BEST! Aku mesti FOLLOW!

07 October 2010

Parasit! Sila pergi jauh2.. tak nak kamu lagi.

Dinner Sabtu ni sangat lah ditunggu-tunggu namun aku sudah merasai kenebesan melampau kerana selain seminar itu hari, dinner ini paling digeruni kerana melibatkan lebih ramai VIP dan muka-muka selain dari bebudak klaz. Aku disuruh menjadi emcee dan "pasangan" ku adalah Azreen pada malam itu. Oh, I'll miss to see the show far from the stage enjoying all the performances. Now, me as being emcee shall create the ambience and excitements of the show. Both of us will create and manipulate the show.

Now, I can imagine both of us on stage standing before the audience. Macam Tyra Banks nak umum sapa supermodel ke peringkat seterusnya. Disinari lampu kuning yang buat muka kami nampak lebih glemeres...fabules... marveles. Temanya adalah Masquerade dan kenalah pakai topeng. Tapi emcee diberi pengecualian. P.E.N.G.E.C.U.A.L.I.A.N!! Hhaha.. Tak perlu bazir duit beli topeng.Tapi rugilah tak join org lain guna topeng. Bolehkah aku guna topeng untuk cover muka yang cepat gabra ni??!! Dan.. yang paling UTAMA, nak hide bukan satu.. tapi dua parasit yang bertapak di muka ku ini. Sehinggakan bebudak klaz mistaken itu adalah tahi LALAT! Oh tidak.. itu bukan aku. Itu kembar si Karina. Huhu... (Mana clearasil? Mana Oxy? Mana T3?) Cis..

Sibuk sangat memikirkan tahi lalat yang existence nya punca daripada stress, sampai buat-buat lupa aku kena prepare speech untuk aku sendiri bagi menyerikan lagi majlis Masquerade. Ada cadangan macamana aku nak buat intro yang best? Cadangan anda dialu-alukan..  Terima kasih!

No comments: