BEST! Aku mesti FOLLOW!

24 June 2010

Semester 4 checked!

Merindui saya? Ya? Tidak? Alert!! Blog saya ni telah dipasang CCTV tau. Mueheehe. Mengaku jelah korang rindu "Ada apa dgn... karina?". Tiada apa dengan saya hari ni.

Telah berakhir sudah penderitaan intersesi ku dengan Managerial Economic membuatkan aku serba sedikit menarik nafas lega. Namun, jauh di sudut hatiku, risau akan adakah aku telah benar-benar membelanjakan RM200 untuk subjek itu dengan sebaik-baiknya demi kebaikanku dan kepentinganku. Balik dari test hari tu, aku hanya mampu mengukir senyuman sedangkan mata berkaca mengenangkan diriku. Balik dengan wajah yang lesu, perut yang TAHAP GABAN lapar namun masih takda mood nak makan. Aku terus rebah ke dada tilam, memalingkan muka ke arah dinding. Keadaan koridor sunyi seketika. Masing-masing melepaskan keluhan test tadi susah betul. Mereka pandai berlakon, menunjukkan wajah riang tak lama lagi pulang ke pangkuan keluarga beberapa hari lagi. Aku tahu, jauh di sudut hati mereka juga seolah-olah meluahkan tanda tidak berpuas hati dengan final paper tu. Ahh! Malas ku mengenangkannya lagi. Aku macam mengerti andai inilah asam garam seorang student yang bernama KARINA. Tuhan betul-betul menguji aku. Nicole' kucing yang aku sayang telah hilang entah kemana. Dalam kesunyian, Tuhan telah gantikan dengan sang badut iaitu anak kucing jiran sebelah. Tuhan telah mengabulkan hasrat ku, doaku untuk memperoleh AD sungguhpun performanceku tidaklah di tahap yang memuaskan. Ya! Memang aku gembira. Dan tidak menyangkakan sedemikian rupa. Di samping itu, tuhan telah menguji ku sekali lagi dengan keputusan intersesi ku bakal perolehi mempengaruhi CGPA ku. Huhu.. Takut! Moga-moga aku dan kawan-kawan tidak sangkut. Tak sanggup nak berhadapan dengan Prof. Wee secara full time next sem. Kepada ging yang mengambil paper e-commerce, selamat maju jaya. Alaa.. senang ja tu.  ^___^ Carrymark korang TERSANGATLAH tinggi. Sure boleh.

3 comments:

xnez said...

kalau x bljr mcm aku ni, susah juga la nad....

karina said...

Danger! Danger! Fish alert!

she_mah said...

hepi holiday~