BEST! Aku mesti FOLLOW!

12 September 2010

Agro di Selangor!

Lawatan akademik Agro-Based subjek di Selangor

3 AUG 2010 Samarahan.

Habis sahaja klaz kul 12pm, kami dimaklumkan bahawa tiada klaz kul 2pm. Apalagi, semua sibuk melipat itu ini masuk bagasi dan limit 7kg SAHAJA kerana Mr. Tony suruh begitu. Klu nak lebih, bayar la kau lebih. Flight ku agak tenang kerana 9.45pm jadi takla rushing sangat. Cuma kebulur la juga kerana telah bertolak dari Youth Floor sekitar jam 6.30pm ke airport. Sampai di airport LCCT, batch flight pertama terdiri daripada saya sendiri.. truz serbu McD di sana sementara menunggu ketibaan datuk dan datin batch flight kedua. At last, mereka pun menyusul dan bertolak sama2 menaiki bas ke kediaman masing2. PENAT!


4 AUG 2010

Berada di salah sebuah homestay di Shah Alam. Bangun agak awal, dan excited sangat2 hendak bertolak ke Pulau Ketam. Masing2 sangat bergaya dengan baju hitam marketers. Pagi itu lawatan ke Fish Farm. Mula-mula kena pegi jeti naik motobot yang ada air-conditioned. Nervous betul at first, sebab hendak melangkah kaki ke bucu piring motobot dan terlihat air di bawah ngeri. Tidak ku sangka kami berada di penternakan ikan di tengah-tengah lautan. Memang terasa bahang matahari yang membakar kulit. Di sana tergamam melihat Kerapu Kertang yang saiznya memang lah sangat besar! Itulah orang sibuk dagangkan sekarang. Harga meletup di pasaran asing! Petang tu pula, melawat Pulau Ketam. Di sana, kami berpeluang berbasikal sekitar pekan Ketam. Hajat datang kesana punyalah terbayang seafood di kepala, malangnya hanya mampu membawa balik magnet Ketam untuk dilekatkan di peti ais di rumah. Nak menantikan Ketam, kena bermalam baru dapat merasa. Ponek! Balik dari sana, aku ada experience yang kurang sesuai untuk tontonan umum. Huhu.

5 AUG 2010

Majlis Daerah Kuala Selangor menjadi destinasi terbest kami. Seronok mengenakan pakaian F1 kami yang baru berwarna purple... menaiki trem yang penumpangnya mcm kanak-kanak beruniform. Paling best bila semua merasai peluang untuk bertegur sapa dengan si lotong, yang mudah di rasuah dengan sayur kacang. Tapi jaga-jaga, yang betina agak moody berbanding si jantan. Yang menarik perhatian kami adalah anak lotong berwarna oren, jauh skali bezanya dengan induknya iaitu kelabu. Lotong tu macam smart je, rambut macam di style menggunakan brylcream. "Still standing?". Hehe.. Kelakar! Selepas itu, dibawa pula pergi melawat muzium permainan tradisional. Di sana, byk juga permainan tradisional yang kami tak pernah main. Memang memberikan informasi especially generasi muda macam kami ni. Agaknya itulah datuk ku main.. bukannya macam sekarang. U name it. Ps3? Xbox? Balik dari sana, iklan sebentar bersama kit kat. Pusat Pertanian Bestari Jaya menjadi hala tuju seterusnya. Penanaman Rockmelon menggunakan teknik fertigasi. Kemas dan mudah di handle. Tak perlu la sibuk angkat cangkul dan melepaskan kerahan tenaga yang besar. Buah rockmelon seperti honeydew, isi kaler oren dan rasanya kurang manis berbanding honeydew. Berebut kami menerkam apa yang terhidang di dalam pinggan, tak cukup itu, kami beli ramai-ramai demi kepuasan PERUT! Tak melepaskan peluang untuk berjumpa teman tapi mesra ku iaitu naim, geng skool lama. Bersama Ool yang sporting, membawa kami merasa membuka menu 8000 dishes, oopps terlebih zero. Kasihan si naim, dia mengidamkan laksa Sarawak. Meninjau uptown juga, tapi tiada hasil.


6 AUG 2010

Perjalanan pagi itu di Kilang Kopi FAMA yang terletak di Banting.Sepanjang perjalanan aku tertido je.. Biarpun bas bergoncang, namun tidak memberi effect kepadaku. Sampai je kilang kopi, kami dibawa En. Zakaria pergi melawat machine-machine pengisar, pemprosesan sehinggalah pembungkusan. Tidak ku sangka Sarawak merupakan pengimport paling tinggi produk keluaran FAMA anggerik sebanyak 80%. Tapi serius, kopi itu memang sedap! Mengandungi lebih 50% rasa kopi, original. Bukan perasa tambahan tau! Next destination mengambil masa yang agak lama skit. Aku rasa lama, sebab punggung aku macam krem je dok lama sangat. Dari Banting ke Rawang. Sempat lagi ku  tertidur. Agak misteri perjalanan kami di sini dan kami terkejut nak jumpa rusa tapi di bawanya kami ke shophouses usang. Deer Valley ni.. memang bagi kami kezutan. Bila si rusa menyambut kedatangan kami, dia akan "Say Hi!" Hhaa. Awas! Kuda juga turut ada. Pertama kali aku tengok kuda depan mata. Mantap dan fit sungguh badannya. Nervous juga kami apabila kuda tu mendengus. Pastu kami gelak. Aku cukup suka dengan layout di sana. Macam berbukit dan berpasir. Mesti seronok rusa tu berlari kesana kemari. Klu dia stress, ada spa untuk menenangkannya. Rumah gelap akan meleraikan stress rusa dalam tempoh sejam. Risiko untuk rusa mati sangat tinggi apabila dia di tahap stress. Either ia akan melompat tinggi dan menjatuhkan dirinya sampai mati atau heart attack serta merta. Balik dari sini, aku terus demam panas. Kerana cuaca panas buat perubahan 'iklim' dalam badanku. Sik cool eh guna cool fever. Tapi merelakan jua mereka yang menghulurkan kerana mau pergi shopping the next day. Kang ditinggalkan sorang2 kat rumah tak mau aku. Aku juga mahu turut serta!


7 AUG 2010


Hari Sabtu adalah shopping day!! Seperti biasa, pagi itu menunggu bas di tempat bas senang nak angkut kami, bertemu si Heather dan Bella. Aik? Rupa-rupanya rumah sewa mereka di sekitar ini sahaja. Sama-sama join the club nak pi shopping. Oh, seperti memang telah lama dirancang. Kami macam anak ayam yang terlepas dari sangkar. Ditempatkan kami di KL Central, ou can go anywhere u like tapi mesti jumpa balik tempat yang sama. Aku jalan with IDB group bersama si Agnes. Membeli tiket ke Jalan Imbi kerana Time Square!!! Lepas makan makanan yang MAHAL, kami tiba dan nganga di suatu tempat. Cosmo World! Roller coaster tu, hish.. buat aku jeles kerana yang lain semuanya pergi main. Cuma aku dan Fredda je yang tak main. Aku kerana badan ku tak sihat. Klu sihat, memang lah ku main. Hp ku memang aku tak bawa kerana sangat2 low batt. Aku ikut Fredda, tapi Fredda lama sangat di suatu tempat jadi aku pi windowshop kedai2 di level yang sama. Asyik dengan kedai baju, tetiba Fredda hilang jauh dari pandangan mataku. Aku buat-buat rileks... mencari dan hoping she is still around in the same level. Pastu pusing punya pusing, banyak betul muka manusia ni. Mana satu si Fredda ni. Yup, aku akui aku sudah takut. Nak telefon, tiada handphone. Nak cari public phone? Tak jumpa biarpun sekitar public toilet. Lagipun, aku mana ingat no. hp geng2 mereka. Ok, kaki sudah lenguh. Aku dok kat satu bangku, sambil mengeluh membawa beg laptop yang berat. Sudahlah badan tak berapa sihat. Haduih. Pandangan ku tertumpu di satu sudut. Berlari dengan slow motion... chewah! dengan muka happy aku tarik si Fredda. Terus aku minta Fredda membacakan no IDB lain yang tersenarai lam phonebook beliau.Takut giler aku sesat-sesat ni. IDB lain masih sibuk main funfair tu. Aku dan Fredda berjumpa semula si Heather. Oh thank god! Dari sini pula, Fredda meminta diri untuk pergi, dan aku diserahkan dalam penjagaan si Heather dan Bella. Di bawa pergi, terjumpa group si faris and the gang. Skali lagi aku di bertukar gang. Waduh! Semakin mengkhianati group IDB. But anyway, kami berjumpa semula di Sungai Wang. Demam ku semakin pulih. I like! Bengong betul aku tak tahu nak beli buah tangan apa kat sini, lalu kami patah balik ke time Square. Sangat2 sale. Jam yang dijadualkan untuk pulang semakin tiba, lalu kami bergegas balik ke KL Sentral. Sempat membeli sundae cone McD biarpun baru baik demam.


8 AUG 2010

Padan muka, aku batuk the next day. Berangkat ke airport around 5 sudah sampai.. ternyata breakfast di Marrybrown. Aku batch terakhir, jadi ada masa nak belikan roti-roti Gardenia dan High 5. Berlaku kebingungan di airport sebentar especially bab timbang-timbang luggage. Tp kami ada taktik tersendiri untuk melepaskan diri dari dikenakan cas RM100+. Sudahlah tak bawa cukup cash, tapi elok je angkut naik flight. Paling ku tak suke klu naik flight, telinga ku rasa nak pecah dengan frequency yang tinggi. Hish.. Tiba di Kuching, oh my,.. u r still the best!

2 comments:

xnez said...

i Like.... punya la rajin2.. hahaha,ni keja ko? hahaha...

she_mah said...

Nice story~prof rahman deen slalu cerita pasal kopi anggerik ya.nya crita kenak kopi ya sik popular. tapi sebenarnya nyaman n berkualiti.

mun mok kurangkan bunyi masa nait flight, mkn gulabatu masa belon ya mok nait.