BEST! Aku mesti FOLLOW!

30 June 2010

Blogger will survive!

Oh yeay, dah genap 2 tahun Karina membuat aktiviti underground tanpa diketahui oleh geng-geng nya kecuali yang ada kaitan sahaja. Mun ktkorg nak gi tandas di Blok G kawasan kampus, ada tulis sia "FOR STAFF ONLY". Keh..keh..keh..

Sapa yang perkenalkan aku ngn belog2 tok? Di mulai dengan

BUNGA>KARINA>SYEMAH>ALEEYA JO>HAS>AGNES

Terima kasih atas support followers aku yang still tak removekan diri anda dari kotak Followers. Akan ku ngerepak lagi di masa akan datang. Sik sia-sia ku ngerepak, ada juak oleh nuffy ya walaupun sikit. Huhu. Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat kawan sekutu ku Syemah. Ko nang "kutu" aku la. Haha! 

So far, aku sudah selesaikan No.2 (Lagrangian), No.3 (Baju Korporat), No.5 (Petik gitar Tinggal Kenangan), No. 7 (Layan cita You Are Beautiful (ko)), No. 10 (Wish Syemah!)

Satu dua tiga... oh! Ada 5 lagi yang belum langsai. Cuti masih tinggal 3-4 hari lagi. Pasti boleh!

26 June 2010

Ingin ku buat itu.. itu.. ini.. itu...

Bleh kata awal jugak aku tido malam tadi. Semuanya gara2 penat jadi driver kepada Cik Rosita dan tak lupa juga untuk menjadi kuli dia seketika menolong mengangkat barang. Nasib baik ada upah.. berupa voucher Nasi Goreng SeaFood di Idola Cafe siap Milo Peng fulamak! Rezeki jangan ditolak. Haha! Aku ingatkan kereta Kancil yang ku pandu tersebut mempunyai aircon seperti hari sebelumnya, tapi abang tu sewakan kami Kancil yang tarak aircon. Double Plus Penat Woh. Aku memang mandi peluh. Sila jangan peluk aku pada ketika itu. Nescaya kamu akan mendapat air kumuhan extra daripadaku. Wakaka! 

Aku bangun pada pagi ini, membuka fb yang membosankan dan melihat oww, cik Agnes kita bangun awal lagi daripadaku. Itu menunjukkan petanda yang sangat baik kerana beliau sudah sampai ke Bintulu. Mengalami kesukaran untuk bangun seperti biasa kerana bahuku sudah sengal-sengal. Cuti ini akan ku gunakan sebaik2nya kerana seminggu kemudian akan masuk Semester 5. Oleh itu, check it out apa yang akan ku buat...

1. Mengisi masa terluang dengan meng"update" blog ini. Ape ni basi sudah cerita... (Sambil memikirkan idea kreatif.. wahai idea, silalah keluar)

2. Kemungkinan akan re'test balik Lagrangian yang ku geram nak selesaikan. Re'test merujuk kepada perlakuan untuk menyelesaikan balik soalan Intersesi Jun2010 tempoh hari. Geram $%^&* (Alamak, kalkulator Nadiah telah diberi balik)

3. Memerah Otak dengan mencari warna baju korporat yang sesuai untuk trip kami yang akan datang. (Aku sudah secara sah dilantik menjadi ketua AJK baju Korporat bagi kedua-dua subjek Global dan Strategic Management. T_T... )

4. Bagi kucingku mandi!! Siaplah semua kucingku.. Akan ku tangkap sampai dapat. (Imagine aku kejar mereka macam Godzilla mencari mangsa)

5. Praktis gitar lagu "Tinggal Kenangan" sampai alunan nya lebih baik dari sebelumnya. Hehe.. Gitar Alesia sudah dalam genggamanku. Go Nad! Praktis! Agnes, klak ku buktikan padamu! (Mungkinkah mukaku masuk news lagi.. aku adalah seorang artis)

6. Mengemas serba sedikit rumahku yang berterabur. Oh anak dara, silalah jadi Cinderella.. (Gunalah Yoko-yoko)

7. Melayan cerita yang ku pirate. hehe. Semestinya masyuk~  (Mini Wayang lah.. wow!)

8. Cari balik kertas untuk di recycle menjadi BUKU NOTAKU semester 5. Kawan kelas ku masak sangat dah dengan otakku. (Kurang kertas dalam stor)

9.Menunjukkan skill membuat pau depan mak semasa ku bertapa di hostel. Kali ini, akan ku pastikan muncung pau itu tak terbuka ketika di stim kelak.(Membayangkan tepung2 penuh di mukaku..)

10. Wishing Syemah the orang tua 30 JUN ni.. Akan ku dodoikan dia lagu Doraemon pada hari tersebut. Wahaha. Sila buka skype anda syemah! (Ang..ang.. ang.. Totei Mo Dai Suki)

24 June 2010

Semester 4 checked!

Merindui saya? Ya? Tidak? Alert!! Blog saya ni telah dipasang CCTV tau. Mueheehe. Mengaku jelah korang rindu "Ada apa dgn... karina?". Tiada apa dengan saya hari ni.

Telah berakhir sudah penderitaan intersesi ku dengan Managerial Economic membuatkan aku serba sedikit menarik nafas lega. Namun, jauh di sudut hatiku, risau akan adakah aku telah benar-benar membelanjakan RM200 untuk subjek itu dengan sebaik-baiknya demi kebaikanku dan kepentinganku. Balik dari test hari tu, aku hanya mampu mengukir senyuman sedangkan mata berkaca mengenangkan diriku. Balik dengan wajah yang lesu, perut yang TAHAP GABAN lapar namun masih takda mood nak makan. Aku terus rebah ke dada tilam, memalingkan muka ke arah dinding. Keadaan koridor sunyi seketika. Masing-masing melepaskan keluhan test tadi susah betul. Mereka pandai berlakon, menunjukkan wajah riang tak lama lagi pulang ke pangkuan keluarga beberapa hari lagi. Aku tahu, jauh di sudut hati mereka juga seolah-olah meluahkan tanda tidak berpuas hati dengan final paper tu. Ahh! Malas ku mengenangkannya lagi. Aku macam mengerti andai inilah asam garam seorang student yang bernama KARINA. Tuhan betul-betul menguji aku. Nicole' kucing yang aku sayang telah hilang entah kemana. Dalam kesunyian, Tuhan telah gantikan dengan sang badut iaitu anak kucing jiran sebelah. Tuhan telah mengabulkan hasrat ku, doaku untuk memperoleh AD sungguhpun performanceku tidaklah di tahap yang memuaskan. Ya! Memang aku gembira. Dan tidak menyangkakan sedemikian rupa. Di samping itu, tuhan telah menguji ku sekali lagi dengan keputusan intersesi ku bakal perolehi mempengaruhi CGPA ku. Huhu.. Takut! Moga-moga aku dan kawan-kawan tidak sangkut. Tak sanggup nak berhadapan dengan Prof. Wee secara full time next sem. Kepada ging yang mengambil paper e-commerce, selamat maju jaya. Alaa.. senang ja tu.  ^___^ Carrymark korang TERSANGATLAH tinggi. Sure boleh.

13 June 2010

Bleh pakai ke idea tu?

Sejak kehilangan si Nicole, kucingku...


...telah hadir tiga suria  yang mengisi kesuraman di hati ini. Tiga suria yang ku maksudkan adalah tiga ekor anak kucing milik jiranku. Warna kelabu (betina), hitam (jantan) dan hitam (betina). Anak kepada Princess yang telah mati akibat yang tidak diketahui. Tetapi umumnya semua kucingku sebelumnya mati akibat termakan rumput beracun. Kucing makan rumput sebab itu cara dia nak muntahkan isi perut yang tidak senang. Mestikah R.A,C.U.N? Princess sebenarnya mempunyai lima ekor anak kucing, namun dua ekor telah mati akibat nasib yang sama seperti dialami oleh Princess. Princess ni suka main di rumah kami, mungkin terdapat banyak gingnya di sini. Di rumahku sahaja mempunyai tujuh ekor, setelah Nicole pergi tanpa khabar berita. Mari, aku perkenalkan sang badut kepadamu... Pada suatu hari, bertempat di ruang tamu. Mak tengah sibuk manjakan kucing hitam (jantan) sementara aku pula tgh menjamu selera. Tiba-tiba, mak terimbas balik sambil berkata "Aih, nya tok kedak pusak Eveready. Ooh, berik nama "Bateri" jak nya tok". Aku lak tengah gelak2 menjamah nasi. Aku jawab "Mun ya nama Bateri, yang seekor ya apa namanya?". Mak pulak dengan spontan "Bateri-na!". Makin perey tetak.. Lawak na mak ku tok. Ngam.. ngam.. Terus, teringat pulak aku si kelabu yang telah diberi nama "Chumil". "Nya tok diberi nama Energizer la nak owh" kataku sambil menunjuk si Chumil. Hahaha.. Aduh2... Selama ni hanya Chumil yang diberi nama panggilan tetap di umah. Yang Bateri dan Baterina tu... Mcm nama pemain bola sepak pun ada. "Pierre" dan "Agguero". Huhu.. Tapi tak fixed. Last2 panggil "Kunta" and "Kinte" pula. Geng, bleh pakai ke idea tu? 




Kunta aka Bateri




Kinte aka Baterina


 

Chumil aka Energizer

12 June 2010

Macam-macam si NinjaKura

Nak dengar tak sebuah cerita,
Versi komik and pantun,
Pasal 3 sahabat punya cerita,
Yang baik dan sopan santun.

Inilah sahabat yang aku maksudkan,
Belajar kat IPTA di Samara...,
 Tak lain tak bukan,
Doraemon, Penguin dan Ninjakura.



One day Penguin dah ada gerek,
Dengan somebody yang manis raut wajahnya,
Jejaka idaman perempuan Malaya la tek,
Si Shah Rukh Khan oh namanya.



Tinggal la Ninjakura dan Doraemon yang masih single,
Meneruskan perjuangan anak bangsa.. bukan bangla,
Sik tauk bila gik mok bermingle,
Mereka mingle ngan buku jak lah.

Suatu hari Ninjakura bosan berendam lam air,
Jeleskan si Doraemon asyik terbang,
Doraemon bagi la helekopter lalu Ninjakura terharu sampai matanya berair,
Terhajat juga nya rasa nak terbang.

 


Nang sebaguna poket si Doraemon,
Macam2 perkakas nya bleh beri,
Mintak jak apa ktkorg mauk, nya on,
Semuaaaa nya sudi bagi.


Bila dah kat hostel banyak boring,
Nak riadah pun sikpat kerna busy buat assignment,
Hanya cerita Blogger Boy sempat di sharing is caring,
Manyak bagus itu cerita Cikgu Budi, aiseymen!





Pernah Ninja Kura dan Penguin bergaduh,
 Gaduh betul-betul sampai tak kawan,
Kelibat si Doraemon yang pandai memujuk doh,
Supaya mereka semua kembali berkawan.

 

Ninjakura otaknya sangat lembap,
Bila masuk you know itu calculation,
Pening kepala dengan Managerial Eco punya bab,
Sampai banyak dust pemadam di satu section.



 
Doraemon kasihankan dia dan bukannya benci,
Biarpun tahu ajar punya ajar masih tak masuk akal,
Lalu pergilah si Doraemon masuk dalam laci ,
Mencari somebody yang baik akal.


 

Masa lalu dan masa hadapan dicari,
 Merata sudah di cari di sana sini,
Nasib baiklah si Doraemon jumpa orang yang ingin dicari ,
Lalu mengangkut balik Mr. Skype ni.



Ninjakura ni bab makan paling suka, Common!,
Lebih-lebih lagi bila makanan nyaman,
Tergoda dengan dorayaki milik Doraemon,
Kenyang perut suka hati. Aumm....Nyaman~



Doraemon manas alu balit Miri,
Ninjakura sudah bersedih hati,
Bila bersua di lain hari,
Ampun maaf Doraemon jangan simpan di dalam hati.



10 June 2010

Rileks der, usah gundah gulana.

Tenang aja karina, biarkan aja student lain check result diorang.
Tadi kamu dah pi check tp malangnya "PAGE CANNOT BE DISPLAYED". Apuu~


 


Jadi bukan lah salah kamu. Lalu tertunda niat si Karina nak check result. Nantilah beliau check. Masa masih ada. Just a matter of sooner or later, as long as it is published and stored safe and sound. Tak sanggup ku menahan clutch dan break dengan lama. Nak kasi handbreak pun sudah lenguh asyik "insut" (beransur) skit demi skit. Mari bagi signal ke tepi, kita berehat sejenak minum kopi di Petronas dan melayan


=





=



=



09 June 2010

Special request

Nak dijadikan cerita based on true story, selama 3 hari aku dok check-in kat hostel menjadi budak illegal jap kerana tak mampu nak bayar bilik "suite". Ciri-ciri klasik masih dikekalkan dan amat mengagumkan saujana mata yang memandang. Huish.. binaannya masih teguh biarpun catnya semakin hari semakin pudar. 

Pada petang itu, kami decide nak membeli makanan untuk makan malam nanti. Aku, Artea dan Alam. Setelah bersiap, kami pun jalan ke belakang asrama Mulu dengan ngegehnya. Tiada lagi bisikan sang kera-kera kerana masing-masing telah dihantar ke zoo di tempat asal.




(Yarabi, ngegeh anak dara tiga tok lok.. )


Karina : Alam, ergh... what's fuor dinnergh tonnighte?
Alam   : Owh, let's make simple dish tonnighte.. called narsee gowring. You know narsee gowring? Don't know?? Ehh.. nasi aruk bah.
Artea   : Where to buy the perghenchaa? Go Green Shop can?
Alam   : Ow.. very green.. Where is dat? 
Artea   : It is lowcated opposite of Unaco Superman.. Oops! Supermarket. 
Karina : Hold on! A lot of moving tyres crossing. Guys, let's pandeng kerey, pandeng canon, don't look back.


Meanwhile, agnes is...




 

(Aku pun sik tauk nya dah sampei Pulau Tioman sik lam mimpinya)


After a few minutes of wandering,... a sudden call from the unexpected caller


Kring.. kring....


Artea : Guys, it's Corn calling.. Shud we answer it or not?
Alam : No, let the operator talks.. Haih, answer laa..
Artea : (Pick up the call) Herloww.. Yes jawgung! What can I do for you?
Corn : Yes, really! Can you do a favor for me? I'll get the kitchen ready and buy the things for.......... SPAGHETTI. Don't worry, I'll prepare everything as long as I get to taste the spaghetti. Really starving here (Corn is at his palapes dorm) Today is my treat. :) Pliz.. pliz..
Alam : Ow teddaa, Corn powneck! 
Artea : Ok, we'll meet up later to list down all the things you wanted.
Corn : OK! Set!




Demikian itu sahajalah panglipur lara, manjalara pada hari tuk. Kita sudahi dengan bubbye!!







Asal Corn (budak lelaki kelas kami) tengok si Alam jer, pasti spaghetti menjadi igauannya. Corn ni dah lama mengidam nak makan spaghetti yang gambar Alam upload di fb. At last, he TELAN 4 pinggan of spaghetti that nite, and finished up  remaining with his friends. Nafsu naga anak itu.

08 June 2010

Imaginasiku dalam Resident Evil

Aku suka berimaginasi lebih2 lagi apabila aku mainkan watak heroin melawan anasir-anasir jahat atau  penyangak seumpamanya. Hehe.. Ini diilhamkan apabila aku teringatkan kisah misi mencari kucing kesayangku Nicole' yang telah masuk 5 hari menghilang. Kami adik beradik masing2 berikhtiar buat rondaan di kawasan perumahan, seperti misi menyelamatkan seorang anggota pasukan yang telah tertangkap dan dibawa ke sebuah tempat terpencil. Anda sudah dapat gambaran?? Ya, kali ini aku nak pasang mimpi dengan menggunakan watak yang sedia ada. Pelakon tegar yang sudi berlakon pada kali ini adalah Syemah, Zana dan Agnes. Misi kami adalah mencari si Has yang hilang. Di mana Haslina?? No one knows.  



Photos from LEFT were taken from various site that are related to Resident Evil.
 Photos from RIGHT were taken and cropped from Facebook. (Ngahaha!!)


Setelah disenarai-pendek melalui pertandingan "sapa paling cool", ternyata pilihan juri memang tak silap. Lihatlah muka mereka yang pergh... PERASAN betul di atas, cool kan? Mereka tak peduli kata orang lain. Terdapat seorang lagi sepatutnya, iaitu Has.  Akan tetapi, beliau terlewat nak menghadiri sesi photoshoot gara-gara motosikal si Faz meragam di pertengahan jalan sewaktu dalam perjalanan. Setelah dia sampai, kedai sudah tutup. Kasihan dia, Has telah menggila merajuk lalu membawa diri. Aiyo, susah betul mahu pujuk itu anak. Alu balik kampung.. Malam tu jugak dia packing barang naik bas ekpress balik Sibu. Kami tak marahkannya, nasibnya tidak begitu baik. Orang cakap, LIFE MUST GO ON. So, go head jak. No go Stan. Khabar itu telah mengejutkan orang ramai terutamanya orang awam yang telah daftar sah menjadi fans kami. Ada yang marah, ada yang kecewa. Kami diminta tampil kehadapan untuk menjelaskan situasi sebenar.


 



Setelah membuat press conference secara terbuka kelmarin kepada media, kumpulan  kami telah berjaya menangkis soalan-soalan yang menerjah kami. Kontroversi telah berjaya dileraikan. Kami berharap si Has tu sudah-sudah la merajuk. Peminat kumpulan kita sering melaung-laungkan nama kita. Tanpamu, anggota kumpulan underground kita takkan lengkap. Beberapa bulan telah berlalu, tahun berganti tahun... negara telah digemparkan dengan satu berita!! Nak tahu apa? Kejap, aku check news aritok lok. Hmm...




Headlines for today. H1Z1 Melanda lagi! Oh No!. (Hingus Zombie) Mengikut info, barangsiapa yang terkena jangkitan tersebut, seseorang itu akan ketawa tak henti, tak berhenti membuat soalan past year Managerial Economics dan seterusnya transform menjadi Zombie yang jinak. Hey, sawan betul. Pekan yang pertama yang disahkan adalah pekan Has. Lantas, ku teringat akan si Has. Haaassss!!! Cepat-cepat ku inform geng Cool ku yang lain untuk membuat mesyuarat tertutup yang hanya dihadiri oleh para ging sahaja. Diketuai syemah, kami berhasrat untuk turun padang dan menukar identiti kami kepada nama yang lebih cool iaitu Ada (Syemah), Rebecca (Karina), Jill (Zana) dan Sheva (Agnes). Costume kami juga terpaksa ditukar supaya menyenangkan pergerakan kami.Sebelum betul2 menghilangkan diri, kami telah meminta cuti sem daripada manager atas alasan mahu mencari ilham untuk jadi lebih cool di masa yang akan datang. Oleh kerana kami ni merupakan aset terpenting untuk syarikat mengaut untung lalu alasan kami diterima. So, off we go!!

Biar lambat asalkan selamat! Pernah dengar? Ya, oleh kerana kami mahu selamat tiba, maka kami bergerak dengan agaaaaak lambat mcm siput. Takut kang terlebih laju, speedtrap akan mengesan ketidakjujuran kami. Tiba di sebuah pekan terpencil, ternyata virus itu telah merebak dengan cepat (atau kami yang lambat datang ke sana?) Semuanya sudah transform menjadi zombie!!




SAY "HI" TO PAK CIK!!

Gerun juga lihat muka mereka ni. Tapi gerun lagi rupa Prof.W marah kot. (Kan Syemah?) Rata2 penduduk di sini semuanya telah dijangkiti wabak yang digeruni itu. KOta yang dikenali sebagai kota ceria bertukar suram. Yang ada bunyi Errr....errrrr... (Bunyi zombie ketawa). Aku tau bah mereka ketawa tu sebenarnya. 
Kamu tak percaya?

Kami decide mau berpecah mencari si Has kerana lupa nak tanya alamat ke rumahnya sedangkan Hari Raya Aidilfitri tak lama lagi nak menjelang. Apalagi... Rebecca (Aku) ke Utara, Ada ke Selatan, Jill ke Timur dan Sheva ke Barat untuk explore sekitar pekan ni. So pak cik mak cik zombie, shhhooooh... go away kami nak lalu. Jinak betul mereka ni. Rupa ja ganas. Tak kacau orang. Senapang tu saja ja bawa, tapi......... peluru getah. Kuang3XX... Nak tunjuk cool kan?


 

Cool kan Sheva? Dah check lom peluru yang ko isi ya? Zombie kat ctok byk. Silap2 ko yg bergelak sama ngan daknya. Ko tauk ka Artea ya dari pekan Sibu juak? Kompom ko sik tertahan penangan lawak si Artea ya.  Rasanya Artea dah lamak jadi zombie.



Terus cuak si Sheva apabila menyedari dia tak mau terjerat dengan Artea. Senapang tu segera dia kasi full loaded dengan peluru getah. "Bena juak, sik cukup peluru ku tok!" kata Sheva.





Setelah explore semua tempat, kami berjumpa semula di tempat yang dijanjikan. Ada Wong selaku ketua pasukan mengarahkan kami untuk bergerak masuk ke dalam sebuah hotel yang telah lama terbiar kira-kira 200m dari sana kerana signal cip Has sangat kuat. Full bar (Tolong abaikan jika aku ni karut. Kamu bleh segera tekan "X" untuk exit)
  





Setelah masuk, kami berpecah lagi. Jill mengambil langkah untuk naik ke tingkat atas. Manalah tau si Has melayan wireless di tingkat atas. Ternyata, bertemu semula pak cik zombie sekalian. Ucapan salam di beri dan tumpang lalu dengan selamat.



Aku pula decide nak cari tingkat bawah tanah. Mana lah tahu si Has ni suka main sorok2 dengan si Artea. Bleh juga aku shoot si Artea jika aku ditakdirkan berjumpa dengannya. Aku terjumpa satu bilik yang menarik perhatianku. Iaitu bilik admin. Penuh dengan keputusan final exam yang begitu sulit. Oh, sini rupanya mereka menyembunyikan kertas-kertas final exam . Tengah aku try nak selak satu-satu keputusan bebudak jurusan aku, aku terdengar pekikan orang meminta tolong. (Cis, kacau betul la!)





Sementara itu,....



Ada decide mau pergi ke lobby area yang sungguh gelap. Jangan risau, si Sheva ada menemaninya. Muka si Sheva ni garang skit bleh juga tolong menakutkan pakcik2 zombie yang cuba untuk mengorat ketua kami yang cantik dan sexy ni. Mereka berdua ni memang cun la orang Bintulu. Bleh bergandingan bahu dengan baik.



Penat2 mereka berjalan, mereka berdua kesemputan (kepenatan) setelah jauh berjalan. Besar juga hotel ni, bisik si Ada. Lalu mereka berkeputusan untuk berehat sejenak bersama Kit Kat. "Lelahku.. ilek lok!" kata Ada. Sheva menurut sahaja. Lagipun, keletihan sudah dia membuat muka gaok sepanjang masa. Sekarang tiba masa untuk mengendurkan otot yang tegang.




Dari tadi si Jill terkial-kial mencari di mana kelibat sang puteri Hashim ni. Lalu dia berpatah balik ke tingkat bawah kerana merasakan usahanya sia-sia sahaja.




Lain pula  kisah nya apabila tidak disangkakan Rebecca telah menjumpai Has!! Pergh, bapak besar ko nih! Adakah ko betul2 stress pasal tak sempat nak photoshoot hari tu? Sampai jadi raksasa zombie pula dia.





Aku jerit dengan penuh semangat! "Kembalikan Has kami!". "Tidak, aku tak mau balik ke sana! Aku selesa di sini dan ingin berhenti seketika daripada menjadi budak Cool" kata Has dengan nada raksasa. "Lagipun aku ni memang dah demam, tak da gunanya aku takkan sembuh! Silalah tinggalkan sini. Pergilah!" sambung Has lagi. Aku tak puas hati. "Aku mahu juga Has turut serta dalam krew Cool. Tak adillah ko meninggalkan kami begitu sahaja" ujarku. 


 Dengan peluru getah di senapangku... akan ku mengHUKUM mu!!!!! Pooof* Jadilah Has balik. :)


=


=


 

Setelah Has bertukar, yang lain pula menyusul. "Sorry guys, korang ni lambat betul la. Jom kita balik. Manager kta cari nanti. Jangan lupa, buat muka tu cool jer." sengihku dengan girang. The End~






(Sekali lagi cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata. Tp mempunyai maksud disebaliknya. Has, ko faham sik? Janganlah menyembunyikan diri terlalu lama. You're not cool. Haha)