BEST! Aku mesti FOLLOW!

11 May 2010

Student montel wajib tahu mistake ni.



Sepanjang aku di asrama kan, lebih2 lagi dah khusyuk nak bertapa untuk exam, makanan telah menjadi perkara yang slalu diabaikan. Student slalu lupa atau buat-buat lupa yang makanan yang terhasil dari gizi seimbang akan membawa kepada pertumbuhan minda dan fizikal yang cergas. Ini adalah peringatan kepada diriku sendiri serta insan yang tergolong dalam chubby-chubby montel tu. Oleh kerana final exam jatuh pada penghujung semester di mana student akan mula pokai, otak pun dah full capacity untuk upload info+ baru, mata pun dah start jadi panda, cara jalan pun dah mula menjadi zombie dan rambut pun start berminyak ekoran dari tak cukup tidur.

Tapi apa yang aku cuba emphasize disini adalah walaupun kita student pokai, tapi mestilah pokai dengan BERGAYA. Bergaya dengan mata yang sihat macam lepas minum pati Inner shine BRANDs, senyuman mestilah IKHLAS walaupun gigi tak digosok dengan Colgate. Walaupun tak ada duit nak beli vitamin yang mahal2, namun kamu bleh ikuti perkara yang simple sahaja. Kawanku yang cute dan montel, mesti kamu dah penat berjuang mesti MAU KURUS, bukan? Tetapi hasilnya tidak memberangsangkan kerana berat kamu masih "maintain" malah menambahkan lagi berat badan kamu. Geng, kamu tahu tak apa mistake kamu dalam diet yang tidak betul? Aku merujuk kepada sumber yang boleh dipercayai iaitu magz REMAJA 07, (tapi diubah suai skit supaya lebih faham)




MISTAKES

1. Suka skip masa makanan yang ditetapkan.

Makanan secara teratur adalah 3 kali sehari. Cuba sebutkan? Breakfast, Lunch and Dinner. Pandainya pembaca blog Karina ni. Formula sudah tersedia, Karina suruh kamu ikut sahaja. Janganlah skip breakfast, kerana ia sangat penting untuk energi utama dalam melakukan aktiviti seharian. Sarapan dapat control kelaparan dan dapat menghindarkan kamu dari pengambilan makanan berlebih. Orang yang ikut sarapan akan menetapkan pengambilan diet yang seimbang. Selalunya orang yang akan bersarapan akan mengambil bijiran like Koko Krunch, roti, Nestum, Quacker Oat, buah-buahan, nasi goreng, dan pengambilan susu. Jangan pula mengambil dalam kadar yang banyak kerana akan menjurus kepada proses pembuangan tinja aka berak. Janji jangan skip. Percayalah! Kamu akan jadi cergas dari orang yang tak bersarapan kerana pengambilan scara teratur akan meningkatkan metabolisme tubuh yang membantu mengurangi berat badan.


2. Diet yang hanya fokus pada POLA makanan tertentu sahaja.

Diet yang hanya fokus pada karbohidrat sahaja, tetapi tidak fokus pada protein juga tidak baik untuk kesihatan. Mengikut observation aku di mana student selalu tapau lauk ayam dan nasi tetapi pengambilan sayur tidak dipentingkan. Adakah patut? Tubuh memerlukan pengambilan kalori dan nutrien yang seimbang untuk menjaga kesihatan badan. Kamu sudah mengambil majoriti karbohidrat pada waktu pagi, bukan? Karbohidrat lebih mudah dihadam berbanding protein. Masa lunch ni kamu sibukkan dengan Encik Protein kita kerana klu dia buat meeting dalam perut punyalah lama. Makanan berunsurkan protein lebih lama dihadam berbanding karbohidrat. Ikan dan daging adalah protein. Oh! memang menjadi lunch kamu tu. Tapi, ingat.. kurangkan nasi tapi lebihkan lauk. Sayur mesti ada ok! Amik kacang sebagai sumber asas untuk protein dan lemak. Selain itu, elakkan mee segera, makanan yang diproses (dalam tin) dan makanan yang berasaskan tepung kanji.


3. Kalori terlalu rendah

Tahukah kamu wahai perempuan, tubuh memerlukan 2000 kalori setiap hari, dan para lelaki 2500 kalori. Apabila kalori cuba dihadkan kepada 1000 kalori atau kurang, metabolisme kamu akan jadi rendah untuk proses pembakaran lemak dan kamu juga akan mengalami anemia. Anemia adalah dimana keupayaan badan untuk menghasilkan banyak sel darah merah dan juga kurang kuantiti darah hemoglobin dalam darah. Hemoglobin membawa oksigen dari peparu ke seluruh badan. You know oxygen sangat penting! Tanpa oksigen akan menjurus kepada lemah, kurang konsentrasi dalam pembelajaran dan akhirnya pengsan. Tapi jangan pula terlebih kalori, kerana ia akan mengakibatkan obesiti.


4. Tidak bersenam

Umumnya bersenam ternyata berkesan kerana memberi impak yang lebih menyeluruh. Dengan bersenam, ia akan meningkatkan kadar metabolisme dengan lebih cepat. Sebaiknya, kalau kamu suka swimming, lagi baik. Mana2 yang tidak suka keluar rumah, main Wii pun bagus kerana aku pun berpeluh juga main game boxing. Takpun main PS2 yang ada dancefloor tu. Hari2 lompat goyang mengikut irama, lama2 bleh masuk audition "Sayang You can Dance 2" kerana skill menari sudah cantik dan sexy. Haha. Bagi student pula, ada kawanku yang sign up pergi gym di kampus. Itu adalah satu initiatif yang bagus. Bagi aku, berjalan hari2 ke kuliah itu juga merupakan senaman ringan jalan kaki. Klu bleh, jangan pakai short cut. Naik turun tangga itu satu kemestian. Kampus kami punyalah besar.


4. Malas makan salad, klu makan mesti nak mayonnaise.

Pengambilan salad memang baik, tetapi perlu diingatkan mayonnaise itu juga mengandungi lemak yang cukup tinggi. Habis tu, klu nak makan mayonnaise tak bleh ke? Boleh makan, tapi kurangkan. Try makan begitu sahaja macam makan roti Gardenia. Kan lebih enak di makan begitu saja.


5. Tidak minum susu

Pengambilan susu setiap hari adalah diperlukan, terutamanya susu rendah lemak dan berkalsium tinggi kerana dapat menguatkan tulang dan melengkapi nutrien tubuh. Minumlah Anlene ok! Aku juga mengamalkannya. :) Klu bagi kamu "Yuck!", Dutch Lady pun ok janji Low Fat but Rich in Calcium!


6. Tidur tak cukup!

Masa ada berapa dalam sehari? Mengikut kawanku si fad punya presentation.. 24 jam di bahagi kepada 3 komponen utama. 8 jam untuk setiap KERJA, MAIN dan TIDUR. Di bawah adalah petikan dari saudari deeyan melalui fakta tidur.

Pernahkah anda mengalami keadaan
yang merimaskan terutama apabila sukar memberi tumpuan pada kerja atau
pelajaran, merasakan otak lebih lembap dan lambat berfikir berbanding dulu?


Mungkin ada yang berpendapat ia disebabkan peningkatan usia.
Mungkin pendapat itu benar tetapi kajian menunjukkan masalah sukar menumpukan
perhatian dan kelembapan otak ini mempunyai kaitan dengan kekurangan tidur.

Keperluan tidur setiap orang berbeza-beza tetapi secara
puratanya kita memerlukan tujuh jam tidur yang lena bagi membolehkan badan
berfungsi dengan baik pada keesokan harinya.


Tidur yang cukup bukan setakat merehatkan badan atau
mengelakkan masalah mata cengkung tetapi ia mempunyai manfaat yang lebih
penting. Tidur adalah satu keperluan dan ketika inilah badan akan memperbaiki
kerosakan yang berlaku pada sel serta membina sel baru.


Malah, ketika tidur, otak kita sibuk membuat persediaan untuk
menghadapi keesokan harinya. Kajian ke atas haiwan dan manusia mendapati tidur
yang cukup mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar dan membantu memelihara
daya ingatan seseorang.


Dalam satu kajian, responden disuruh bermain piano mengikut
nada tertentu. Kumpulan yang dilatih pada waktu pagi dan diuji 12 jam
kemudiannya tidak menunjukkan perubahan yang ketara. Tetapi kumpulan ini
menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 20 peratus selepas mendapat tidur
yang cukup.

Kumpulan kedua yang dilatih pada waktu petang juga menunjukkan
peningkatan prestasi sebanyak 20 peratus selepas tidur pada waktu malam. Namun,
ujian selepas 12 jam berjaga mendapati prestasi responden tidak berubah atau
tiada peningkatan. Ini menunjukkan tidur memainkan peranan penting dalam
kebolehan belajar.


Apa sebenarnya yang berlaku ketika tidur masih belum dapat
diterangkan dengan terperinci tetapi penyelidik percaya tidur membolehkan otak
memproses semula perkara yang baru dipelajari supaya ingatan itu kekal.


Kajian selanjutnya mendapati tidur sekejap pada tengah hari
juga dikatakan memberi manfaat terhadap kemampuan untuk belajar. Ujian ingatan
terhadap responden yang diberikan empat kursus secara terus menerus menunjukkan
keputusan yang agak buruk.


Bagaimanapun, daya ingatan mereka jauh lebih baik apabila
diberikan rehat (tidur selama setengah jam) selepas dua kursus. Keputusan ini
mencadangkan jika seseorang itu mendapat cukup rehat (fizikal dan mental)
mereka mampu mempamerkan prestasi kerja atau pembelajaran yang lebih
memberangsangkan.

Ini kerana selepas bangun daripada tidur, otak lebih segar dan
boleh berfikir dengan cepat dan tepat. Tidur yang mencukupi juga dapat
mengurangkan tekanan dan keresahan yang secara tidak langsung boleh menjejaskan
kemampuan belajar.


Mungkin inilah sebabnya mengapa bayi, kanak-kanak dan remaja
memerlukan lebih banyak tidur berbanding orang dewasa. Malah, kajian berkenaan
juga menjelaskan mengapa golongan yang amat muda ini mudah menerima dan belajar
perkara baru dalam hidup mereka.

Malah, tidur juga dianggap amat penting untuk proses pemulihan
terhadap kecederaan otak termasuklah pada pesakit strok kerana mereka perlu
belajar semula untuk menguasai bahasa dan rutin harian.


Ada penyelidik menyarankan supaya kita tidur apabila berasa
mengantuk. Namun, ramai yang mengabaikan keperluan badan ini dan berusaha
melawan rasa mengantuk sehinggalah tiba waktu untuk tidur. Ada juga yang masuk
tidur terlalu awal tetapi tidak dapat melelapkan mata walaupun persekitaran
bilik tidur sangat menyenangkan.

Bagi individu yang bekerja syif juga boleh mendapat manfaat
daripada tidur walaupun waktu tidur mereka berubah-ubah. Apa yang penting ialah
mereka mesti mendapat tidur cukup dan baik (lena).


Tuntutan dan tekanan tugas membuatkan ramai antara kita yang
mengalami masalah kekurangan tidur. Bahkan tidak kurang yang kerap terjaga pada
waktu malam dan sukar untuk melelapkan mata semula.


Akibatnya kita mudah letih, mengantuk dan hilang daya tumpuan
jika perkara ini berlanjutan. Malah, lebih buruk kekurangan tidur boleh
menyebabkan seseorang mudah tertekan dan mengalami gangguan emosi.


Justeru, setiap kali anda menghadapi masalah untuk menumpukan
perhatian, kajilah semula gaya hidup anda. Kekurangan tidur, tabiat pemakanan
yang tidak seimbang dan kurang bersenam semuanya memberi pengaruh besar dalam
menentukan kualiti hidup kita seharian.





P/S: Ini adalah untuk peringatan kepada diriku dan juga dirimu. Waseehhhh! Terima kasih kerana stickiness terhadap blog ini. Mulakan hari anda dengan diet yang seimbang ok!

5 comments:

azizie said...

waaaa.. nasib baik saye kurus. haha

xnez said...

Good Job... Sesuai utk sy la...

AmirFX said...

Nice info... Nway, pemakanan yg sihat boleh menyebabkan diet kita semakin baik setiap hari... Terbukti ngn kmk pun.. haha...

azizie said...

sgt sesuai. haha

aleeya jo said...

mek xmok diett..mek mok gemuk..haha