BEST! Aku mesti FOLLOW!

19 March 2010

Anak baru dah pandai skype

Gembira bukan kepalang lagi setelah mempunyai satu lagi anak kesayangan yang telah berusia 17 hari iaitu Netbook HP Mini 210 PERCUMA dari streamyx jika anda melanggan Streamyx Cool UniPack serendah RM50/sebulan. Features nya ada webcam dan sangat comel untuk dibawa ke mana2 sahaja. (Promo jap) Bagaikan membawa buku digital ke kelas dan log-in tanpa segan silu. Cuma ada sesetengah lecturer tidak suka bila student nya tidak fokus terhadap mereka di depan. Waktu kelas Channel paling best especially hari Khamis kerana Dr.V akan bincang pasal progress assignment kami. Jadi, kami memang majoriti bawa laptop. Sekarang, aku berjaya menghasut geng2 ku untuk berskype di dalam kelas. Tak lama lagi, semua geng akan berskype. Bagaikan membawa pengaruh besar rasanya. Hoho. Terasa lucu juga tgk kat video macam mana muka mereka tgh serius mendengar lecture. Ada yang berkerut, ada yang mengantuk. Tapi, blum cuba yang conference punya. Dapat ke tayang video 4 orang sekaligus? Nak try lah!

No comments: