BEST! Aku mesti FOLLOW!

26 June 2010

Ingin ku buat itu.. itu.. ini.. itu...

Bleh kata awal jugak aku tido malam tadi. Semuanya gara2 penat jadi driver kepada Cik Rosita dan tak lupa juga untuk menjadi kuli dia seketika menolong mengangkat barang. Nasib baik ada upah.. berupa voucher Nasi Goreng SeaFood di Idola Cafe siap Milo Peng fulamak! Rezeki jangan ditolak. Haha! Aku ingatkan kereta Kancil yang ku pandu tersebut mempunyai aircon seperti hari sebelumnya, tapi abang tu sewakan kami Kancil yang tarak aircon. Double Plus Penat Woh. Aku memang mandi peluh. Sila jangan peluk aku pada ketika itu. Nescaya kamu akan mendapat air kumuhan extra daripadaku. Wakaka! 

Aku bangun pada pagi ini, membuka fb yang membosankan dan melihat oww, cik Agnes kita bangun awal lagi daripadaku. Itu menunjukkan petanda yang sangat baik kerana beliau sudah sampai ke Bintulu. Mengalami kesukaran untuk bangun seperti biasa kerana bahuku sudah sengal-sengal. Cuti ini akan ku gunakan sebaik2nya kerana seminggu kemudian akan masuk Semester 5. Oleh itu, check it out apa yang akan ku buat...

1. Mengisi masa terluang dengan meng"update" blog ini. Ape ni basi sudah cerita... (Sambil memikirkan idea kreatif.. wahai idea, silalah keluar)

2. Kemungkinan akan re'test balik Lagrangian yang ku geram nak selesaikan. Re'test merujuk kepada perlakuan untuk menyelesaikan balik soalan Intersesi Jun2010 tempoh hari. Geram $%^&* (Alamak, kalkulator Nadiah telah diberi balik)

3. Memerah Otak dengan mencari warna baju korporat yang sesuai untuk trip kami yang akan datang. (Aku sudah secara sah dilantik menjadi ketua AJK baju Korporat bagi kedua-dua subjek Global dan Strategic Management. T_T... )

4. Bagi kucingku mandi!! Siaplah semua kucingku.. Akan ku tangkap sampai dapat. (Imagine aku kejar mereka macam Godzilla mencari mangsa)

5. Praktis gitar lagu "Tinggal Kenangan" sampai alunan nya lebih baik dari sebelumnya. Hehe.. Gitar Alesia sudah dalam genggamanku. Go Nad! Praktis! Agnes, klak ku buktikan padamu! (Mungkinkah mukaku masuk news lagi.. aku adalah seorang artis)

6. Mengemas serba sedikit rumahku yang berterabur. Oh anak dara, silalah jadi Cinderella.. (Gunalah Yoko-yoko)

7. Melayan cerita yang ku pirate. hehe. Semestinya masyuk~  (Mini Wayang lah.. wow!)

8. Cari balik kertas untuk di recycle menjadi BUKU NOTAKU semester 5. Kawan kelas ku masak sangat dah dengan otakku. (Kurang kertas dalam stor)

9.Menunjukkan skill membuat pau depan mak semasa ku bertapa di hostel. Kali ini, akan ku pastikan muncung pau itu tak terbuka ketika di stim kelak.(Membayangkan tepung2 penuh di mukaku..)

10. Wishing Syemah the orang tua 30 JUN ni.. Akan ku dodoikan dia lagu Doraemon pada hari tersebut. Wahaha. Sila buka skype anda syemah! (Ang..ang.. ang.. Totei Mo Dai Suki)

2 comments:

xnez said...

oitt!!! salam masuk..... cuba diam jak oh.. rehatkan bdn ya..... ishhh.... byk nar bnda mok polah... tauk la ko ya kuraninja!

AmirFX said...

Ktk pandei molah pau? Wadehhh... Best2... Mok pau inti kacang merah... mmmm... Nyam2...