BEST! Aku mesti FOLLOW!

13 September 2010

Karina di aidilfitri

Yerh... bertemu kembali kita di halaman depan umah, jiran tetangga blog2 di blog. (Apaka..?) Agnes di sebelah umah aku, syemah di depan umah.. yang lain ya mengarei (merata-rata) jak(je) di perumahan tok (ini). Ntah lorong mana tak ingat. Kena buka peta Sarawak nak cari. Hehe.

Salam aidilfitri Karina ucapkan buat rakan taulan, sangat-sangat memohon ampun kerana lama sudah menyepikan diri, hampir dua bulan lamanya. Selama ini sibuk betul dengan segala jenis persiapan termasuk pertapaan di Gunung Serapi nun jauh di sana. Segala pertapaan itu telah menghasilkan satu jerawat besar bertapak bertempek di muka ini akibat kegiatan zombie di sana. Sangat aktif zombie di sana, sehinggakan aktif juga di bulan Ramadan yang mulia. Orang berpuasa, zombie pun sama menahan lapar dahaga. Dan bersungkei kan kertas assignment. Untuk pengetahuan anda yang tidak tahu maksud zombie di sini, ianya merujuk kepada aktiviti stay up yang melampau kerana membuat dokumen-dokumen penting. 

Okay. Banyak betul nak di summarize di sini, pertapaan di sana juga telah membuatkan Karina berkongsi dada.. eh, salah.. berkongsi ilmu di dada dengan mahaguru dari Pulau Ketam. Pelbagai pengalaman diperolehi termasuk berbasikal racing di sekitar Pulau Ketam, membeli ketam magnet buat nikam palak asuk(anjing) dan sepit idung mereka, makan lauk asam pedas dan macam-macam lagi. Nak tahu lebih lanjut, nanti jiran sebelah saya si Agnes menceritakan kepada kamu semua. Sila klik SINI. Dia biasa buat keja-keja part time cenggini. Sangat rajin!

Aidilfitri kali ini, bagi saya amat bermakna sekali meskipun kurangnya teman seperjuangan beraya di sini. Rata-rata non-muslim juga turut balik ke kampung halaman. Cousin pula beraya kat Perak. Saya ni... nak kata excited tak juga. Mood telah di ganggu dek assignment dan test yang bakal menyusuri selepas hari raya nanti. Dari pagi sampai malam beraya sakan, namun tgh malam sampai ke Subuh buat extra work untuk siapkan assignment. Ni baru satu yang siap. Ada lagi DUA! Selain itu, tambah TIGA untuk report. Presentation jangan kata lah. Test.. emph.. hari-hari mau kena test. Testing knowledge dari madam "I". Huhu. OMG! Dinner lagi. Sudah lah jadi MC. Speech pun blum prepare. Tapi hiba pula bila mengenangkan geng BMB5M akan membawa haluan masing-masing nanti. Next year, mana ada raya seperti ini lagi. Hanya berjumpa lagi di hari konvokesyen.

First raya ni, memang lah stuck kat umah nenek je. Tak dapat nak dielakkan apabila konvoi demi konvoi tak putus-putus datang dan pergi. Penat tak terhingga kerana aku menjadi part time waitress yang sangat berdedikasi walaupun tangan ini cuba untuk menstabilkan dulang air. Asyik to the left, to the left je. Hehe. Susah betul mau escape ke umah nenek yang satu lagi di kampung. Selalunya menjadi perkara wajib untuk bertandang ke rumah nenek kampung on the first day of raya. Second day pula, banyak menghibernasikan diri di umah, berikutan terlalu penat. Yang singgah pun malam je. Third day pula, aktiviti menambah lemak. Ow, saya bleh mengumpamakan diri ini sebagai hantu lapar. Malam disusuli dengan aktiviti visiting bersama Emma (geng kolej dan juga geng klaz di universiti)

Hm... setakat ini jerlah saya mampu berbicara. Gtg, mak dah panggil untuk serve orang. Hheee... Busy betul anak dara ini.

No comments: