dan menunggu cue Mdm C telah selesai. Dan, yeay, aku berjaya melepaskan hajatku. 

Dalam situasi Mdm C pula, dia kan sudah tertengok aku, tapi masih masuk sahaja ke dalam tandas. Bila diceritakan balik, dia ingat kerana itulah aku naik ke Tingkat Dua walhal aku balik ke meja sendiri di Tingkat Satu. Ertinya, aku pergi ke Tingkat Dua BEFORE Mdm C pergi jamban. You get me not?

I just answered it "YES", because I do not want to menakutkan staff and meleraikan misteri itu. I  just say sorry to kakak cleaner at the loby. Maybe it was me, maybe not. Mungkin akulah hantunya tadi, tapi lama juga kot kakak cleaner tu dalam tandas sehingga baru menceritakan kepada Mdm C. Anyway guys, maybe it was just me. Ok stop!! Don't takut2. (But seriously after I said sorry, kakak cleaner tu masih pucat muka dia. Mcm nak gelak pun ada. Rasa nak pat je on her back and say "Nothing la, its ok!")

2 comments:

she_mah said...

menyeramkan mula2..ko la ya..ko ada ketuk2 n pulas2 tombol pintu.(supaya x menkutkan dirik sendirik). aku baruk skali jak g toilet ofis. toilet ofis gelap mcm toilet spring. kakak aku cerita macam2 ya aku xberani

AmirFX said...

Kmk asa ya hantu Kak Limah.. Cleaner sebelum tok.. haha...