BEST! Aku mesti FOLLOW!

23 May 2010

Rasa sekejap ja bru nak tanam itu cinta..

Macam terpaku di sudut sana,
   Dengan keresahan hatinya itu
Gelora cinta si Karina,
Pada subjek M.Eco yang satu.

BOMBASTIK tak tajuk aku? Haha. Ok, Guys.. guys... I will be having my 1st Quiz on Monday!! Yes! Bloody Monday
Aku serius ni. Betul.. 
Rasa sekejap ja mendayung perahu, baru nak faham itu, topic baru lak di ajar.  
Baru seminggu dah nak kuiz. Klu di suruh buat latihan, still mau refer2 lagi. 
Karina, sila lah kamu sediakan perisai (praktis) dan pistol (calculator seperti dalam gambaran post "Aku terlepas!") SERAPI-RAPINYA dan hadapi battle ini dengan senyuman yang sungguh konfiden skali. 
Jangan la di serabutkan kepalamu itu~! 
I can do IT! Oh yeah! 
Kalkulator, aku tau keupayanmu yang masih tahan lama biarpun aku beli kamu masa Diploma Part 1 dulu.. Lama dah aku tak melembutkan jariku di badanmu. Asyik di keyboard netbook ja melayari itu fb. Hahaha. I'm LOVIN Managerial Economics! (Positive+)



19 May 2010

Oh no, file itu terdelete! No Worries

Hal ini sering dialami oleh student gara-gara menyiapkan assignment last minute termasuk lah aku sendiri. Kadang-kadang, bila aku dah letak file tu lam pendrive, kawan secara tak sengaja ter'delete'  file assignment ku yang T_T penting itu. Pendrive tu wei.. selalunya file terdelete memang tak dapat diselamatkan. And it's free!Walaupun sem baru belum buka lagi, namun aku nak juga post ni atas perihal kemanusiaanku kepada kawan-kawan bloggers yang sudah kerja mahupun geng-geng yang masih bersekolah. Dengan software ini, korang dapt retrieve balik files yang hilang format Microsoft Words atau Excel, pictures, lagu-lagu, compress file (zip,rar), Recyle Bin, Digital Camera Card dan juga MP3 Player. Sangat berguna bukan? Cubalah, paling penting free jer. Click HERE. Cakap terima kasih pada pak cik Recuva. Good girl and good boy.  ^__^

Aku dan YOuTube.

Video kat youtube sering dibuka, dilayan.. tetapi kadang2 aku berdepan dengan kesusahan bila nak download je guna Realplayer tak jadi nak fungsi ekoran dari error yang aku pun tak tahu. Adoh! Tensen.

Dah install, tapi tak kuar pun. Bengang betul. Ada kawanku suggest pegi KeepVideo untuk download video kat Youtube dan DailyMotion. Korang sila try. Ada yang dapat, ada yang tak. Hmm.Ada satu lagi, yang ni comprehensive skit. Korang bleh convert file tersebut kepada macam2 format. Layari Convert Youtube. Ha... hebatkan? Nak yang lagi canggih?? Korang ni, bagi betis nak paha. Baiklah. Setelah ku date ngan Mr.Google berlayar di lautan maya, aku terjumpa satu website iaitu 2conv.com dimana kamu bleh bake fresh from the oven. Maksudnya; kamu letak je URL dan step-step seterusnya akan convert file yang anda nak (Metacafe, Youtube, MSN video) ke MP3 untuk dimasukkan ke dalam handphone. Wow! Silalah percaya. Gunakan tanpa was was. :P

Pernah tak korang download video tapi ada banyak scene yang sangat menjengkelkan ataupun boring. Takpun introduction yang sangat... sangaaaaaaaaaaaaaattt tidak necessary untuk korang simpan seperti iklan-iklan yang menyemak je. Usah risau, kamu boleh senyum sokmo sekarang kerana solution tetap ada. Sila click TubeChop. Caranya mudah saja untuk diikuti. Semua video yang terdapat dalam website bleh anda chop! chop! chop! Cincang saja. Mueehehe.

18 May 2010

Intersesi... Rilex tapi tired?

The first two days memang agak kekok skit sebab kene bertolak sama ngan orang turun keja. Jadi banyak juga lah kereta on the road especialy Bulatan Datuk Kipali Bin Abg. Akip (Bulatan yang ada Petronas kat ujung ya bah, Petra Jaya area)... woh, traffic jam. Geleng kepala ja. Hari pertama turun, aku sempat menjamah karipap yang dibekal Emma sebagai breakfast. Alam pula ikut skali. Selamat perut. 

=== Hari pertama ===

Aku hanya guna round neck instead of baju formal (baju kurung).. Slamber je.  Aku, Emma and Alam hanya membawa diri kecuali purse, pencil box..  Ternyata rilex. Sampai je kat UiTM, mengikut sumber Agnes; klaz kat level 1 blok B. Dari jauh terlihat mdm "I" yang sangat garang itu, uishh... patah balik. Sudah lah mengajar kami 2 subjek next sem. Tidak jadi meneruskan perjalanan di level 1, kami naik level 2. Jalan punya jalan, kami tengok B126 (mengikut sumber yang dipercayai)  yang berada di level 1 sepatutnya destinasi kami itu, gate nya berkunci dan macam takda bukak klaz kat situ. Kami teraniaya.. oh, insan lemah kami ini. Now, 2nd hint iaitu B333.. Menerusi short cut di level 2, kami tembus naik ke level 3. Ada secret passage disitu. Hoho. Takde lah secret sangat. Terserempak pulak si Corn dan Fad. Kenapa nama dia Corn? Sebab nama dia "Corn"elius. Haha. Jagung namanya. Sama2 kami berlima pergi ke B333. Eh? Kerusi meja semua ada di luar. Tak jadi kelas ke? JADI! Tapi kena susun sendiri. Huhu. T_T. Seronok dapat jumpa geng keras di padatkan lagi dengan bebudak FIN menjadikan kami 43 orang semuanya. Under one lecturer lak tu. Mr.CVH la syemah! Haha! Leturer tu tak tahan, jadi klaz dirombak semula mengikut kesesuaian dia dan kami. Hasilnya, klaz terbahagi kepada 2. Pukul 8am dan 10am. Saya kena 10am! YES! Tapi, blum di approve lagi.. Esok still kena turun kul 8am.

===  Hari kedua  ===

"Adakah u sudah melupakan i di umah ini?" I texted Emma at 7.10AM! Gosh, It should be already LATE at this hour to rush up to Kota Samarahan with all the jams and so on. She replied "Tidak. Skejap gik I sampe. Dun wori". Tick tock main ngan kucing... minum teh... Tengok jam dinding... It's 7.25AM now~ Ok! Aku sudah gabra. Memang tepatlah sangkaanku. Emma lewat bangun SUNGGUHPUN dia tidur awal dariku. Semalam aku tidur pukul 3.30am berikutan sudah sangat cukup tidur petang. Huhu.. Alam sudah check-in di bilik Agnes dan menjadi roommate beliau yang sah. Jadi, Alam tiada bersama kami. Aku yang jadi Co-Pilot memang sentiasa nerves2 JIKA Emma membawa LAJU. Sangat laju. Kami tiba... 8.17AM. Oh no~ Lecturer sudah masuk. Nasib la ketika itu orang sibuk approach Neydee untuk membayar buku. Jadi kelas berada dalam take 5 iaitu rehat. Muka lambat kena lah tarik kerusi. Kelakar juga muka geng yang dikenali seolah2 tersenyum dengan kedatanganku. Aku pasti mereka sangat merinduiku atas ketiadaan ku menginap di hostel. Haha! Save budget geng. Mulai hari lusa, klaz kami bermula pada pukul 10am! Whoot whoot. 


Rilex memang rilex kerana hanya perlu menghadiri kuliah selama 2 jam dari Isnin sampai Jumaat. Sudahlah  lecturer nya cam OK je. Kami ke kelas pun berpakaian casual. Tapi yang buat aku tired adalah hari-hari aku tengok jalan yang sama ulang alik dari rumah ke kampus. @_@ Asal balik rumah je, klu makan tu komphem tido sampai petang. Isyh.. Tak sihat ni.

16 May 2010

Aku terlepas!

(Sambungan daripada kisah "Aku tertangkap")


Ya, itulah si Agnes, army unit khas faveret aku dulu yang telah berpaling tadah kepadaku setelah dia bertekad untuk tidak mahu bersubahat dalam kegiatan tidak bermoral ni. Dia telah berjaya lepaskan diri dan masuk unit beruniform yang sah di sisi undang-undang seperti Kesatria Negara. Dia merupakan musuh ketatku kini, dan misi dia memang mahu menangkap dan menumpaskan operasi aku dan gengku yang lain.

Setelah aku ditangkap Agnes selama beberapa hari, aku meringkuk di penjara yang aku pun tak pasti di manakah tempat itu. Kerana, sepanjang perjalanan, tanganku diikat, mataku ditutup dan mulutku di selotep dengan soundproof menyebabkan aku memang tak dapat menjerit. Puas aku meronta-ronta, namun tak dapat melepaskan diri daripadanya.


"Dapat juga aku tangkap ko! Sapa suruh mengelak dari aku" ujar si Agnes.  


Aku hanya terdiam. Namun hatiku berkeras untuk mencari jalan keluar dari sini. Punya membebel si Agnes, aku tak mampu berkata-kata. Kerana mulutku di selotep. Akhirnya langkah kami terhenti. Yang pasti, kami telah tiba di suatu bilik yang pasti akan dijadikan penginapan ku yang kureng selesa selama beberapa hari. Setelah selotep di buka, terus aku meronta "Lepaskan aku!". Agnes dengan bodyguardnya hanya sengih kambing kepada ku. Tanpa melengahkan masa, bodyguardnya telah menghumbang aku ke dalam penjara.

"Adush! Sakitlah!" jeritku
@#$%^&^%$ 

Agnes pun menjenguk ku di lubang pintu dan mengucapkan "Happy holiday!". 

Pastu dia pergi dari situ. 


Tengah-tengah aku membebel, aku terdengar sesuatu bunyi aneh. Selalunya, penjara sebegini selalu jadi tempat tikus bersarang. Ee.. mesti tikusnya lebih besar dari kucing peliharaanku di pangkalan. Tak dapat ku bayangkan betapa besarnya tikus tu dan aku terpaksa bermalam dengannya.


Bahu ku di sentuh. Aku membesarkan mata. Ok karina, itu hanya mimpi. Aku tampar muka aku ni, kembali ke realiti. ENOUGH dengan imagination ko yang melampau tu. Takkan la tikus tu pandai2 sentuh orang pula. Teringat ku kisah 'Jangan Pandang Belakang'. Klu nak pandang, kena guna side mirror dulu.



Sekali lagi bahu ku diusik. 




Ok, kali ni memang betul2 menyeramkan. Sambil baca surah punya lah banyak (Ape, ko ingat aku otai2 ni banyak doa yang aku tahu tau! Doa makan.. doa penerang hati...) sambil memalingkan badan dan mukaku.





"CHAK!!!"




Macam pernah ku lihat budak ni tapi di mana ya..



=


=







Inilah Aleeya Jo, banduan yang di tangkap si Agnes setelah cuba untuk menggodam rahsia sulit kerajaan. Rupa tak macam hackers langsung. macam budak  diploma ada la. Nasib baek dia ni tak seperti tikus yang aku bayangkan. Dia ni lah teman aku berloya buruk di penjara. Klu tak kebosanan aku. Kelakar la dia ni.. betul!



Tengah kami berborak-borak, pintu kami diketuk oleh pak guard.

Pak guard menjerit "Dinner is served!".

Eh, melebihi layanan istimewa mengalahkan hotel ni. Rasa aku nak ja suruh dia housekeeping skali. Kamu tahu apa yang dia hidang? Terliur beb!








Orang cakap, kenyang perut suka hati. Maka aku pun tidur kekenyangan. Dalam tidur pula, aku bermimpi.... dapat hint soalan spot macamana nak kuar dari sini. Escape! Sekitar 0530hours aku terjaga. Lalu ku bingkas bangun sementara si Aleeya Jo itu masih nyenyak tidur membuat peta. U know itu peta? Ya.. peta itu rupa-rupanya hint yang kedua. Bleh digunakan sebagai panduan untuk lari dari situ. Punyalah besar peta yang dia generate. (Arum bulak bleh  selamat sampai ke kampung halaman). Ku memorize itu peta dan biarkan dia tidur.


Ku perhatikan keadaan sekeliling dan bergerak ke satu sudut...



Macam usang ja ini penjara. Taruh air liur basi mesti cair ni. Kompheemm!



Maka aku pun try. Satu demi satu aku buka. Berjaya! Hehehe.. Aku pun capai jaket kulitku dan menggerakkan hackers itu. Dia terkejut bila aku cakap "Jom raon juh!". Selimut kat katil aku jadikan ala-ala rambut Rapunzel.



Waktu kami bertolak tu, matahari dah nak terbit. Arghh. Tiada banyak masa lagi. Aku cuba ingat balik peta yang dimemorize itu.. ternyata aku bleh mengingati nya dengan mudah. Ku toleh dulu kiri kanan sebelum jalan, semuanya berpagar karan. Klu pegang itu, mau mati kezutan. Jadi kami tengok ja.




Aduh! Mana ni senjata faveretku.  Sudah di rampas itu budak. Aiya! Bukan senang mau melepaskan diri kerana kami tidak punya cukup equipment canggih setelah gun aku dirampas oleh Agnes. Mujur masih ada satu lagi senjata rahsia yang Agnes tidak ketahui. Hehe. Hackers itu membantu betul. Dia bleh hack mana-mana. Jadi dia pergi ke power supply dan matikan itu bekalan elektrik. Haha! Rasakan! Sudah blackout itu tempat. Hari semakin cerah dan alat penjara pun membingitkan telinga kami. Langkah kami dipercepatkan tetapi pada masa yang sama kami dikepung.




Action kamen semakin rancak!




=



Dush! 

Pling! 

Kreng! Krong! 


PAAAANNNNGGGG!!


=



=






"Wei, aku nak turun kelas la. Isnin ni start!!  

Tolong lepaskan kami".



### Kisah di atas hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang dah meninggal dunia. Dan Agnes, sori ging. Hehe. Guro jak. Sebarang komen, silalah isi dalam kotak yang disediakan. Komen anda dialu-alukan with open door and welcome. Terima kaseyy!! ###




15 May 2010

Kronologi semester 4

(Drag semua lagu Westlife ke playlist, dengar dan mula  taip entry...)

Satu tradisi yang Karina akan buat setiap kali penghabisan semester. Ya.. semuanya harus menjadi memori indah dan pahit buatku. Aku akan terus berblogging biarpun usia semakin tua dan jika keadaan mengizinkan. Klu si Agnes sudah jumpa blog ini, tak mustahil yang lain pun akan jumpa. Biarpun 10 tahun yang akan datang, aku pasti mereka yang menjumpai pasti akan tersenyum dan tersengih seorang diri sambil memangku anak yang berderet. Ahaha.

Dimulakan dengan:

Januari

Pengenalan lecturer2 yang mengajar itu memang perkara biasa. Nak kene listdown buku2 yang patut dibeli dan mana yang difotostat. Hehe.. PPKP! Urghh.. boring! Cam pelik je kene ulang, dahlah takde budget makanan untuk kami. Memang bising la. Suspek2 yang dikenalpasti terpaksa mengulang atas sebab yang munasabah ok. Disusuli pula dengan current PPKP yang kami wajib hadiri. But latter was the best ever. We participated in the interview drama u see. Interview minta kerja! Sepatutnyya bagi CV tapi terbagi surat cinta yang direnyuk lam poket. Haha. Apalagi.. em. Aku dipaksa si Alesia untuk buat dia nyer poster kempen MPP. Nasib baik ko bagi aku gaji walaupun ada yang tek tertuntut. Tapi, ku halalkan je sebab ko byk tolong aku juga dalam bagi nasihat2. Upah air liur ko juge. Hehe. Kasihan. Beli air limau mantak ok! :) Win-win situation. Si apek telah tampil dengan imej baru.. memang smart! (Has, i mok gmbr apek k upload)

Februari

Banyak brainstorming pasal Indoor Games dan present kepada ketua projek. Memang perah kepala betul aku dan Has memikirkan games2 yang kami nak main nanti. Sempat practice cowboy line dance dari Olivia dan memeriahkan suasana di bilik Agnes. Em, shopping beli topi Cowboy secara ramai2... Yeehaw! Team Building nak menjelang. Esok nak gerak, malam tu jugak aku dan Has brainstorming untuk adjust masa dia. Bila tiba, aiyshh.. geram betul tentatif kami diubah habis menyebabkan kami terpaksa select games yang PENTING je. Aku jadi MC for Indoor Games. Ayat aku huh! Malu wei klu ingat balik. Skema batul. Itu ternyata bukan diriku. No..no...no. Masa kat team building ni kami betul2 bersatu sebagai BMB4M dan menyokong Alesia selaku ketua projek, mencapai dan argue demi capai kata sepakat. Penat lelah, kritikan yang superb yang menyebabkan hati kami terguris membuatkan kami lebih tabah dan erat sesama sendiri. Tercabar juga ego ni nak menangis, tapi haduih... tak dapat nak di buat2 bila seseorang itu sudah menunding jari kepadaku.  Bukan aku sahaja, kepada kami semua. Selesai upacara yang tak best, kami salam dan anggap itu hanyalah  igauan mimpi. Aku mula menjalankan bisnes Reload ku di sini. Mula-mula secara kecil-kecilan. Promote dalam kelas. Pastu beralih kepada asrama blok aku. Takde la sambutan hangat. Muke yang sama gak reload. OK la tu. Mereka sangat loyal. Heehe. Aku rasa tengah2 aku buat Channel, printer ku buat hal seperti yang aku post  Kenapa lah kau ni.. membuatkan aku datang ilham untuk membuat pantun. Kelakar. Bila aku copy paste di facebook, memang mendapat kontroversi panjang sampai mengarut tak kene topic. Haha. Adakah kau ingat wahai kawan? Tapi sedihku mengenangkan yang printer ku itu memang tak dapat diselamatkan. Sebaliknya, aku kene bayar lagi another RM25 atas service charge. Hampeh!

Mac

Bulan Mac ni pulak test, presentations dan assignments memang tak bleh blah. Macam keretapi. Lepas yang satu, satu lagi muncul. Seminggu tu memang tak berapa nak rest. Kat sini, ayat Zombie mula jadi ikutan para tak cukup tidur. Malah ada yang tak tidur langsung. Parah! Kami meluangkan isi hati kami dengan lawatan ke PIBAKAT untuk menyelami hidup kanak-kanak istimewa. Geng Pusu telah merajinkan diri menghadiri sesi training Handball. Sudahlah training pukul 7.30pm. Belum makan tu. Akibatnya, memang la kelaparan sampai habis game 9.30pm. Banyak kenangan di sini. Before nak gerak padang, aku akan berjanji dengan si Agnes untuk gerak sama2. Sudah sampai di padang, kami bermain penuh excited skali. Dan di sini baru aku menyelami dan rapat dengan geng2 suluku. Elok2 dah main, ada binatang ni ska betul kacau daun menyebabkan ada yang lari bertempiaran. Sungguh! Banyak pulak tu. Binatang itu bergerak dalam koloni yang suka dekat dengan cahaya lampu. Di padang. Ada juga "chicadas" macam2 size. Sesudah main, klu kami ada chance kami akan berhimpit dalam kereta. Macam SARDIN! 2 orang di co-pilot (aku dan alesia), yang 5 atau 6 orang lagi di belakang. dapat kamu imagine? Tiba waktu pertandingan, kami akan nervous kerana kumpulan kami bakal berlawan dengan organiser interfaculty sports iaitu Budak SPorts! "Macam mana ni, ging?" Rupa-rupanya, kami tak perlu takut pada mereka, bahkan kami perlu beranikan diri untuk lawan budak Civil. Masih lagi kami aim budak rambut kerinting itu.. siap pasang target nak adakan friendly match habis pertandingan yang tak dijulung-julung tu. Dinner marketers berlangsung. Hm.. banyak juga hentaman dari seniors kepada juniors. Namun, semuanya telah ditepis dan masing2 mengakui kesalahan. Menghadiri Dr.Fadzillah Kamsah punya Talk. Mengagumkan, namun aku ridak menghadiri sesi petang kerana menyelesaikan assignment dan kejar masa deadlines. Rugi? (berfikir) Badminton beberapa kali tertangguh menyebabkan kami malas dah nak ikut perkembangan. Sudahlah tak update, memang aishhh... Bila kami free, acara itu tangguh. Bila kami dah terhimpit di bawah timbunan assignment, acara itu berlangsung.

April


 Geram dengan silent killer, Dr.F kerana sering buat kami pening dan geram $%^&*. Assignment date due bertukar2 ikut sedap je. Takpe, kami dah show yang kami dah settle itu problem. Aku last minute kene tarik join senamrobik selepas ku emo jap pasal marcom punya ranking. Aku ingatkan apa yang aku angguk tu hanya sekadar hiburan geng pusu, rupa2nya... mereka betul2 tarik aku ikut pertandingan. Dalam masa 3 hari lagi menjelang pertandingan, aku terpaksa menghafal steps yang fulamak... berbelit2. Tapi aku enjoy dan... berpeluh. Aku rasa macam salah satu watak dalam high school musical. Dalam bilik pun kekadang humming irama senamrobik. Kami kalah tapi kami sangat ENJOY. 1st time aku braided my hair, dan gosh! Sangat menyakitkan kulit kepala ku. Berair2 mataku di kerjakan si Mimi dan Ros. And thanks, they really did a good result on my hair sebab rambut aku layer dan kurang ekor2 yang keluar sepanjang tocang tu. Menyiapkan MARCOM+ECommerce+Printer buat hal pada hari yang sama= Karina sangat stress. Final start! Wuwuwuw... Aku telah berusaha untuk motivate diriku dengan macam2 cara termasuk menukar desktopku dengan wallpaper edisi khas.



## Mungkin apa yang tercatat di sini tak ada nilai yang bleh kasi convert Ringgit dan sen, namun ia meninggalkan seribu satu kenangan buat diriku sepanjang mengenali kamu BMB4M (Sem Dec 09-Apr '10).




" Lots of people want to ride with you in the limo, but what you want is someone who will take the bus with you when the limo breaks down"

Oprah Winfrey


"I count myselt in nothing else so happy As in a soul rememb'ring my good friends." 
William Shakespeare

"Friends are the chocolate chips in the cookie of life."

Anonymous


Friendship is the allay of our sorrows, the ease of our passions, the discharge of our oppressions, the sanctuary to our calamities, the counselor of our doubts, the clarity of our minds.
Jeremy Taylor




14 May 2010

Aku ditangkap

Hari silih berganti, bulan berganti purnama. Selama ini kami sangkakan hari yang sangat cerah di pagi hari, rupa-rupanya hujan ribut di petang hari. Aku pun tidak pasti apakah yang aku cuba blogkan disini, yang pasti terselit kisah yang sukar dimengertikan. Masih di"itok"kan sehingga hari ini. Selasa itu aku baru mendapat suatu khabar buruk yang ingin ku sampaikan. Namun, apa yang pasti tragedi yang menimpa telah menjadi suatu kenangan untuk dikongsi bersama.

Beberapa tahun lalu, aku dan syemah telah bertekad untuk menjalankan satu biznes yang sangat menguntungkan. Namun, ekoran dari masa yang terhad, aku telah menyerahkan semua tugas-tugas yang penting kepada syemah. Pada masa yang sama, Has yang merupakan rakan kongsi kami sekarang dari Selatan telah menawarkan sejumlah wang yang lumayan untuk turut serta dalam bisnes yang kami usahakan. Dia hendak melabur dan telah menjadi rakan kongsi yang sah sejak hari itu. Bisness tersebut adalah bisnes penyeludupan... (biarlah rahsia).

Setelah mendapat keuntungan, kami kembali ke pangkal jalan di mana kami bekerjasama membina empayar kami ke serata dunia. Masing-masing punya pengikut dan kerahan tenaga yang mantap seperti Firewall+Kaspersky 2010 untuk menjaga pangkalan kami.

Has selaku ketua penguin mempunyai pangkalan macam ala-ala cerita G.I.Joe iaitu terletak di Kutub Selatan. Dia ni lebih gemar bergelumang dengan ais dan tahan sejuk.


Syemah plak jenis suka berlegar di udara kerana suka main jet. Haritu dia baru fly jet dia ke S'pore untuk membuat liputan khas kepada HQ. Dia ni slalu juga contact si Corn supaya menjaga anak pangkalannya di Samarahan.




Aku bergerak ke kubu aku seperti biasa, iaitu terletak di dalam jungle. Aku ni kalau disuruh diam di Kutub aku awal surrender kerana tak tahan la sejuk. Klu di udara, aieeee... mau muntah aku tengok bawah. Jadi..... Aku ni klu nak buat modus operandi memang gemar dekat-dekat ngan nature skit.



Think green walaupun aktiviti aku ni adalah penyeludupan haram. Kena monitor inventory supaya sentiasa update melalui Electronic Data Interchange (EDI) dengan Syemah dan Has , walaupun aku banyak juga urusan rasmi yang aku perlu buat seperti berfacebook, memberi haiwan liar peliharaanku seperti kucing, submit report Servis mengenai servis perkhidmatan kami kepada channel participants dan juga memelihara hubungan etnik dengan counterparts di luar negara.

Tragedi ini masih ku ingat, berlaku pada petang hari sekitar jam 1735 hours. Semasa aku tengah khusyuk layan minum Vico, aku tak sedap hati. Bila aku mengatakan aku tak sedap hati, maka instinct ku begitu kuat mengatakan sesuatu yang tak baik akan terjadi. Memang tepatlah kata instinct ku. Hari yang tak dijangka telah tiba. Menarik nafas kencang mengepam jantung, nafas sedut masuk kua sekerap mungkin, tulang serta urat mata telah membesar dari paras normal.

Semasa aku tengah sibuk update status, tetiba.... aku terdengar tapak kaki menaiki anak tangga perlahan2 menaiki tangga besi ruang legar pangkalan ku. Setahu aku, ahli yang lain sudah pulang cuti seminggu kerana hendak menghadiri intersesi kemudian. Lebih kurang cam training untuk menjadi UNIT Khas Pangkalan Karina. Ala2 S.W.A.T. Aku dengan tanda-tanda positif nervous mengamati bunyi tersebut. Semakin ku dengar, semakin menghampiri bilikku. Aku terus mencapai handphone sambil meneropong lubang pintuku untuk mencuri pandang siapakah gerangannya. Aku tak percaya apa yang aku pandang ni. Betul2 tak percaya.



=====





=====








MUSUH DEPAN PINTU AKUUUUUU!!!!! Lantas, aku ambil handphone ku untuk contact Has untuk report sama dia. Sempat lagi aku tanya khabar si Has, suhu Celsius di sana. Rupa-rupanya Has sudah dejavu dan kejadian itu seolah2 sama dengan apa yang dia mimpi. Aku terpaksa bergerak pantas. Aku tiada masa lagi. Terus ku cuba save segala bukti2 dalam laptopku dan musnahkannya sisa-sisa kalau boleh.


Arghh.... pintu tombol diputarkan.

Tak sempat aku lock dan fikiranku tak berapa waras untuk memikirkan semuanya.



Aku melangkah seribu cuba untuk hide daripada musuh. Ternyata di mana aku berada, dia seakan-akan dapat mengesan bau ku. (Agaknya aku spray Hope SilkyGirl perfume tadi. Dengan harapan aku dapat melarikan diri. Tapi lain yang aku jerat.) Langkah aku diperlahankan supaya tidak mengundang bunyi kepada papan reput di pangkalan ku. Sudah lah reput, tak sempat mau decorate macam Casa Impian Pergo Flooring tu. Aku dah kecut perut.. terus melarikan diri. Dia ke utara, aku ke selatan. Dia ke timur, aku pula ke barat. Masuk satu selekoh...


Demmit... aku dah tiada jalan lain. Kerana ini JALAN MATI!!




Tahan nafas.... tahan.... Aku merintih dalam hati (Oh tuhan, kenapa la aku kasi cuti sama army ku...) OMG!! Kepala dia sudah nampak.. dan dia mula pusing memantau keadaan sekeliling. Sambil-sambil tu dia seolah static seketika. Dan menggerakkan hidungnya mengesan bauku. Aku menutup mataku.. dan mencuri pandang dengan sebelah mata.


Alamak! Dia pusing.






Meet Agnes... she is new in the community. And she is my coursemate. :) Agnes, mun ko padah orang siap ko. Hehe. Amacam, enjoy sik? Lelah ku merah utak di waktu pagi sejak kebisuan Agnes di facebook.



11 May 2010

Student montel wajib tahu mistake ni.



Sepanjang aku di asrama kan, lebih2 lagi dah khusyuk nak bertapa untuk exam, makanan telah menjadi perkara yang slalu diabaikan. Student slalu lupa atau buat-buat lupa yang makanan yang terhasil dari gizi seimbang akan membawa kepada pertumbuhan minda dan fizikal yang cergas. Ini adalah peringatan kepada diriku sendiri serta insan yang tergolong dalam chubby-chubby montel tu. Oleh kerana final exam jatuh pada penghujung semester di mana student akan mula pokai, otak pun dah full capacity untuk upload info+ baru, mata pun dah start jadi panda, cara jalan pun dah mula menjadi zombie dan rambut pun start berminyak ekoran dari tak cukup tidur.

Tapi apa yang aku cuba emphasize disini adalah walaupun kita student pokai, tapi mestilah pokai dengan BERGAYA. Bergaya dengan mata yang sihat macam lepas minum pati Inner shine BRANDs, senyuman mestilah IKHLAS walaupun gigi tak digosok dengan Colgate. Walaupun tak ada duit nak beli vitamin yang mahal2, namun kamu bleh ikuti perkara yang simple sahaja. Kawanku yang cute dan montel, mesti kamu dah penat berjuang mesti MAU KURUS, bukan? Tetapi hasilnya tidak memberangsangkan kerana berat kamu masih "maintain" malah menambahkan lagi berat badan kamu. Geng, kamu tahu tak apa mistake kamu dalam diet yang tidak betul? Aku merujuk kepada sumber yang boleh dipercayai iaitu magz REMAJA 07, (tapi diubah suai skit supaya lebih faham)




MISTAKES

1. Suka skip masa makanan yang ditetapkan.

Makanan secara teratur adalah 3 kali sehari. Cuba sebutkan? Breakfast, Lunch and Dinner. Pandainya pembaca blog Karina ni. Formula sudah tersedia, Karina suruh kamu ikut sahaja. Janganlah skip breakfast, kerana ia sangat penting untuk energi utama dalam melakukan aktiviti seharian. Sarapan dapat control kelaparan dan dapat menghindarkan kamu dari pengambilan makanan berlebih. Orang yang ikut sarapan akan menetapkan pengambilan diet yang seimbang. Selalunya orang yang akan bersarapan akan mengambil bijiran like Koko Krunch, roti, Nestum, Quacker Oat, buah-buahan, nasi goreng, dan pengambilan susu. Jangan pula mengambil dalam kadar yang banyak kerana akan menjurus kepada proses pembuangan tinja aka berak. Janji jangan skip. Percayalah! Kamu akan jadi cergas dari orang yang tak bersarapan kerana pengambilan scara teratur akan meningkatkan metabolisme tubuh yang membantu mengurangi berat badan.


2. Diet yang hanya fokus pada POLA makanan tertentu sahaja.

Diet yang hanya fokus pada karbohidrat sahaja, tetapi tidak fokus pada protein juga tidak baik untuk kesihatan. Mengikut observation aku di mana student selalu tapau lauk ayam dan nasi tetapi pengambilan sayur tidak dipentingkan. Adakah patut? Tubuh memerlukan pengambilan kalori dan nutrien yang seimbang untuk menjaga kesihatan badan. Kamu sudah mengambil majoriti karbohidrat pada waktu pagi, bukan? Karbohidrat lebih mudah dihadam berbanding protein. Masa lunch ni kamu sibukkan dengan Encik Protein kita kerana klu dia buat meeting dalam perut punyalah lama. Makanan berunsurkan protein lebih lama dihadam berbanding karbohidrat. Ikan dan daging adalah protein. Oh! memang menjadi lunch kamu tu. Tapi, ingat.. kurangkan nasi tapi lebihkan lauk. Sayur mesti ada ok! Amik kacang sebagai sumber asas untuk protein dan lemak. Selain itu, elakkan mee segera, makanan yang diproses (dalam tin) dan makanan yang berasaskan tepung kanji.


3. Kalori terlalu rendah

Tahukah kamu wahai perempuan, tubuh memerlukan 2000 kalori setiap hari, dan para lelaki 2500 kalori. Apabila kalori cuba dihadkan kepada 1000 kalori atau kurang, metabolisme kamu akan jadi rendah untuk proses pembakaran lemak dan kamu juga akan mengalami anemia. Anemia adalah dimana keupayaan badan untuk menghasilkan banyak sel darah merah dan juga kurang kuantiti darah hemoglobin dalam darah. Hemoglobin membawa oksigen dari peparu ke seluruh badan. You know oxygen sangat penting! Tanpa oksigen akan menjurus kepada lemah, kurang konsentrasi dalam pembelajaran dan akhirnya pengsan. Tapi jangan pula terlebih kalori, kerana ia akan mengakibatkan obesiti.


4. Tidak bersenam

Umumnya bersenam ternyata berkesan kerana memberi impak yang lebih menyeluruh. Dengan bersenam, ia akan meningkatkan kadar metabolisme dengan lebih cepat. Sebaiknya, kalau kamu suka swimming, lagi baik. Mana2 yang tidak suka keluar rumah, main Wii pun bagus kerana aku pun berpeluh juga main game boxing. Takpun main PS2 yang ada dancefloor tu. Hari2 lompat goyang mengikut irama, lama2 bleh masuk audition "Sayang You can Dance 2" kerana skill menari sudah cantik dan sexy. Haha. Bagi student pula, ada kawanku yang sign up pergi gym di kampus. Itu adalah satu initiatif yang bagus. Bagi aku, berjalan hari2 ke kuliah itu juga merupakan senaman ringan jalan kaki. Klu bleh, jangan pakai short cut. Naik turun tangga itu satu kemestian. Kampus kami punyalah besar.


4. Malas makan salad, klu makan mesti nak mayonnaise.

Pengambilan salad memang baik, tetapi perlu diingatkan mayonnaise itu juga mengandungi lemak yang cukup tinggi. Habis tu, klu nak makan mayonnaise tak bleh ke? Boleh makan, tapi kurangkan. Try makan begitu sahaja macam makan roti Gardenia. Kan lebih enak di makan begitu saja.


5. Tidak minum susu

Pengambilan susu setiap hari adalah diperlukan, terutamanya susu rendah lemak dan berkalsium tinggi kerana dapat menguatkan tulang dan melengkapi nutrien tubuh. Minumlah Anlene ok! Aku juga mengamalkannya. :) Klu bagi kamu "Yuck!", Dutch Lady pun ok janji Low Fat but Rich in Calcium!


6. Tidur tak cukup!

Masa ada berapa dalam sehari? Mengikut kawanku si fad punya presentation.. 24 jam di bahagi kepada 3 komponen utama. 8 jam untuk setiap KERJA, MAIN dan TIDUR. Di bawah adalah petikan dari saudari deeyan melalui fakta tidur.

Pernahkah anda mengalami keadaan
yang merimaskan terutama apabila sukar memberi tumpuan pada kerja atau
pelajaran, merasakan otak lebih lembap dan lambat berfikir berbanding dulu?


Mungkin ada yang berpendapat ia disebabkan peningkatan usia.
Mungkin pendapat itu benar tetapi kajian menunjukkan masalah sukar menumpukan
perhatian dan kelembapan otak ini mempunyai kaitan dengan kekurangan tidur.

Keperluan tidur setiap orang berbeza-beza tetapi secara
puratanya kita memerlukan tujuh jam tidur yang lena bagi membolehkan badan
berfungsi dengan baik pada keesokan harinya.


Tidur yang cukup bukan setakat merehatkan badan atau
mengelakkan masalah mata cengkung tetapi ia mempunyai manfaat yang lebih
penting. Tidur adalah satu keperluan dan ketika inilah badan akan memperbaiki
kerosakan yang berlaku pada sel serta membina sel baru.


Malah, ketika tidur, otak kita sibuk membuat persediaan untuk
menghadapi keesokan harinya. Kajian ke atas haiwan dan manusia mendapati tidur
yang cukup mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar dan membantu memelihara
daya ingatan seseorang.


Dalam satu kajian, responden disuruh bermain piano mengikut
nada tertentu. Kumpulan yang dilatih pada waktu pagi dan diuji 12 jam
kemudiannya tidak menunjukkan perubahan yang ketara. Tetapi kumpulan ini
menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 20 peratus selepas mendapat tidur
yang cukup.

Kumpulan kedua yang dilatih pada waktu petang juga menunjukkan
peningkatan prestasi sebanyak 20 peratus selepas tidur pada waktu malam. Namun,
ujian selepas 12 jam berjaga mendapati prestasi responden tidak berubah atau
tiada peningkatan. Ini menunjukkan tidur memainkan peranan penting dalam
kebolehan belajar.


Apa sebenarnya yang berlaku ketika tidur masih belum dapat
diterangkan dengan terperinci tetapi penyelidik percaya tidur membolehkan otak
memproses semula perkara yang baru dipelajari supaya ingatan itu kekal.


Kajian selanjutnya mendapati tidur sekejap pada tengah hari
juga dikatakan memberi manfaat terhadap kemampuan untuk belajar. Ujian ingatan
terhadap responden yang diberikan empat kursus secara terus menerus menunjukkan
keputusan yang agak buruk.


Bagaimanapun, daya ingatan mereka jauh lebih baik apabila
diberikan rehat (tidur selama setengah jam) selepas dua kursus. Keputusan ini
mencadangkan jika seseorang itu mendapat cukup rehat (fizikal dan mental)
mereka mampu mempamerkan prestasi kerja atau pembelajaran yang lebih
memberangsangkan.

Ini kerana selepas bangun daripada tidur, otak lebih segar dan
boleh berfikir dengan cepat dan tepat. Tidur yang mencukupi juga dapat
mengurangkan tekanan dan keresahan yang secara tidak langsung boleh menjejaskan
kemampuan belajar.


Mungkin inilah sebabnya mengapa bayi, kanak-kanak dan remaja
memerlukan lebih banyak tidur berbanding orang dewasa. Malah, kajian berkenaan
juga menjelaskan mengapa golongan yang amat muda ini mudah menerima dan belajar
perkara baru dalam hidup mereka.

Malah, tidur juga dianggap amat penting untuk proses pemulihan
terhadap kecederaan otak termasuklah pada pesakit strok kerana mereka perlu
belajar semula untuk menguasai bahasa dan rutin harian.


Ada penyelidik menyarankan supaya kita tidur apabila berasa
mengantuk. Namun, ramai yang mengabaikan keperluan badan ini dan berusaha
melawan rasa mengantuk sehinggalah tiba waktu untuk tidur. Ada juga yang masuk
tidur terlalu awal tetapi tidak dapat melelapkan mata walaupun persekitaran
bilik tidur sangat menyenangkan.

Bagi individu yang bekerja syif juga boleh mendapat manfaat
daripada tidur walaupun waktu tidur mereka berubah-ubah. Apa yang penting ialah
mereka mesti mendapat tidur cukup dan baik (lena).


Tuntutan dan tekanan tugas membuatkan ramai antara kita yang
mengalami masalah kekurangan tidur. Bahkan tidak kurang yang kerap terjaga pada
waktu malam dan sukar untuk melelapkan mata semula.


Akibatnya kita mudah letih, mengantuk dan hilang daya tumpuan
jika perkara ini berlanjutan. Malah, lebih buruk kekurangan tidur boleh
menyebabkan seseorang mudah tertekan dan mengalami gangguan emosi.


Justeru, setiap kali anda menghadapi masalah untuk menumpukan
perhatian, kajilah semula gaya hidup anda. Kekurangan tidur, tabiat pemakanan
yang tidak seimbang dan kurang bersenam semuanya memberi pengaruh besar dalam
menentukan kualiti hidup kita seharian.





P/S: Ini adalah untuk peringatan kepada diriku dan juga dirimu. Waseehhhh! Terima kasih kerana stickiness terhadap blog ini. Mulakan hari anda dengan diet yang seimbang ok!

09 May 2010

Goyang kaki mode



Yeay! Paper sudah tamat!

Macam2 ja pancaroba ketika jawab exam tadi. Bleh pula tengah2 wat test, dewan peperiksaan tetiba blackout disebabkan guntur kilat. Gelap seketika. Anak mata ku perlahan mengatur pixelnya supaya adjust dengan kegelapan.

Aku rasa, Has di depan sana semestinya menggunakan goggle nightvision menjawab test kerana sapa2 yang berada di barisan hadapan ternyata lebih gelap kerana tiada cahaya dari pintu masuk utama yang menyinari kami. Bila dah makin gelap, makinlah sejuk. Kelibat macam student racing pula hendak ke suatu tempat yang dinamakan TANDAS. Ya.. tandas. Time2 tu la kemuncak exam, aku ni pun tak tertahan bingkas terus bangun untuk pergi ke tandas.

Sampai aku di hadapan sana, bleh pula penjaga tu cakap please return back to your seat. Cis! Terus tak ada mood aku nak pergi lagi. Malas aku nak catwalk depan yang disambut dengan mata yang meliar macam mencari mangsa kerana tandas yang dibenarkan hanyalah tandas di belakang stage. Aku teruskan membuat soalan yang haprak betul susah BLEH KA BAGI AKU "A" BEGITU SAJA??!! Maaf karina, itu melanggar polisi kami. In your dreams. Baik lah, aku bermimpi ni.. walaupun aku sedar itu susah hendak dicapai. Serius, past year paper last sem begitu KACANG. Sem ni.. siot btul.

Cuti seminggu ni macam2 aku mau buat. Yang kucing tiga ekor tu masih berhutang dengan aku. 5 ekor sudah ku bagi mandi sebelum aku gerak ke kampus, tapi yang 3 lagi tu tidak dapat dikesan. Siaplah kamu nanti! Esok mimi dah nak balik... nanti rindu la aku dengan telatah mereka berdua. Hoping to get in the same room with them again next sem. Again! Harap mereka tak serik dengan aku. Hehe. Bahasa Sabah ku belum lagi mantap. Sekarang ni aku pun tengah packing2 barang aku, dan juga mendownload siri Adamaya. Byk yang aku missed. Sementara menunggu kemasukan intersesi, aku coba untuk rajin2 update. Kau tengok lah nanti. :) OK luv u blog. And u too. Take care. Aku mau tutup gate dah ni. Mangga paling besar aku bagi. Nah amik kau! Lelah ku gi carik di pasar tek.




07 May 2010

Biasa dengan shift mak guard nih..

Isy2... cik Hanis bleh pula minah tu pi upload gmbr2 yang menjeleskan student UiTM terutamanya yang belum lagi habis paper.. Paper kami habis 9hb, menjadikan kami amik shift extra untuk menjadi pak guard. Semua orang dah sibuk2 packing, nak berambus dari bilik cepat2 supaya tak perlu "tutup gate". Itulah term yang selalu digunakan kerana last paper, tambahan pula petang pulak tu. Aku tak lah berniat nak merendahkan martabat orang yang keja sebagai guard, No.. no... no. Mereka2 nilah yang diperlukan untuk menjadi gatekeeper untuk mengawal keselamatan dalam setiap organisasi.

Jadi apalah yang aku buat di sini. Aku masih lagi menatap dan mengulangkaji subjek Marcom untuk test Ahad nanti. Lepas test, maka bermulalah upacara menghantar kunci diiringi siulan happy oh happy sambil menjeling Abg. Z tanda kami jumpa lagi next sem. Muehehe. Tengah2 aku ni menulis nota, si mimi ni beria2 packing barang jadi konsentrasi aku terganggu. Hatiku tak tenteram bagai menunggu roti toaster yang akan siap dalam 2 minit mengenangkan soalan yang diberikan mencabar kewibawaan diriku sebagai student; oleh itu, apa lagi. Aku rehatkan diri dulu. Aku gunakan masa itu untuk aku analisa past year, dan cuba untuk spot beberapa question. Mantera apa ntah aku baca, tak tahu lah betul atau tidak. Ku serahkan pada si artea untuk menilai. Dia tu kerek (crack) sket. Oh! Marcomm ni nak kata senang skor, tidak lah semudah itu. Byk juga sub-point yang perlu diingati.

Inilah yang aku tak suka, orang lain sudah siap bagi flying kiss nak chow chin chow. Tapi mengenangkan gap ini memang khas untuk menyerap dan bertapa ilmu teori agak sesuai diberi kesempatan di panjangkan jarak itu. Gila aku kalau yang ni macam tersepit di antara MD and RM seperti yang di lalui si syemah. Woh. Bleh jadi hellwire nak hafal itu ini dalam masa singkat. Oleh itu, aku bersyukur, kan aku dah cakap... dah biasa tutup2 gate ni. Jadi, gate korang kat umah tu jangan lupa tutup ye. Bahaya!

04 May 2010

Stereng tercabut?

Tajuk apa ni, karina? Tolong bagitahu kami! Iya2.. sebentar. Kamu tahu ka apa itu stereng? Apa dalam kepala kamu bila aku cakap stereng ku tercabut? Dalam diam mesti kepala syemah dan has membayangkan aku tengah driving dan.. stereng itu tercabut. Tahniah! Anda telah melepaskan satu peluang berharga wang tunai bernilai seposen kerana jawapan anda itu ternyata.... SALAH!

Dalam kepala aku ni membayangkan hidup aku ni dah lost of control.. Nak pegang stereng pun, alignment sentiasa senget. Macam mana aku mau ikut arus yang sama seperti rakan yang lain, macam aku pula yang ketinggalan di belakang. Kenapa sem ni aku rasa aku makin lama tersekat dalam traffic jam sambil dengar radio Hot.FM dalam kereta takda aircon, tambahan lagi cahaya mentari menyinari begitu panas sekali. Mula2 dapat ja aku ikut, namun di pertengahan jalan itula yang aku cakap tadi. Jam!

Bila jawab test Service tadi, aku dapat merasakan yang stereng aku ni makin lama, makin tercabut. Apa la yang bersisa di otakku ni tidak bisa di keluarkan dan di tulis atas kertas jawapan. Semua jawapan aku berasaskan common sense sahaja. Entah betul atau tidak, aku tak tahu. Balik2 tengok carrymark yang terpampang, puiihhh.. macam taek je. I've tried enough. Well, this is life anyway. Pasang surut itu lumrah. I've once resit Macroeconomic paper,.. and amazingly I can cope up with Malaysian economic at the same time which both actually are chained paper. But at that time, the paper was not declared as "CHAINED" paper. That is why I managed to take up both in same semester. Syemah is one of my rakan seperjuangan. Mujur kami berdua lulus dan aku berjaya menebus balik apa yang aku hilang dari gengaman aku. Kadang2 apa yang kita hilang, itulah sebenarnya penggerak kita untuk maju. Benarlah, sekali gagal, bukan gagal selama2nya.

Hati aku kuat mengatakan yang keMUNGKINan aku akan terbabas lagi this sem. Gila woh! Mengapa aku teruk sangat ni.. Sudahlah tiada lagi harapan nak intersesi lagi after part 5 kecuali la amik supplementary paper. Aku mau grade on time!! Sapa pun tak nak. Aku dah siap agih2kan nota yang akan ku pinjamkan kepada juniors dan untuk diriku juga seandainya... bla..bla..bla.. Notes CTU dan BEL sudah ku bagi si Mimi. Channel untuk Alam. Dan lain2 tgh under consideration. Ecomm ni la harapan untuk aku peroleh "A" lam tangan. Sekurang2 nya masih ada harapan mau 3.00 lagi. Fuh. Aku hanya mampu berdoa agar dipermudahkan urusan ku, ilmuku.......... Next sem lagi la aku geleng kepala. Malah buzier dari this sem kerana ada trip, yang sedikit sebanyak memerlukan kami berkomitmen tinggi DEMI SUBJEK terchenta.

Aku diberi masa seminggu sebelum melangkah masuk kelas intersesi selepas 9hb. Pada masa itu, aku mau berdating ngan laptop, family, kucing..... wah! Rindunya~ Mak pun selalu bertanyakan diriku kenapa tak balik2. Mengenangkan busy, kami hanya setakat meluangkan masa untuk keluar shopping apa yang patut, kemudian dihantar balik ke asrama. Alaa, nanti dia akan jemu juga tengok aku di rumah, kerana aku berkeputusan untuk balik ulang alik nanti kerana memikirkan kos sara diri tersangat lah MAHAL! Lagipun, jam kuliah yang diperuntukkan cumalah 2 jam setiap hari. Rela ku membayar minyak kereta Emma nanti yang sudi menumpangkan aku. Ok guys, sekian ngerepaking. Adios!