BEST! Aku mesti FOLLOW!

24 March 2011

Karina ada hero baru

Fiqah n me salu jadi mangsa workload. Hari Selasa Fiqah pergi bercuti ke KL meninggalkan aku seorang (budak praktikal) di Tingkat 1 ini. Memandangkan Fiqah bercuti, aku terpaksa menerima bebanan kerja dia seminggu ini. (Whadda heck!) Dia attached under Unit lain, dan saya Unit lain. Tiada persamaan di situ. Segala kerja yang dia buat, saya tak tahu dia simpan kat mana. Kat laci ke, kat database online ke.. mendatangkan kerumitan kepadaku. Serius, peserta yang datang meminta enquiries aku tak tahu nak jawab apa bagi pihak dia. Bos dia pun satu, langsung susah nak lekat kat ofis. Slalu travelling. Nak bincang pun susah.

Pada hari yang lepas, aku telah diberikan tugasan oleh individu ni Mr.W.. haish! Bingit otakku bila dia asyik minta aku taipkan dalam excel. Hari tu aku kena key-in 100 nama. Bukan setakat nama, kena letak IC lagi, alamat lagi, no. telefon dan sebagainya. Mau pening ku tgk nombor. Pastu, tengah2 ku key-in, Mr.H (supervisor) ku call bertanyakan tugasan yang dia bagi. Aku cakap belum siap. Aku tgh key in benda lain. Dia cakap itu bukan kerja saya. Itu kerja unit lain, jgn dibuat. Jangan bagi diorang rileks lebih. So, saya ckp je ok, ok.

Beberapa minit kemudian, aku terkejut, Mr.H buat pemantauan ke Unit ini. Masa tu Mr.W memalingkan badannya dan terkejut tersampuk terkedu apabila Mr.H menegur dia "Dia (aku la) bukan attached under Unit X, dia under SAYA". (Waaaa.. heroku~! Penegak keadilan!) Pastu dia blah. 1-0.

22 March 2011

Termalu, tersipu-sipu pastu blah..

Hi bloggers and stalkers,

How do you do? Dah breakfast? Aku blum lagi.
Siapa yang malu, siapa yang sipu? Sungguh rajin korang lawat blog ku ya. Bagus! (Pat on your back)
JOm dengar ada apa dengan aku last week.

Ingatkan korang tentang soalan bergerak? Ya, mission kat tempat praktikal tidak hanya berhenti di situ.
Geng rapatku, Agnes pun tidak terkecuali dan kami sama-sama berusaha mencari respondent melalui email dan facebook. Dan kami berkeputusan untuk distribute questionnaire kami di >> Boulevard, Kuching!.. Siyes! (Tak tipu)

Pagi itu, aku terbangun. Memikirkan bagaimanakah cara untuk distribute lebih questionnaire ni. Mau ada lebih 5 buku penuh dengan 10 helaian setiap satu. Hmm... Akal ku berfikir, mungkinkah di Boulevard jawapannya? Cuba nasib lah. Terus menyatakan hasrat kepada Agnes. Agnes setuju. Lalu kami pun bersiaplah! Dalam beg mesti ada:

1. Questionnaire berbuku-buku
2. Pen extra (lebih kurang lima pen)
3. Gula-gula (Tapi belum beli lagi...)

Tapi kami kekurangan kaki dan tangan untuk menyebarkan lebih byk questionnaire kepada respondent. Cuba contact cuzen kecil dan mempergunakannya (Nanti upahla~) dan Agnes pun mendapatkan aunty nya. Cuzen tak dapat ikut sbb blum siap keja umah, manakala aunty Agnes menurut perintah beliau.

Mak aie... before sampai di Boulevard, kami sempat singgah di Teck Kong untuk membeli gula-gula. 5 pack berharga RM9.50 in all. Trust me! RM9.50! Pergh... Lalu dibahagikan sama rata ke dalam tiga goodie bag kecil mcm santa. (Me, Agnes, n aunty Agnes) Gula-gula tersebut akan diberikan sebagai ganjaran selepas mengisi questionnaire kami. Riang betul rasa hati masa tu. Boulevard kami serbu! Dalam fikiran fikir 100% positif!

Masa tu hari Ahad, dan memang target kepada fast food di dalamnya (Research Agnes) dan supermarket (Research aku berkaitan dengan product). Menaiki tangga eskalator... muka kami berpaling antara satu sama lain.

YAAAAAAA~ (Terlopong mulut tengok ramai giler orang)
Agnes berpendapat "Nad, kita tok mcm reality show tauk!" (Aku mengangguk like Rockers YEYEH!)
Kami membentuk satu persidangan di sudut tepi kaunter pertanyaan... dan nak alah2 ter "Wei2. Ko la start dolok". Mata liar mencari mangsa... siapakah gerangan manusia bertuah kali ini dalam show kami?

Kami berganding bahu menuju ke arah restaurant dahulu... Limpas KFC, Kenny Rogers, Rasa Mas dan seterusnya Pizza Hut. Huish, nervous system breakdown! smackdown! and turning point balik ke KFC. Ok, keliru dan step seterusnya. Approach! Dengan termalu-malu Agnes hit ONE, Aunty Agnes tersipu-sipu hit ONE,... me none pastu... aku yang blah! Baru introduce dia sudah geleng... (Oh~ Hatiku kiciwa...) Mcm tak boleh jer diteruskan. Jadi, pergandingan ke supermarket (Research saya) tidak jadi diteruskan. Observation kami, peratusan 98% KOMPHEM reject!

Gula-gula tersebut? Reward sendiri jelah kerana sanggup pergi berperang. Hm... Aku balik dengan perasaan yang sungguh hampa sekali. Dan kami hiburkan diri dengan mkn ais kacang! =) Agnes's treat! Thank you!

18 March 2011

Soalan bergerak

Soalan bergerak.. haha.  I wanna variasikan my tajuk. Hm..
Anything came across your mind when u read this title?

Hi Friday, I'm so blessed when my HR manager was not around. She took her leave.
Phewh.. and then, my operasi berjalan. Mengedarkan questionnaire.
Tak ke soalan bergerak nama tu? Hee hee.
Sorry HR Manager, I hv to break the rule once.
Being budak skema as practical student kinda "janggal" for me.
I have to limit myself and I don't like for who I am. Becoz I now I have GOOD personalities in interacting with people. And there comes my smile with lesung pipit attraction. Nah, YOU SEE.
I got positive responses from your admin and finance staff,.. even the PENGARAH too. They are glad to participate in answering my questionnaire. Pengarah sendiri cakap, "Hantar jak ke bilit I, lak I tolong isi". (Hatiku berbunga bila dia sendiri offer nak isi) How come you limit my target group? You see it from your view as staff in department, ckp admin n finance department sik relevant to give response to my questionnaire. But I view them as a buyer and purchaser of product. In other words, consumers. They have income and they go shopping of course. Balit kerja sikkan sik meli barang bah. Haish. Ngenang kawu HR Manager, as a courtesy of respect jak ku approach ko riya minta izin mok edarkan ques. Mun sik, nama kampus ku jaik.

Sama ya juak mun kta bertenggek kat shopping mall, you still duno their background and randomly chose them. Lagi susah if they are unemployed, sikkah effect your targeted respondent. Sudah lah kena tanya sorang2.  Be intelligent, and save time. I am very sarcastic at my own time. HAAAISHH.. Tempa juak palak jadi researcher.

12 March 2011

Sesuatu.. di tandas ofis.

Ini cerita bukan rekaan semata-mata. Ini kisah benar, based on true story. Korang pnah tak mengalaminya .Jika belum, teruskan membaca. Kisah ini aku dengar sendiri dari seorang staff yang bernama Mdm C. mengenai seorang cleaner di ofisku. Maaf teman rapatku kerana tidak mampu untuk menceritakan kisah ini padamu. Aku hanya mampu memblog sahaja.

Hari Jumaat lepas, suasana di ofis seperti hari-hari biasa. Radio secara online dimainkan melalui laptop, memutarkan lagu-lagu yang hitz sekarang. Suasana pagi itu cukup ceria kerana mengenangkan Jumaat hari mulia dan bakal menyusuli weekend yang dinantikan selama ini. Kopi panas dihirup dan memanaskan badan yang tengah sejuk kerana aircond. Sesetengah staff tidak berada di ofis samada mereka minta cuti ataupun terlibat dengan program HPPN di Bintulu, tempat lahir Syemah dan Agnes. Aku tidak turut serta kerana tiada peruntukan untuk budak praktikal. Budget yang diluluskan tidak cukup.

Kisah yang ingin dikongsikan ini berlaku apabila seorang cleaner mengadu dia meremang bulu apabila Tingkat Dua sekitar jam 4.40pm. Bila diceritakan balik, aku tak sanggup untuk mendengarnya kerana aku ni.. geli sikit. Ye la, aku pun percaya kita ni berkongsi bumi dengan makhluk lain ciptaanNya. Korang tahu kan apa maksudku?

Sewaktu itu, kakak cleaner tu tak tertahan sakit hendak membuang air besar. Tandas di setiap tingkat telah penuh dan tandas pun tidak cukup hendak menampung staff yang banyak. Yang available ketika itu adalah tandas di Tingkat 2. Ya, di tingkat dua. Majoriti staff di tingkat dua mengambil flexible hour pukul 7.30am - 4.30pm. Dan tingkat Dua selalunya sunyi dengan lampu ofis yang sudah tertutup. Aku pun kadang2 memberanikan diri untuk pergi meletakkan dokumen yang telah ku siapkan di atas meja  dan bilik supervisor aku juga berada di Tingkat DUA!!

Kakak cleaner sewaktu bercerita pun masih terketar-ketar suaranya, kata Mdm C. Namun aku cuba capai dan menyelami emosi kakak tersebut. Mdm C tu pun meneruskan cerita. Difahamkan ketika kakak cleaner tersebut sibuk melepaskan hajatnya, dan pada ketika itu terdengar bunyi ketukan pintu toiletnya. Oh yeah, real knocking man! Gosh!

"Sekejap!" kata kakak tersebut. Difahamkan tiada sahutan dari luar pintu. Tetapi door knob dipulas-pulas, nasib baik dikunci. Kang ada adegan censored di sana.

Selesai hajat dilepaskan, maka dia pun membuka pintu. But nobody was there. Yang dia tengok pun, lampu ofis telah dimatikan kerana tiada  staff berada di situ. Semuanya telah balik. Exactly at 4.30pm .Pada ketika itulah dia mendapatkan Mdm C yang berada di Tingkat 1 (juga merupakan Tingkat aku praktikal), lantas menceritakan pengalaman itu.

Jam menandakan sudah pukul 5pm dan aku telah gembira untuk memasukkan kad punch ku kedalam mesin punch. Tett! Tapi, langkah ku terhenti apabila Mdm C memanggil namaku dan bertanya kepadaku "Ktk ada pergi ke tandas Tingkat Dua tek ka?" And I said... "YES!" Lalu terungkai lah jawapan kakak cleaner tersebut. 

Tapi di sebalik kisah tersebut, dalam situasi aku. Aku yang effect minum kopi hendak membuang air kecil di Tingkat 1. Tapi bila ku pergi ke tandas, tandas itu ada org. Aku pergi mendapatkan tandas di Tingkat Dua. Tingkat Dua juga telah di penuhi. Hm.. aku ada mengetuk, tapi tidak juga ku perasan ada orang cakap "Sekejap" seperti di atas. Mungkin sebab itu, aku tidak menjawab sebaliknya knock and pulas door knob pintu toilet. Ok, the door was locked from the inside. So, I go rush again ke Tingkat 1, mana tahu orang sebelum ini sudah selesai. Balik2, tengok Madam C pula yang menuju ke arah tandas di Tingkat 1. Mdm C ada tengok aku rush tapi dia first come first basis. So I backed off.

Hampa aku. Sudahlah tak tertahan nak membuang air kecil ini. Aku pun duduk ke meja sendiri dan menunggu cue Mdm C telah selesai. Dan, yeay, aku berjaya melepaskan hajatku. 

Dalam situasi Mdm C pula, dia kan sudah tertengok aku, tapi masih masuk sahaja ke dalam tandas. Bila diceritakan balik, dia ingat kerana itulah aku naik ke Tingkat Dua walhal aku balik ke meja sendiri di Tingkat Satu. Ertinya, aku pergi ke Tingkat Dua BEFORE Mdm C pergi jamban. You get me not?

I just answered it "YES", because I do not want to menakutkan staff and meleraikan misteri itu. I  just say sorry to kakak cleaner at the loby. Maybe it was me, maybe not. Mungkin akulah hantunya tadi, tapi lama juga kot kakak cleaner tu dalam tandas sehingga baru menceritakan kepada Mdm C. Anyway guys, maybe it was just me. Ok stop!! Don't takut2. (But seriously after I said sorry, kakak cleaner tu masih pucat muka dia. Mcm nak gelak pun ada. Rasa nak pat je on her back and say "Nothing la, its ok!")

Rewind balik otak

"OMG! Today is what date, class?"

"Today is Friday".

"No.. no.. I repeat, what date is today? D.A.T.E! Date!"

 = 11 MAC 2011 =

Paaaaaandai, ya ku sayang lebih. Demn! Aku terpaksa rewind balik kerana menyedari log book ku masih belum di isi sejak 22 FEB 2011. You heard me?! Yah... nasib baik aku ada catat sedikit sebanyak aktiviti aku dalam kalendar di atas meja ofis ku ini. Itupun kotaknya sungguh kecik dong. Kurang daripada saiz pemadam ku yang haus itu. (Bersungguh-sungguh describe betapa kecik kotak itu.) Segala aktiviti dalam tu aku main shortform je. Sekarang sibuk mengisi log book dan mata ku menyepet ke arah kalendar tersebut kerana ingin mengenal pasti apakah yang aku tulis. Ada yang aku sendiri main faham, ada yang aku langsung tak faham shortform ku. TEe Hee.. Ok Karina, semoga proses mengingat berjalan dengan lancer~

01 March 2011

Di sepanjang perjalanan

Ada apa dengan aku hari ini? Aku sangat ingin skali mengupdate blogku, dan berkesempatan untuk menceritakan tajuk di atas. Hari ni giliran aku untuk bercerita.
 Syemah, u stop jap. Haha.
Duduk dan dengar. (Bagus! Anak yg baik skali)
Ko ingat sik cerita tok? Kisahnya begini, alkisahnya begitu...
Blum apa2 sudah menguap. Lek lok pok.

(Cita dah nak start ni!) 

Suatu hari, geng kami yang terdiri daripada Has, Syemah, Agnes dan aku membuat aktiviti luar yang tidak seberapa lasak seperti pergi ...bercuti.
Masing-masing sudah janji akan membawa peralatan sendiri dan Has plak sediakan transport dan menyediakan pakej insurans untuk kami seperti yang dia urus masa lawatan ke Pulau Ketam. Haha.
Syemah pula jaga bajet penginapan dan makanan manakala Agnes pula dilantik sebagai tukang masak
Aku?
Ahaa... maintenance beb.
Tak kiralah maintenance dari segi keta mahupun maintenance human body. Erk.. Ehem. Peralatan kecemasan telah dipinjam. 

Lalu bermulalah pengembaraan geng kanak-kanak riang ini..


(Memang sengaja ku cari gmbr yang bertopi kecuali Has. Sekpa, Has ada.... "H.E.L.M.E.T".)
Dalam keta, bukan main gik melalak lagu masing2. Bila nak masuk simpang, yang bestnya, semua jerit... "To the left, to the left". Dengan kuasa kuda, Has mutar sterengnya sepenuh tenaga.. Hiyaargh.. Nah Has, tissue.

Di pertengahan jalan.. nak otw dah ni.. satu berita mengejut diterima. "Tweet2, Tweet2... MMS~" masuk lam inbox Has. Siapakah pengirim MMS tersebut?


"Kenak, Has?" I said.    


"Guys, guys... somebody wanted to join us but we were already on our way to our destination" Has replied. 



"Who is that? Syemah nyampuk.

 ...



.....





It's ALESIA! Kasihan dia ni, sambil buat muka kasihan. We wish she can join us but we were  too far from hometown. And we couldn't fetch her. Huhu. Next time Alesia. Ntah macamana si dia ni dapat tahu. Mungkin ada di antara kami yang dari tadi senyap dalam kereta sambil bermain Twitter.. Hm... (Could it be,... Agnes?) Mungkin.. mungkin... (Lama tak dengar Dr.V punya tagline)

We move on. La la la~ Keriangan sungguh..
Has sudah penat. Jadi we stop by kat stesen minyak terdekat 200m di hadapan
(mengikut signboard tepi jeraya).
Sapa2 yang tidak tahan kencing dipersilakan. Kosongkan pundi kencing anda. Muahahaa..
Tetiba, ada orang menyapa kami dari belakang. Orang sesat. Agnes yang sibuk memuja diri di hadapan kamera terhenti bila lihat dia ni. Lalu dia tersnap gmbr dia ni untuk tontonan umum.


SNAP! SNAP!



Nama dia Bella, kami sempat berkenalan. Namun kami terpaksa menolak harapan dia untuk tumpang kami kerana muatan kereta telah penuh sangat dengan barang2 yang telah dibeli di sepanjang jalan. Lagipun, dia tak mencukupkan syarat2 seperti memakai topi seperti yang lain. Panel juri telah decide untuk menyingkirkan dia. Oh.. tedah. Bye bye Bella.

Meneruskan perjalanan yang belum sampai-sampai. Hahaha..