BEST! Aku mesti FOLLOW!

15 May 2010

Kronologi semester 4

(Drag semua lagu Westlife ke playlist, dengar dan mula  taip entry...)

Satu tradisi yang Karina akan buat setiap kali penghabisan semester. Ya.. semuanya harus menjadi memori indah dan pahit buatku. Aku akan terus berblogging biarpun usia semakin tua dan jika keadaan mengizinkan. Klu si Agnes sudah jumpa blog ini, tak mustahil yang lain pun akan jumpa. Biarpun 10 tahun yang akan datang, aku pasti mereka yang menjumpai pasti akan tersenyum dan tersengih seorang diri sambil memangku anak yang berderet. Ahaha.

Dimulakan dengan:

Januari

Pengenalan lecturer2 yang mengajar itu memang perkara biasa. Nak kene listdown buku2 yang patut dibeli dan mana yang difotostat. Hehe.. PPKP! Urghh.. boring! Cam pelik je kene ulang, dahlah takde budget makanan untuk kami. Memang bising la. Suspek2 yang dikenalpasti terpaksa mengulang atas sebab yang munasabah ok. Disusuli pula dengan current PPKP yang kami wajib hadiri. But latter was the best ever. We participated in the interview drama u see. Interview minta kerja! Sepatutnyya bagi CV tapi terbagi surat cinta yang direnyuk lam poket. Haha. Apalagi.. em. Aku dipaksa si Alesia untuk buat dia nyer poster kempen MPP. Nasib baik ko bagi aku gaji walaupun ada yang tek tertuntut. Tapi, ku halalkan je sebab ko byk tolong aku juga dalam bagi nasihat2. Upah air liur ko juge. Hehe. Kasihan. Beli air limau mantak ok! :) Win-win situation. Si apek telah tampil dengan imej baru.. memang smart! (Has, i mok gmbr apek k upload)

Februari

Banyak brainstorming pasal Indoor Games dan present kepada ketua projek. Memang perah kepala betul aku dan Has memikirkan games2 yang kami nak main nanti. Sempat practice cowboy line dance dari Olivia dan memeriahkan suasana di bilik Agnes. Em, shopping beli topi Cowboy secara ramai2... Yeehaw! Team Building nak menjelang. Esok nak gerak, malam tu jugak aku dan Has brainstorming untuk adjust masa dia. Bila tiba, aiyshh.. geram betul tentatif kami diubah habis menyebabkan kami terpaksa select games yang PENTING je. Aku jadi MC for Indoor Games. Ayat aku huh! Malu wei klu ingat balik. Skema batul. Itu ternyata bukan diriku. No..no...no. Masa kat team building ni kami betul2 bersatu sebagai BMB4M dan menyokong Alesia selaku ketua projek, mencapai dan argue demi capai kata sepakat. Penat lelah, kritikan yang superb yang menyebabkan hati kami terguris membuatkan kami lebih tabah dan erat sesama sendiri. Tercabar juga ego ni nak menangis, tapi haduih... tak dapat nak di buat2 bila seseorang itu sudah menunding jari kepadaku.  Bukan aku sahaja, kepada kami semua. Selesai upacara yang tak best, kami salam dan anggap itu hanyalah  igauan mimpi. Aku mula menjalankan bisnes Reload ku di sini. Mula-mula secara kecil-kecilan. Promote dalam kelas. Pastu beralih kepada asrama blok aku. Takde la sambutan hangat. Muke yang sama gak reload. OK la tu. Mereka sangat loyal. Heehe. Aku rasa tengah2 aku buat Channel, printer ku buat hal seperti yang aku post  Kenapa lah kau ni.. membuatkan aku datang ilham untuk membuat pantun. Kelakar. Bila aku copy paste di facebook, memang mendapat kontroversi panjang sampai mengarut tak kene topic. Haha. Adakah kau ingat wahai kawan? Tapi sedihku mengenangkan yang printer ku itu memang tak dapat diselamatkan. Sebaliknya, aku kene bayar lagi another RM25 atas service charge. Hampeh!

Mac

Bulan Mac ni pulak test, presentations dan assignments memang tak bleh blah. Macam keretapi. Lepas yang satu, satu lagi muncul. Seminggu tu memang tak berapa nak rest. Kat sini, ayat Zombie mula jadi ikutan para tak cukup tidur. Malah ada yang tak tidur langsung. Parah! Kami meluangkan isi hati kami dengan lawatan ke PIBAKAT untuk menyelami hidup kanak-kanak istimewa. Geng Pusu telah merajinkan diri menghadiri sesi training Handball. Sudahlah training pukul 7.30pm. Belum makan tu. Akibatnya, memang la kelaparan sampai habis game 9.30pm. Banyak kenangan di sini. Before nak gerak padang, aku akan berjanji dengan si Agnes untuk gerak sama2. Sudah sampai di padang, kami bermain penuh excited skali. Dan di sini baru aku menyelami dan rapat dengan geng2 suluku. Elok2 dah main, ada binatang ni ska betul kacau daun menyebabkan ada yang lari bertempiaran. Sungguh! Banyak pulak tu. Binatang itu bergerak dalam koloni yang suka dekat dengan cahaya lampu. Di padang. Ada juga "chicadas" macam2 size. Sesudah main, klu kami ada chance kami akan berhimpit dalam kereta. Macam SARDIN! 2 orang di co-pilot (aku dan alesia), yang 5 atau 6 orang lagi di belakang. dapat kamu imagine? Tiba waktu pertandingan, kami akan nervous kerana kumpulan kami bakal berlawan dengan organiser interfaculty sports iaitu Budak SPorts! "Macam mana ni, ging?" Rupa-rupanya, kami tak perlu takut pada mereka, bahkan kami perlu beranikan diri untuk lawan budak Civil. Masih lagi kami aim budak rambut kerinting itu.. siap pasang target nak adakan friendly match habis pertandingan yang tak dijulung-julung tu. Dinner marketers berlangsung. Hm.. banyak juga hentaman dari seniors kepada juniors. Namun, semuanya telah ditepis dan masing2 mengakui kesalahan. Menghadiri Dr.Fadzillah Kamsah punya Talk. Mengagumkan, namun aku ridak menghadiri sesi petang kerana menyelesaikan assignment dan kejar masa deadlines. Rugi? (berfikir) Badminton beberapa kali tertangguh menyebabkan kami malas dah nak ikut perkembangan. Sudahlah tak update, memang aishhh... Bila kami free, acara itu tangguh. Bila kami dah terhimpit di bawah timbunan assignment, acara itu berlangsung.

April


 Geram dengan silent killer, Dr.F kerana sering buat kami pening dan geram $%^&*. Assignment date due bertukar2 ikut sedap je. Takpe, kami dah show yang kami dah settle itu problem. Aku last minute kene tarik join senamrobik selepas ku emo jap pasal marcom punya ranking. Aku ingatkan apa yang aku angguk tu hanya sekadar hiburan geng pusu, rupa2nya... mereka betul2 tarik aku ikut pertandingan. Dalam masa 3 hari lagi menjelang pertandingan, aku terpaksa menghafal steps yang fulamak... berbelit2. Tapi aku enjoy dan... berpeluh. Aku rasa macam salah satu watak dalam high school musical. Dalam bilik pun kekadang humming irama senamrobik. Kami kalah tapi kami sangat ENJOY. 1st time aku braided my hair, dan gosh! Sangat menyakitkan kulit kepala ku. Berair2 mataku di kerjakan si Mimi dan Ros. And thanks, they really did a good result on my hair sebab rambut aku layer dan kurang ekor2 yang keluar sepanjang tocang tu. Menyiapkan MARCOM+ECommerce+Printer buat hal pada hari yang sama= Karina sangat stress. Final start! Wuwuwuw... Aku telah berusaha untuk motivate diriku dengan macam2 cara termasuk menukar desktopku dengan wallpaper edisi khas.



## Mungkin apa yang tercatat di sini tak ada nilai yang bleh kasi convert Ringgit dan sen, namun ia meninggalkan seribu satu kenangan buat diriku sepanjang mengenali kamu BMB4M (Sem Dec 09-Apr '10).




" Lots of people want to ride with you in the limo, but what you want is someone who will take the bus with you when the limo breaks down"

Oprah Winfrey


"I count myselt in nothing else so happy As in a soul rememb'ring my good friends." 
William Shakespeare

"Friends are the chocolate chips in the cookie of life."

Anonymous


Friendship is the allay of our sorrows, the ease of our passions, the discharge of our oppressions, the sanctuary to our calamities, the counselor of our doubts, the clarity of our minds.
Jeremy Taylor




1 comment:

xnez said...

good!! terimbas juga aku kngn2 sepnjg sem yg telah aku lalui... tp,apa dia ohhh????