BEST! Aku mesti FOLLOW!

26 April 2010

Al-Fatihah

Lately ni memang aku selalu dikejutkan dengan berita kematian..
Tak tahu la korang perasan tak, telinga aku ni selalu terngiang2 hal-hal berita kematian.
Adakah Tuhan lebih menyayangi mereka dan tinggalkan kita untuk bertaubat selagi berkesempatan. Wallahu'alam. Tidak cukup berita Allahyarham Achik Spin, sekarang Allahyarhamah Mdm. Farida pula. Dia merupakan lecturer Finance. Walaupun kami Marketing, namun Finance tetap dianggap adik-beradik kerana bernaung di bawah satu fakulti. Sekiranya paha kiri dicubit, begitulah halnya paha kanan yang terasa. Meskipun aku tidak berapa mengenali beliau namun aku hanya mampu berdoa supaya rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. Aku terbangun kerana si Ros tergesa-gesa berkemas dan mengejutkan si Mimi supaya cepat bersiap sekitar 10am. Pada mulanya aku kehairanan kerana apabila pintu bilikku dibuka dan nampak si Liza memakai baju kurung, aku ingatkan dia ada test. Setelah di tanya, ahli level bebudak Finance semuanya mengatur langkah untuk memberi penghormatan terakhir kepada allahyarhamah. Kami bebudak Marketing sebelum ni telah diberitahu oleh lecturer kami tentang tragedi menimpa beliau. I think it is related to Brain Hemorrhage. Seriously, it fears me. I hope all of you take care of your life well because it gives one's no mercy at all.

Serapi WHAT? Aku blum ready.

Meng'zombiekan diri di bilik Alam, kawanku yang kurang se'sem dariku dengan sama2 stay up sampai Subuh. Rumet beliau semuanya anak kelahiran Kuching, cuma dia seorang sahaja anak kelahiran Bintulu.. jadi, memang aku la pengunjung dan peneman tegar sekiranya dia keseorangan. Seperti biasa, Nescafe di hatiku oh 1 Now 1 Nescafe'. Dia blaja Product Management sementara aku study Ecomm. Hmm.. Malam itu kami ditemani dengan TV kecil skrin visual Black White. Tengok cerita Mr.Bean Holiday, Spa-Q, Wanita Hari Ini dan lain2. Habis tu, aku melukis "Senamrobik" yang akan ku publish untuk tatapan peserta Senamrobik Marketers. (Susah betul bagi komitmen hendak melukis wajah2 geng kami tu) Ok Stop! Mukaddimah terlalu panjang. Apa kaitan dengan Serapi? Begini. Oleh kerana aku tidur di bilik Alam, memang lah aku tak ingat lagi yang aku berada di alam maya sehinggalah aku dikejutkan dengan deringan ringtone yang sadis bunyinya.. A call from my coursemate; Alesia. Bila bangun, aku bleh lagi blur2 jap yang rupanya aku di bilik Alam, bukan bilik sendiri. Dalam hati, tercari2 mana si Mimi dan si Ros di katil seberang. Layout pun lain. Karina..karina.... Alesia cakap yang dia SUDAH DI DEPAN GATE SERAPI! hendak mengajak aku untuk join swimming, aktiviti melepaskan stress. Pergh! Bukannya aku mau reject offer tu, tetapi kami se-geng telah berjanji akan menemani beliau selepas "Perang Jepun" tamat. Mana aku tak bising, sudah lah aku baru bangun tidur, belum lagi mandi, dia katakan dia sudah di hadapan Serapi nak fetch kami. Waseh! Dengan pantas aku lari anak-anak2, turun balik bilik dan hanya sempat.......... berus gigi. Ala, diorang pun belum mandi. Hehe. Muka tu yarabi,.. memang muka tak cukup tidur. Mata masih kemerah-merahan. Waktu tu, sudah menunjukkan pukul 9.30am. Sampai sahaja di kereta, surprisingly aku merupakan orang pertama sampai selepas calling dari Big Boss; Alesia. Aku memang mamai giler, landing kepala di window. Sementara menunggu konco2 ang lain, kami segera pegi Dewan Makan untuk tapaukan makanan. Setelah memastikan kebajikan kami terjaga, kami kembali untuk fetch Alice, Fredda and Agnes. Dan bermulalah pengembaraan Geng Upin dan Ipin..

Memang bikin Melodi betul kerana pukul 10.15am swimming centre tu blum lagi open to public. Diberitahu yang ia akan buka jam 11am. Lewatkan! Angguk ja jangan banyak tanya! Kami plan mau makan dulu di tempat duduk teratas sekali di Stadium Samarahan. Dari jauh dapat teropong Swimiming Centre tu. Masing2 tengok jam untuk serbu, sambil2 tu kami fuel kan perut kami yang sangat lapar. 3..2...1.......... Geng! Serbu! Terima kasih matahari, kau telah menebalkan lagi warna pekat di kulitku. Aku telah menjadi black, oh tidak! BUt it's really fun u know! Balik dari sana, kami singgah untuk membeli Cendol Pulut di tepi jalan. Won't cost you much. Only RM1.50 and I bet YOU LIKE IT! Dengarkan lah reviews dari Alesia and the Geng di FB.

19 April 2010

Changing Mode

Mental kena tajam, fizikal kena cergas,
Environment kena tukar, aaa... segala.
Karina akan mengalami metamorphosis?? Lekas.
Oh, aku hanyalah insan biasa. Bukannya butterfly jadi kamu salah.

Kelmarin aku dan rumetku berkemas bilik.
Mula2 aku cadangkan terus dibahagi kerja. Aku mau menyapu dan mengemop!
Pastu si Ros nda setuju. Apa dia bilang buyuk' (tak adil)
Alih2 dia plak akur sebab dia sudah static di window. So, tugas dia lap window.
Sambil berurusan dengan tahi cicak. Haha. (Metabolism cicak di bilik kami ni tinggi betul)

Mimi plak area kasut2 dan dia mementingkan luggage di bawah katilnya dulu. Pinggan mangkuk, kerja2 yang tidak kasar.. ha, ko bagi ja la dia buat. Kurus sangat bukankah "ringan" tulang" namanya. Takut plak aku skeleton berjalan tu patah klu angkut barang berat. Hahaha. Klu dia baca ni mesti dia mau kasi tumbuk sama aku. Tidak mengapa, biasa dah kena tumbuk dia, dan kena cekik pula oleh si Ros. Rumetku brutal. Semasa Mimi mengemas di bawah katil aku, beliau bersemuka dengan anak cicak F2F, dan menjerit sambil menghalaunya dengan penyapu. Aku ingatkan apala tadi. Dengan pantas aku memegang anak cicak itu dan mengalihkannya ke dinding luar bilik dengan selamat. Mok Onggon nok dipadah Kate ya nak? Skodeng kmk berkemas bilit. hehe. Aku sengih ja tengok si mimi berlari ke tingkap mengadu dengan si Ros yang aku pegang cicak. Lalu dia pun menjerit "Nadi! Stay away from me!"

Aku lak bahagian itu kipas, itu sawang, itu lantai. Disassemble kipas tu pastu buang debunya dulu sebelum dicuci. Takut pula debu2 tu akan mengakibatkan lubang parit tersumbat. Habis dedebu kipas (bukan debu cinta) menghiasi ruang udara bilik kami, terus ku sapu sawang yang bertapak di segenap pelusuk bilik. Yang jatuh2 tu memanglah aku sapu dan mop. Karina workout la hari ini. Has, aku gym lam bilik ja la. Haha.

Wangian semerbak menembusi bulu hidung penduduk level kami membuatkan bilik kami Centre of Attraction! Bukan salu kamu lihat bilik kami ni kemas, kerana sejak akhir2 ni bilik macam Tongkang Pecah dek assignment bergelimpangan. Tongkang pun tak pecah macam tu. Sampaikan tertidur di atas lantai menantikan paper terprint seketika.

Ya, memang jadi kebiasaanku akan mengerah dan memujuk2 rumet2ku sebelumnya untuk mengemas bilik sebelum Final Exam. Supaya aroma wangian lantai menjadi aroma therapy untuk study. Ilmu juga akan senang masuk jika persekitaran bersih bukan?

Macam2 ragam orang nak bersedia untuk final ni. Si Agnes sudah membuat kad jemputan untuk dirinya ke Dewan Jubli. Memang macam kad undangan. Bila dibaca, yang terkandung bukanlah tertera nama siapa kahwin tetapi berbentuk kata2 semangat. Mimi sudah lukis dia punya jadual dan ada lukisan pula di bawah. Sesungguhnya dia memang berbakat melukis. Aku pula sedang dalam proses untuk mengosongkan "billboard" ku (sebab aku conquer 2 notis) dan menjadikannya menarik untuk tatapan mataku.. Now, wishing my friends all the best in the finals.
Justify Full

17 April 2010

Oh Jumaat! Aku tido nyenyak skali.

Selama seminggu ni memang teramatlah pack bagi ku.
Nescafe 3in1 tidak lagi berupaya untukku jadikan dadah tak tidur awal.
Sebaliknya, ia tidak menyenangkan perutku kerana ia membuatkan perutku dimasuki angin.
Sudahlah kelaparan di tengah malam, serpihan roti crackers itu jadi sahabat setiaku.
Teman seterusnya semestinya printer kesayanganku. Sudah sebulan 9 hari umurnya.
Saat2 genting apabila printer ku meragam lagi tatkala hendak menyiapkan assignment marcom.
Terkial2 lagi aku membaikinya. Kuku tanganku dihiasi dengan kaler yang sungguh colourful kerana menginkjet ink2 itu.
Terdetik juga hendak membuat siri pantun yang kedua. Tapi, cukuplah, aku mahu berehat.
Aku masih hutang aktiviti senamrobik. Tak tahu hendak buat apa dengan senamrobik.
Geng klaz sudah menagih pantun dariku. Tapi, aku kira mahu melukis kot. Hmm.
Hampir semua assignment kami ada penulis sendiri. Gara2 tak cukup masa.
Panjang lah kisah yang hendak di tulis di sini. Huhu.. Nak aku ceritakan juga ke?? Kisah assignment yang TERNYATA menarik!

Environment: Waduh2, saat presentation memang macam pum tayar punya pressure kerana singa bakal membaham markah kami klu tak buat dengan baik. Serius, untuk menangani masalah berikut, haruslah dimulakan slide yang amazing. Sekurang2nya mengalih pandangan nya sekejap. Report plak, hmm... guna finding BEL. Macam mana tu?

CTU: Really, aku telah mengeluarkan bahasa yang sungguh baku skali ketika presentation. Sounds Funny!! Tapi, aku redah je, kerana ustaz pun sporting. Kami dapat 8/10 tau! Baku2 pun ok juga. Haha. (tension aku..)

Marcom: Slide tercanggih antara yang lain. Rasa2nya komitmen ku agak full di sini. Hampa dan sedih skejap kerana sungguhpun ramai yang tertambat hati namun hati lecturer itu tak tertambat. Langsung dia x puji sedikitpun slide kami. Report kami?! Owh, paling banyak dilaburkan kerana RM37.30 total nya OK! Ko faham sik? Nasib la di bahagi kepada 5 orang. Printer sangat meragam di sini. Setengah yang kalernya cantik, tapi makin lama ink kuning makin tak jelas. Sudahlah kaler utama Maybank ialah KUNING! You know kuning? Yellow.. yellow.

E-Commerce: Aku hanya memberi 10% komitmen di sini. Aku ska giler subject ni kerana aku faham practically cuma mentally aku time exam tak ingat point. Inilah kekurangan diriku. Tak mampu ingat. Klu application memang no. 1. Sayangnya aku tak dapat bersama dengan mereka membuat web page tersebut kerana aku punya station bersama si agnes, jasmine dan yati untuk memperjuangkan Marcom kami. Kena hantar sebelum pukul 6pm! (sama waktu presentation dengan Ecomm) Aku tahu ketiadaan ku mengurangkan keunikan di web kita. Namun, aku pasrah kerana u guys hv done ur best!

Service: Banyak kali kena reject di sini. Ntah ada2 ja yang tak kena. Sudahlah last minute kena redo balik. Isnin ni due doh! Perjuangan belum selesai.

Bel: Haha... Kena bertindak dengan bijak. You know I know la Has. Ngee~~

Aku mau balik.

Next Thursday dah start dah Final Exam kami.
Apakan daya...
Next Monday jugalah the ONLY Service Asgmt DUE!
Aku mau balik, tapi mau juga pigi swimming.
Kerana turut serta dalam BMB4M klaz projek. Alesia la si ketua projek. Hehe.
Balik2 jenguk family, kucing, tenangkan fikiran dengan picit kucingku,
nak drive pegi kedai2 berhampiran, sapu rumah, urut mak, movie marathon!
Aaaaa... macam2. Bila aku mau balik?

04 April 2010

Sedarkan la diriku ini


Tak berkesempatan ku catatkan di sini
segala apa yang telah terjadi
namun ku masih mengharapkan hari esok nanti
untuk kita bersua lagi
...
..

.

Minggu presentation+test memang busy

Rumusan

1. Marketers Team kalah nasib dalam pertandingan handball aka Bola baling. Shiiieeeet! Adakah patut mereka (organiser) suruh kami dipertaruhkan dengan nasib wang syilling "Kepala atau Bunga" kerana KAMI SERI??!! Wtf.

2. Saya dah ada pengganti baru kesayangan saya... Menggantikan C11 Motorola tu. Hehe. (Syemah, ko diam)

3. Hampir siap assignment kami, tetapi di reject pula oleh the serial killer Dr. F. Terpaksa la di ganti dengan company yang lain.

4. Aku pulang ni, tengok kucingku bertukar jadi monster hodoh kerana kurap. Nicole masih maintain, hilang bulu di kepala tetapi semakin gemuk.

5. Bil broadband settle, tapi bill Streamyx blum langsai lagi.. (Ikat perut)

6. Exam semakin hampir, jerawat pula makin banyak macam cendawan tumbuh selepas taruh baja.. eh salah! Selepas hujan.

7. I have another 3 tests, 3 Group Reports, 1 Individual Assignment, 3 more presentations to cover BEFORE I can finally take a precious time to avoid Workloads and focus on my coming final exam. Sheesh.. Pancaroba sebagai student.

8. Tak sabar menantikan Blogger Boy Season 2 dari Syemah... kami di Serapi ni sering tertanya2.. (Aku dah hasut si connie, alam, mimot dan agnes untuk melihat sama).. Terus ku download mp3 Blogger Boy dan dengar macam sawan. MP3 SINI. Nak Lirik? SINI.

9. Bila la lagi pertandingan Badminton nak berlangsung.. (Masih juga menyalahkan organiser yang semakin hari semakin sot)

10. Lately ni sakit belakang sebab lama sangat kaku depan laptop dengan mata panda nya lagi menyiapkan segala kerja yang ada. Line di Serapi memang tension sungguh ku berbroadband.