BEST! Aku mesti FOLLOW!

02 October 2010

Guys, you did great in seminar!

Seminar Kepenggunaan sudah berlangsung dengan jayanya pada 24 September yang lalu. Tahniah kepada group kami kerana telah memberikan kerjasama yang terbaik. Syabas diucapkan kepada cik Haslina kita selaku ketua projek kerana sanggup menerima tugas meskipun tugas tersebut sepatutnya diamanahkan kepada seseorang untuk menjayakannya.

Aku Karina yang first time memegang amanah sebagai emcee pada hari tersebut memang sangat nervous, kepala berserabut, skrip yang dipegang terketar-ketar. Percakapanku tidak selari seperti apa yang mahu disampaikan dalam otakku. Kalau lah kamu berada di tempatku.. seolah-olah semua memandang mu dengan harapan supaya "You better don't do any single of mistakes there!". Semua body language ku diperhatikan dengan jelas walaupun badanku cuma dilindungi oleh sebatang mic-stand.

Sebelum hari seminar berlangsung, aku memang tak bleh nak tido kerana kena fikirkan skrip dan pantun untuk menceriakan keadaan. Dalam kepala, risau juga kalau pantun yang dibuat ni seolah-olah memperlekehkan bahasa melayu kerana dicampurkan bahasa pasar. Namun, ku ubahkan sikit supaya tidak terlalu pasar. Risau juga tanggapan Dr. R terhadapku yang memandang tinggi akan pelajarnya untuk tidak menghampakannya. Bilikku sangat bising kerana ada tetamu khas. Otakku serius tak dapat nak fikir apa-apa melainkan kesenyapan malam. Masa yang terbaik dan otakku cergas berfungsi adalah ketika mereka semua tidur takpun mendengar headphone.

Hatiku sangat lapang setelah majlis berlangsung dengan baik dan mendapat komen positif daripada pihak penceramah akan group kami. Paling aku suka apabila uniform yang kami pakai (F1 Ungu) mendapat pujian. Pantunku disarankan untuk dijual oleh Dr. R dalam unsur gurauan. I like! Lagilah hatiku riang kesukaan. Kami menjamu selera dengan lahap dan kenyang celebrating our hardwork. Aku sayang mereka. Ntah mereka sayang aku ke tak.. Aku try menyatukan mereka semua dengan menubuhkan satu group di FB. Harapan akan mengeratkan silaturrahim sesama kami biarpun sudah bergelar graduan, mak, bapak, atuk dan nenek. Takpun pak cik dan...... mak cik! Haha. Aku tak kisah untuk melukis setiap muka2 mereka dan aku gembira mereka menghargai apa yang aku buat. Ada yang menjadikan lukisanku sebagai profile pic mereka. Aku tak kisah untuk menjadi informer segala tarikh2 yang penting seperti assignment dan sebagainya. Thank you BMB5M for making my degree moment to be more meaningful. Syemah, ko pun sik terkecuali. Hehe.

1 comment:

she_mah said...

eh, ada juak nama aku sia..haha

SYABAS2!
feel really happy bila kerja kita dapat pujian kan.. :)