BEST! Aku mesti FOLLOW!

08 December 2010

Nak bekal apa esok?

Itulah soalan yang lazim di tanya bila menjelang kul 9 malam sejak ku masuk praktikal ni. Sebagai ibu mithali teramat, dia sungguh concern akan ku yang mempunyai nafsu naga yang gemar makan sedikit tapi kerap lapar. Bukan tak baca doa jadi alasan, kerana perutku ini hanya mampu makan dalam kuantiti sikit. Pastu, beberapa jam kemudian aku akan lapar lagi. "Ktk nak bekal apa esok, nak?" sering ditanya oleh makku menyebabkan aku sentiasa cakap dengan control "Don't worry about me". Lepas dah decide, barulah pergi membeli roti nak buat sandwich. Setakat ni, roti je lah yang ku bekal. Leceh nak goreng nasi. Nak kena bekal sudu lagi. Aku masih bleh survive dengan sandwich. Gelak korang ea.. Aku ni practical student. 
Hidup kena budget beb. Lagipun, bagus apa bawak bekal setiap hari. Seolah2 kembali ke masa primary and secondary aku. Bahan makanan terjamin halal dan fresh. Confirm tak sakit perut. Oleh kerana waktu lunch tidak mengizinkan aku rehat terlalu lama, aku decide tak mau menyusahkan parents untuk ambil aku balik. Aku akan stay kat ofis buat apa yang patut. Kadang2, kalau bawa laptop... cerita2 yang terkubur lam hard disk kembali menemani diri ku yang sunyi. Takpun layan fb. Haha. Line broadband di tempat kerja tak sebest kat rumah. Jadi, sudah untukku cari bahan research. Lambaaaaaaaaaat! Jika tiada bekal, ada dua kedai makanan wujud di sekitar tempat praktikalku. Juga ada seorang penjual kerap kali datang kul 10am menjual makanan... tapi so far aku tidak pernah membeli nya .

Kerana 

aku 

punyai 

BEKAL

Hahaahaha.

2 comments:

she_mah said...

petang marek aku mengidam nak makan sandwich p blm gik g beli roti. polah ngan aku juak ya :P

karina said...

Boleh, asal ada bahan jak.