BEST! Aku mesti FOLLOW!

04 May 2010

Stereng tercabut?

Tajuk apa ni, karina? Tolong bagitahu kami! Iya2.. sebentar. Kamu tahu ka apa itu stereng? Apa dalam kepala kamu bila aku cakap stereng ku tercabut? Dalam diam mesti kepala syemah dan has membayangkan aku tengah driving dan.. stereng itu tercabut. Tahniah! Anda telah melepaskan satu peluang berharga wang tunai bernilai seposen kerana jawapan anda itu ternyata.... SALAH!

Dalam kepala aku ni membayangkan hidup aku ni dah lost of control.. Nak pegang stereng pun, alignment sentiasa senget. Macam mana aku mau ikut arus yang sama seperti rakan yang lain, macam aku pula yang ketinggalan di belakang. Kenapa sem ni aku rasa aku makin lama tersekat dalam traffic jam sambil dengar radio Hot.FM dalam kereta takda aircon, tambahan lagi cahaya mentari menyinari begitu panas sekali. Mula2 dapat ja aku ikut, namun di pertengahan jalan itula yang aku cakap tadi. Jam!

Bila jawab test Service tadi, aku dapat merasakan yang stereng aku ni makin lama, makin tercabut. Apa la yang bersisa di otakku ni tidak bisa di keluarkan dan di tulis atas kertas jawapan. Semua jawapan aku berasaskan common sense sahaja. Entah betul atau tidak, aku tak tahu. Balik2 tengok carrymark yang terpampang, puiihhh.. macam taek je. I've tried enough. Well, this is life anyway. Pasang surut itu lumrah. I've once resit Macroeconomic paper,.. and amazingly I can cope up with Malaysian economic at the same time which both actually are chained paper. But at that time, the paper was not declared as "CHAINED" paper. That is why I managed to take up both in same semester. Syemah is one of my rakan seperjuangan. Mujur kami berdua lulus dan aku berjaya menebus balik apa yang aku hilang dari gengaman aku. Kadang2 apa yang kita hilang, itulah sebenarnya penggerak kita untuk maju. Benarlah, sekali gagal, bukan gagal selama2nya.

Hati aku kuat mengatakan yang keMUNGKINan aku akan terbabas lagi this sem. Gila woh! Mengapa aku teruk sangat ni.. Sudahlah tiada lagi harapan nak intersesi lagi after part 5 kecuali la amik supplementary paper. Aku mau grade on time!! Sapa pun tak nak. Aku dah siap agih2kan nota yang akan ku pinjamkan kepada juniors dan untuk diriku juga seandainya... bla..bla..bla.. Notes CTU dan BEL sudah ku bagi si Mimi. Channel untuk Alam. Dan lain2 tgh under consideration. Ecomm ni la harapan untuk aku peroleh "A" lam tangan. Sekurang2 nya masih ada harapan mau 3.00 lagi. Fuh. Aku hanya mampu berdoa agar dipermudahkan urusan ku, ilmuku.......... Next sem lagi la aku geleng kepala. Malah buzier dari this sem kerana ada trip, yang sedikit sebanyak memerlukan kami berkomitmen tinggi DEMI SUBJEK terchenta.

Aku diberi masa seminggu sebelum melangkah masuk kelas intersesi selepas 9hb. Pada masa itu, aku mau berdating ngan laptop, family, kucing..... wah! Rindunya~ Mak pun selalu bertanyakan diriku kenapa tak balik2. Mengenangkan busy, kami hanya setakat meluangkan masa untuk keluar shopping apa yang patut, kemudian dihantar balik ke asrama. Alaa, nanti dia akan jemu juga tengok aku di rumah, kerana aku berkeputusan untuk balik ulang alik nanti kerana memikirkan kos sara diri tersangat lah MAHAL! Lagipun, jam kuliah yang diperuntukkan cumalah 2 jam setiap hari. Rela ku membayar minyak kereta Emma nanti yang sudi menumpangkan aku. Ok guys, sekian ngerepaking. Adios!

3 comments:

AmirFX said...

O tedah stereng tercabut... Nway, semoga ktk sukses.... D mana ada jalan d situ ada org mbak keta...

karina said...

Haha! Ya right~ Keta itu mengarei.. asal stereng jangan tercabut. :)

she_mah said...

yes...bayangan ko adlh tepat sekali..haha