BEST! Aku mesti FOLLOW!

26 April 2010

Al-Fatihah

Lately ni memang aku selalu dikejutkan dengan berita kematian..
Tak tahu la korang perasan tak, telinga aku ni selalu terngiang2 hal-hal berita kematian.
Adakah Tuhan lebih menyayangi mereka dan tinggalkan kita untuk bertaubat selagi berkesempatan. Wallahu'alam. Tidak cukup berita Allahyarham Achik Spin, sekarang Allahyarhamah Mdm. Farida pula. Dia merupakan lecturer Finance. Walaupun kami Marketing, namun Finance tetap dianggap adik-beradik kerana bernaung di bawah satu fakulti. Sekiranya paha kiri dicubit, begitulah halnya paha kanan yang terasa. Meskipun aku tidak berapa mengenali beliau namun aku hanya mampu berdoa supaya rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. Aku terbangun kerana si Ros tergesa-gesa berkemas dan mengejutkan si Mimi supaya cepat bersiap sekitar 10am. Pada mulanya aku kehairanan kerana apabila pintu bilikku dibuka dan nampak si Liza memakai baju kurung, aku ingatkan dia ada test. Setelah di tanya, ahli level bebudak Finance semuanya mengatur langkah untuk memberi penghormatan terakhir kepada allahyarhamah. Kami bebudak Marketing sebelum ni telah diberitahu oleh lecturer kami tentang tragedi menimpa beliau. I think it is related to Brain Hemorrhage. Seriously, it fears me. I hope all of you take care of your life well because it gives one's no mercy at all.

1 comment:

mr_abs said...

aish, baruk baca blog ktk. bok baca tentang perihal sakit ya. tedah2. al fatehah