BEST! Aku mesti FOLLOW!

19 May 2010

Aku dan YOuTube.

Video kat youtube sering dibuka, dilayan.. tetapi kadang2 aku berdepan dengan kesusahan bila nak download je guna Realplayer tak jadi nak fungsi ekoran dari error yang aku pun tak tahu. Adoh! Tensen.

Dah install, tapi tak kuar pun. Bengang betul. Ada kawanku suggest pegi KeepVideo untuk download video kat Youtube dan DailyMotion. Korang sila try. Ada yang dapat, ada yang tak. Hmm.Ada satu lagi, yang ni comprehensive skit. Korang bleh convert file tersebut kepada macam2 format. Layari Convert Youtube. Ha... hebatkan? Nak yang lagi canggih?? Korang ni, bagi betis nak paha. Baiklah. Setelah ku date ngan Mr.Google berlayar di lautan maya, aku terjumpa satu website iaitu 2conv.com dimana kamu bleh bake fresh from the oven. Maksudnya; kamu letak je URL dan step-step seterusnya akan convert file yang anda nak (Metacafe, Youtube, MSN video) ke MP3 untuk dimasukkan ke dalam handphone. Wow! Silalah percaya. Gunakan tanpa was was. :P

Pernah tak korang download video tapi ada banyak scene yang sangat menjengkelkan ataupun boring. Takpun introduction yang sangat... sangaaaaaaaaaaaaaattt tidak necessary untuk korang simpan seperti iklan-iklan yang menyemak je. Usah risau, kamu boleh senyum sokmo sekarang kerana solution tetap ada. Sila click TubeChop. Caranya mudah saja untuk diikuti. Semua video yang terdapat dalam website bleh anda chop! chop! chop! Cincang saja. Mueehehe.

1 comment:

she_mah said...

nang rajin date dengan pakcik google..