BEST! Aku mesti FOLLOW!

24 March 2011

Karina ada hero baru

Fiqah n me salu jadi mangsa workload. Hari Selasa Fiqah pergi bercuti ke KL meninggalkan aku seorang (budak praktikal) di Tingkat 1 ini. Memandangkan Fiqah bercuti, aku terpaksa menerima bebanan kerja dia seminggu ini. (Whadda heck!) Dia attached under Unit lain, dan saya Unit lain. Tiada persamaan di situ. Segala kerja yang dia buat, saya tak tahu dia simpan kat mana. Kat laci ke, kat database online ke.. mendatangkan kerumitan kepadaku. Serius, peserta yang datang meminta enquiries aku tak tahu nak jawab apa bagi pihak dia. Bos dia pun satu, langsung susah nak lekat kat ofis. Slalu travelling. Nak bincang pun susah.

Pada hari yang lepas, aku telah diberikan tugasan oleh individu ni Mr.W.. haish! Bingit otakku bila dia asyik minta aku taipkan dalam excel. Hari tu aku kena key-in 100 nama. Bukan setakat nama, kena letak IC lagi, alamat lagi, no. telefon dan sebagainya. Mau pening ku tgk nombor. Pastu, tengah2 ku key-in, Mr.H (supervisor) ku call bertanyakan tugasan yang dia bagi. Aku cakap belum siap. Aku tgh key in benda lain. Dia cakap itu bukan kerja saya. Itu kerja unit lain, jgn dibuat. Jangan bagi diorang rileks lebih. So, saya ckp je ok, ok.

Beberapa minit kemudian, aku terkejut, Mr.H buat pemantauan ke Unit ini. Masa tu Mr.W memalingkan badannya dan terkejut tersampuk terkedu apabila Mr.H menegur dia "Dia (aku la) bukan attached under Unit X, dia under SAYA". (Waaaa.. heroku~! Penegak keadilan!) Pastu dia blah. 1-0.

1 comment:

she_mah said...

whoahh..dah jadi kesayangan Mr. H..haha.. eh H?? :P