BEST! Aku mesti FOLLOW!

08 June 2010

Imaginasiku dalam Resident Evil

Aku suka berimaginasi lebih2 lagi apabila aku mainkan watak heroin melawan anasir-anasir jahat atau  penyangak seumpamanya. Hehe.. Ini diilhamkan apabila aku teringatkan kisah misi mencari kucing kesayangku Nicole' yang telah masuk 5 hari menghilang. Kami adik beradik masing2 berikhtiar buat rondaan di kawasan perumahan, seperti misi menyelamatkan seorang anggota pasukan yang telah tertangkap dan dibawa ke sebuah tempat terpencil. Anda sudah dapat gambaran?? Ya, kali ini aku nak pasang mimpi dengan menggunakan watak yang sedia ada. Pelakon tegar yang sudi berlakon pada kali ini adalah Syemah, Zana dan Agnes. Misi kami adalah mencari si Has yang hilang. Di mana Haslina?? No one knows.  



Photos from LEFT were taken from various site that are related to Resident Evil.
 Photos from RIGHT were taken and cropped from Facebook. (Ngahaha!!)


Setelah disenarai-pendek melalui pertandingan "sapa paling cool", ternyata pilihan juri memang tak silap. Lihatlah muka mereka yang pergh... PERASAN betul di atas, cool kan? Mereka tak peduli kata orang lain. Terdapat seorang lagi sepatutnya, iaitu Has.  Akan tetapi, beliau terlewat nak menghadiri sesi photoshoot gara-gara motosikal si Faz meragam di pertengahan jalan sewaktu dalam perjalanan. Setelah dia sampai, kedai sudah tutup. Kasihan dia, Has telah menggila merajuk lalu membawa diri. Aiyo, susah betul mahu pujuk itu anak. Alu balik kampung.. Malam tu jugak dia packing barang naik bas ekpress balik Sibu. Kami tak marahkannya, nasibnya tidak begitu baik. Orang cakap, LIFE MUST GO ON. So, go head jak. No go Stan. Khabar itu telah mengejutkan orang ramai terutamanya orang awam yang telah daftar sah menjadi fans kami. Ada yang marah, ada yang kecewa. Kami diminta tampil kehadapan untuk menjelaskan situasi sebenar.


 



Setelah membuat press conference secara terbuka kelmarin kepada media, kumpulan  kami telah berjaya menangkis soalan-soalan yang menerjah kami. Kontroversi telah berjaya dileraikan. Kami berharap si Has tu sudah-sudah la merajuk. Peminat kumpulan kita sering melaung-laungkan nama kita. Tanpamu, anggota kumpulan underground kita takkan lengkap. Beberapa bulan telah berlalu, tahun berganti tahun... negara telah digemparkan dengan satu berita!! Nak tahu apa? Kejap, aku check news aritok lok. Hmm...




Headlines for today. H1Z1 Melanda lagi! Oh No!. (Hingus Zombie) Mengikut info, barangsiapa yang terkena jangkitan tersebut, seseorang itu akan ketawa tak henti, tak berhenti membuat soalan past year Managerial Economics dan seterusnya transform menjadi Zombie yang jinak. Hey, sawan betul. Pekan yang pertama yang disahkan adalah pekan Has. Lantas, ku teringat akan si Has. Haaassss!!! Cepat-cepat ku inform geng Cool ku yang lain untuk membuat mesyuarat tertutup yang hanya dihadiri oleh para ging sahaja. Diketuai syemah, kami berhasrat untuk turun padang dan menukar identiti kami kepada nama yang lebih cool iaitu Ada (Syemah), Rebecca (Karina), Jill (Zana) dan Sheva (Agnes). Costume kami juga terpaksa ditukar supaya menyenangkan pergerakan kami.Sebelum betul2 menghilangkan diri, kami telah meminta cuti sem daripada manager atas alasan mahu mencari ilham untuk jadi lebih cool di masa yang akan datang. Oleh kerana kami ni merupakan aset terpenting untuk syarikat mengaut untung lalu alasan kami diterima. So, off we go!!

Biar lambat asalkan selamat! Pernah dengar? Ya, oleh kerana kami mahu selamat tiba, maka kami bergerak dengan agaaaaak lambat mcm siput. Takut kang terlebih laju, speedtrap akan mengesan ketidakjujuran kami. Tiba di sebuah pekan terpencil, ternyata virus itu telah merebak dengan cepat (atau kami yang lambat datang ke sana?) Semuanya sudah transform menjadi zombie!!




SAY "HI" TO PAK CIK!!

Gerun juga lihat muka mereka ni. Tapi gerun lagi rupa Prof.W marah kot. (Kan Syemah?) Rata2 penduduk di sini semuanya telah dijangkiti wabak yang digeruni itu. KOta yang dikenali sebagai kota ceria bertukar suram. Yang ada bunyi Errr....errrrr... (Bunyi zombie ketawa). Aku tau bah mereka ketawa tu sebenarnya. 
Kamu tak percaya?

Kami decide mau berpecah mencari si Has kerana lupa nak tanya alamat ke rumahnya sedangkan Hari Raya Aidilfitri tak lama lagi nak menjelang. Apalagi... Rebecca (Aku) ke Utara, Ada ke Selatan, Jill ke Timur dan Sheva ke Barat untuk explore sekitar pekan ni. So pak cik mak cik zombie, shhhooooh... go away kami nak lalu. Jinak betul mereka ni. Rupa ja ganas. Tak kacau orang. Senapang tu saja ja bawa, tapi......... peluru getah. Kuang3XX... Nak tunjuk cool kan?


 

Cool kan Sheva? Dah check lom peluru yang ko isi ya? Zombie kat ctok byk. Silap2 ko yg bergelak sama ngan daknya. Ko tauk ka Artea ya dari pekan Sibu juak? Kompom ko sik tertahan penangan lawak si Artea ya.  Rasanya Artea dah lamak jadi zombie.



Terus cuak si Sheva apabila menyedari dia tak mau terjerat dengan Artea. Senapang tu segera dia kasi full loaded dengan peluru getah. "Bena juak, sik cukup peluru ku tok!" kata Sheva.





Setelah explore semua tempat, kami berjumpa semula di tempat yang dijanjikan. Ada Wong selaku ketua pasukan mengarahkan kami untuk bergerak masuk ke dalam sebuah hotel yang telah lama terbiar kira-kira 200m dari sana kerana signal cip Has sangat kuat. Full bar (Tolong abaikan jika aku ni karut. Kamu bleh segera tekan "X" untuk exit)
  





Setelah masuk, kami berpecah lagi. Jill mengambil langkah untuk naik ke tingkat atas. Manalah tau si Has melayan wireless di tingkat atas. Ternyata, bertemu semula pak cik zombie sekalian. Ucapan salam di beri dan tumpang lalu dengan selamat.



Aku pula decide nak cari tingkat bawah tanah. Mana lah tahu si Has ni suka main sorok2 dengan si Artea. Bleh juga aku shoot si Artea jika aku ditakdirkan berjumpa dengannya. Aku terjumpa satu bilik yang menarik perhatianku. Iaitu bilik admin. Penuh dengan keputusan final exam yang begitu sulit. Oh, sini rupanya mereka menyembunyikan kertas-kertas final exam . Tengah aku try nak selak satu-satu keputusan bebudak jurusan aku, aku terdengar pekikan orang meminta tolong. (Cis, kacau betul la!)





Sementara itu,....



Ada decide mau pergi ke lobby area yang sungguh gelap. Jangan risau, si Sheva ada menemaninya. Muka si Sheva ni garang skit bleh juga tolong menakutkan pakcik2 zombie yang cuba untuk mengorat ketua kami yang cantik dan sexy ni. Mereka berdua ni memang cun la orang Bintulu. Bleh bergandingan bahu dengan baik.



Penat2 mereka berjalan, mereka berdua kesemputan (kepenatan) setelah jauh berjalan. Besar juga hotel ni, bisik si Ada. Lalu mereka berkeputusan untuk berehat sejenak bersama Kit Kat. "Lelahku.. ilek lok!" kata Ada. Sheva menurut sahaja. Lagipun, keletihan sudah dia membuat muka gaok sepanjang masa. Sekarang tiba masa untuk mengendurkan otot yang tegang.




Dari tadi si Jill terkial-kial mencari di mana kelibat sang puteri Hashim ni. Lalu dia berpatah balik ke tingkat bawah kerana merasakan usahanya sia-sia sahaja.




Lain pula  kisah nya apabila tidak disangkakan Rebecca telah menjumpai Has!! Pergh, bapak besar ko nih! Adakah ko betul2 stress pasal tak sempat nak photoshoot hari tu? Sampai jadi raksasa zombie pula dia.





Aku jerit dengan penuh semangat! "Kembalikan Has kami!". "Tidak, aku tak mau balik ke sana! Aku selesa di sini dan ingin berhenti seketika daripada menjadi budak Cool" kata Has dengan nada raksasa. "Lagipun aku ni memang dah demam, tak da gunanya aku takkan sembuh! Silalah tinggalkan sini. Pergilah!" sambung Has lagi. Aku tak puas hati. "Aku mahu juga Has turut serta dalam krew Cool. Tak adillah ko meninggalkan kami begitu sahaja" ujarku. 


 Dengan peluru getah di senapangku... akan ku mengHUKUM mu!!!!! Pooof* Jadilah Has balik. :)


=


=


 

Setelah Has bertukar, yang lain pula menyusul. "Sorry guys, korang ni lambat betul la. Jom kita balik. Manager kta cari nanti. Jangan lupa, buat muka tu cool jer." sengihku dengan girang. The End~






(Sekali lagi cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata. Tp mempunyai maksud disebaliknya. Has, ko faham sik? Janganlah menyembunyikan diri terlalu lama. You're not cool. Haha)




5 comments:

she_mah said...

hahahaha.......nang siotlah..
tp nice story n pic!
"like"
hehehe...

xnez said...

Nad: beshhhh doe! Sheva.. gaox juak muka nya.. sesuai utkku la juak... mcm2 kat palak otak ko tok nad.. nang kreaaatifffff la!

Has, bena ya has.. boh lama gilak ko hilgkan diri...

kal jis (im not carl zeiss) said...

hehehe nang kreatiplah penceritaan ktk tuk.. alu poof jadi has indah hehehe..

niway kmk gelik juak main game tuk dolok hehehe...

AlinDeThoughts said...

oit! Biar masa menentukan~ :(

aleeya jo said...

B..mek suka watak mek jd jill..haha..yeahhh...kacak juak game ya oh..i mean graphic nya..mcm real jak..x sbr mok tgk cita RE:Afterlife eyh..