BEST! Aku mesti FOLLOW!

26 April 2010

Serapi WHAT? Aku blum ready.

Meng'zombiekan diri di bilik Alam, kawanku yang kurang se'sem dariku dengan sama2 stay up sampai Subuh. Rumet beliau semuanya anak kelahiran Kuching, cuma dia seorang sahaja anak kelahiran Bintulu.. jadi, memang aku la pengunjung dan peneman tegar sekiranya dia keseorangan. Seperti biasa, Nescafe di hatiku oh 1 Now 1 Nescafe'. Dia blaja Product Management sementara aku study Ecomm. Hmm.. Malam itu kami ditemani dengan TV kecil skrin visual Black White. Tengok cerita Mr.Bean Holiday, Spa-Q, Wanita Hari Ini dan lain2. Habis tu, aku melukis "Senamrobik" yang akan ku publish untuk tatapan peserta Senamrobik Marketers. (Susah betul bagi komitmen hendak melukis wajah2 geng kami tu) Ok Stop! Mukaddimah terlalu panjang. Apa kaitan dengan Serapi? Begini. Oleh kerana aku tidur di bilik Alam, memang lah aku tak ingat lagi yang aku berada di alam maya sehinggalah aku dikejutkan dengan deringan ringtone yang sadis bunyinya.. A call from my coursemate; Alesia. Bila bangun, aku bleh lagi blur2 jap yang rupanya aku di bilik Alam, bukan bilik sendiri. Dalam hati, tercari2 mana si Mimi dan si Ros di katil seberang. Layout pun lain. Karina..karina.... Alesia cakap yang dia SUDAH DI DEPAN GATE SERAPI! hendak mengajak aku untuk join swimming, aktiviti melepaskan stress. Pergh! Bukannya aku mau reject offer tu, tetapi kami se-geng telah berjanji akan menemani beliau selepas "Perang Jepun" tamat. Mana aku tak bising, sudah lah aku baru bangun tidur, belum lagi mandi, dia katakan dia sudah di hadapan Serapi nak fetch kami. Waseh! Dengan pantas aku lari anak-anak2, turun balik bilik dan hanya sempat.......... berus gigi. Ala, diorang pun belum mandi. Hehe. Muka tu yarabi,.. memang muka tak cukup tidur. Mata masih kemerah-merahan. Waktu tu, sudah menunjukkan pukul 9.30am. Sampai sahaja di kereta, surprisingly aku merupakan orang pertama sampai selepas calling dari Big Boss; Alesia. Aku memang mamai giler, landing kepala di window. Sementara menunggu konco2 ang lain, kami segera pegi Dewan Makan untuk tapaukan makanan. Setelah memastikan kebajikan kami terjaga, kami kembali untuk fetch Alice, Fredda and Agnes. Dan bermulalah pengembaraan Geng Upin dan Ipin..

Memang bikin Melodi betul kerana pukul 10.15am swimming centre tu blum lagi open to public. Diberitahu yang ia akan buka jam 11am. Lewatkan! Angguk ja jangan banyak tanya! Kami plan mau makan dulu di tempat duduk teratas sekali di Stadium Samarahan. Dari jauh dapat teropong Swimiming Centre tu. Masing2 tengok jam untuk serbu, sambil2 tu kami fuel kan perut kami yang sangat lapar. 3..2...1.......... Geng! Serbu! Terima kasih matahari, kau telah menebalkan lagi warna pekat di kulitku. Aku telah menjadi black, oh tidak! BUt it's really fun u know! Balik dari sana, kami singgah untuk membeli Cendol Pulut di tepi jalan. Won't cost you much. Only RM1.50 and I bet YOU LIKE IT! Dengarkan lah reviews dari Alesia and the Geng di FB.

No comments: