BEST! Aku mesti FOLLOW!

26 March 2010

Artis ayu main kasar?


25 MAC 2010, SAMARAHAN. Seramai 10 orang pelajar cantik BBA MARKETING akan menyertai pertandingan interfakulti bola baling pada Sabtu ini. Mereka sungguh excited sekali kerana tidak sabar-sabar untuk berentap bagi menebus hutang yang belum langsai ekoran dari beberapa kekalahan game selain dari bola baling. Peserta itu terdiri daripada Agnes (Goalkeeper), Rosita (Captain), Alesia, Fiona, Connie, Alicefiana, Karina, Aliceca, Ema, Nohu. Jurucakap dari seorang pelatih mereka, Macson berkata; "Mereka ini diharap boleh compete dengan 8 kumpulan dan membolosi peringkat separuh akhir dan grand finale". Antara kumpulan yang bakal menggegarkan gelanggang adalah pasukan mantap dari DIA dan FSR. Menurut Macson, seorang daripada peserta ayu BBA Marketing bernama Karina sangat agresif ketika training. Dia pernah tersiku hidung Rosita dan menge"shoot" paha Agnes yang pada ketika itu ketawa kesakitan. Macson hanya geleng kepala melihat anak-anak Macson (jokes for anak-anak Sidek) beraksi macam pusu di gelanggang. Namun, di harap Karina lebih berhati-hati untuk pertandingan Sabtu ini. Nantikan team "Pusu" di gelanggang. Mereka bukan PUSU biasa!

24 March 2010

Aku macam lebah = Lebah macam aku?


Ya! Memang petang ni takda klaz kul 2 - 4pm kerana VC kami datang ke kampus. Jadi, semua lecturer dikehendaki menghadiri sesi perjumpaan, oh bahagianya klaz cancel.
Di saat ini group kami terAMAT2 lah busy dan AMAT2 memerlukan reason supaya masa itu tidak di kacau untuk memberi laluan kepada updating assignment. Sudahlah besok ada pakar motivasi yang terkenal datang... sekarang aku yang tak termotivasi pergi sana. Memang opportunity cost betul la. Nak pergi ke atau siapkan assignment lebih PENTING?

Khamis - Ceramah motivasi 7am - 5.30 pm. Malam praktis handball.
Jumaat - Prepare nak wat Website lam klaz tapi mesti ada informasi lengkap.
Sabtu - Handball competition
Ahad - Baca untuk test 2

Isnin - Test 2 subj. environment
Selasa - Test2 untuk Service
Rabu - Test 2 untuk Marcom
Khamis - Submission of Maybank assignment and also Channel Presentation
Jumaat - Good Girls Gone Wild! @_____@' (Ertinya... Transform Zombie)
Sabtu - Siapkan assignment Service final touch
Ahad - Service submit!

Isnin - Presentation of BEL report

The part of me

Bila larut malam~ (Taruh kicap..cap)
Suasana sepi~ (Taruh kicap.. cap)

Member bloggers disayangi,
Masih kah kau ingat.... sekuntum bunga itu?..


Karina la tu.


Semenjak 2-3 hari ni dia sudah sot2 membuang tabiat setelah di taufani oleh assignments dan test2 yang memang kau xbleh REJECT SAMA SEKALI. Kau nak markah ke tak nak? Ada brani nak melawan lecturer yang sentiasa TAKE NOTE! Siap kami semua ada di gambar dan dilabelkan nama sebagai bukti untuk perbicaraan mahkamah nya. Itu sangat penting ketika recall balik muka2 innocent kami untuk diberi atau dipotong markah tika Final Exam Marking.

Aku ni, kata saja mau jadi zombie sampai tak tidur untuk kelas 8am seterusnya, tapi paling2 hanya sejam dua ja tetap MASIH tidur. Tak pernah aku pecah rekod untuk tak tidur langsung seperti kepala si ANC kami itu. Daya ketahanan mental nya sungguh mantap seperti tuan punya body. Hehe.

Bila aku mengaku zombie, sila lah ketawa dan terima lah jokes buduz aku. Jangan kau BUAT MUKA, usik aku, marah aku, tegur aku kerana jiwa ku mudah kacau dan akan menyebabkan aku BAD MOOD the whole day. I may be very funny sgt2 or moody sgt2. Ya, segalanya seperti cermin kerana aku tak pandai nak hide perasaan aku. So, don't make me hate to see ur face because u won't be able to get my attention or hear a single voice from me. (Emo jap)

Hari ini, aku sot sangat2 sampai kelas Marcom tadi memang la mcm orang "high". Aku endahkan sahaja orang nak kata aku seperti orang mahu jogging, dan aku terasa puas dapat slamba ke kelas pada hari ini. Kerana aku comfortable dengan apa yang aku pakai. Asalkan aku tak melanggar etika berpakaian. Tak pernah di tangkap dan di saman pak guard merupakan rekod bersih ku sepanjang di kampus. Itulah yang aku cakap. Tak pandai ku nak jadi sumbody else yang memang TERNYATA bukan diriku.

Sorry guys, klu nak cermin orang kena tgk bulu hidung sendiri tu cukup panjang atau tidak sampai menghilangkan selera untukku bercakap dengan mu. Korang tak perasan ke hari2 yang korang bersiap depan cermin tak perasan ke bulu hidung tu panjang?? (Eh, apa yang aku cakap ni?) Biarlah..

21 March 2010

4 tahun berkasih



Kepada M,

Apa khabar M di sia, harap kitak sihat montel2 di samping father mother terchenta. Adik beradik pun harap sik la berolah kedak dolok gik, masing2 dah bujang dara pandei la nya orang berfikir nya mpun. Kamek di ctok sihat jak koh, hari-hari minum Vico, malam2 minum Anlene. Jadi tubuh badan kamek sihatlah kehendakNYA.

Tujuan kamek tulis surat tok sekda lah apa-apa maksud. Kamek mok mengimbau kenangan manis kita berdua sejak abis SPM. You bersama I, I bersama U. (Yarabi eh!) Pulang2 dah 3 tahun lebih kita bersama. Segala kontroversi hal kita dua memang sik kan luput biarpun kamek dah menjejak slipar Jepun kamek di universiti dan ke kelas. Nang susah kamek nak madah. Sekpat juak kita mok nutup mulutnya. Mun ada zip kedak cotton bud or Munchy's Music ya dah lama ku zip, biarpun kedap udara. Sak nya sorang jak rasa kerangupannya. Aih eh, alu melelat.

Apa di polah kitak nektok? Kamek dengar kitak dah ada madu oo ngan Cik N. Biarpun kitak sik perlu padah, udah kita duak tok lekat macam belangkas dari dolok.. cepat jak berita ya tersebar sampei ke telinga kamek. Manas la juak at 1st. Tapi, gne2 pun kamek tauk Cik N sik pat melayan kitak sebaik macam kamek. Bayangkan, 4 tahun sik kan dapat melawan rasa cintaku padamu.. Segala sifatmu sudah bagai memori Gb dalam kepalaku. Sudah diadaptasi dalam filem Avatar. Ibarat kau sebati denganku. Macam ne gik kamek mok madah. Nunggu Uncle James Cameron madah ngan kitak, baruk kitak percaya.

Kau kini curang padaku, otak pun dah sot2 maka kitak sik diperlukan gik dalam hidup kamek. Sik sanggup gik kamek menunggu apa yang tidak pasti. Jodoh ya pertemuan tuhan. Moga-moga kitak nemu mpuan lain dalam hidup kitak. Bukalah lembaran baru. Kamek pun tengah cari pengganti kitak. Terma kasih atas segala memori belacan yang kitak berikan pada kamek. Akan kamek sematkan dalam ingatan dan biarkan ianya menjadi subtopic2 setebal Buku Channel Management. Oleh itu, kamek harap kitak menghormati keputusan kamek. Sekian Motorola C113. Take care!









19 March 2010

Anak baru dah pandai skype

Gembira bukan kepalang lagi setelah mempunyai satu lagi anak kesayangan yang telah berusia 17 hari iaitu Netbook HP Mini 210 PERCUMA dari streamyx jika anda melanggan Streamyx Cool UniPack serendah RM50/sebulan. Features nya ada webcam dan sangat comel untuk dibawa ke mana2 sahaja. (Promo jap) Bagaikan membawa buku digital ke kelas dan log-in tanpa segan silu. Cuma ada sesetengah lecturer tidak suka bila student nya tidak fokus terhadap mereka di depan. Waktu kelas Channel paling best especially hari Khamis kerana Dr.V akan bincang pasal progress assignment kami. Jadi, kami memang majoriti bawa laptop. Sekarang, aku berjaya menghasut geng2 ku untuk berskype di dalam kelas. Tak lama lagi, semua geng akan berskype. Bagaikan membawa pengaruh besar rasanya. Hoho. Terasa lucu juga tgk kat video macam mana muka mereka tgh serius mendengar lecture. Ada yang berkerut, ada yang mengantuk. Tapi, blum cuba yang conference punya. Dapat ke tayang video 4 orang sekaligus? Nak try lah!

17 March 2010

Part-Time



Sekarang refers to NOW. Dan sekarang ni aku tgh jadi tauke reload dan printer untuk cater budak Serapi Blok 3. Bisnes kurang maju kerana time ni org tgh sibuk2 dengan test, bukan assignment jadi takda yang mau di print. Oleh sebab itu, pocket money aku pon kureng dan aku kena berjimat cermat. Aku akan try say "NO" untuk McD, SCR, Pizza Hut atau segala perbelanjaan yang melebihi RM5 untuk SEHARI! (considering makan tengahari dan petang). Klu aku reject tu, korang faham2 ajala. Itu hanya muqaddimah ja. Yang aku nak cerita aku dah tampal satu benda comel kat depan bilik aku dengan tanda smiley (smile) dan smiley (muram) untuk memberi meseg kepada pelanggan whether I'm available or not for printings and top ups. Tapi, manusia ni memang dilahirkan sifat JAKUN dan ada la golongan ini seringkali menukar status ku itu. Kadang2 diorang slidekan apa yang tak benar dan meletakkannya ke ruangan half available dan tidak available. Maksudnya??? Haiya, gila itu orang. Jangan kacau periuk nasi ku. Hands OFF!


Tenang bertukar RIBUT!

Aku awal bangun tadi kerana tak tahan nak kencing.. namun ku terus bersiap ke kelas kerana aku cukup tidur semalam dari hari sebelumnya. Sejam before klaz start, aku dah ready dengan kad matriks gantung kat leher. Hari ini klaz awal pagi kat EMBA iaitu umpama BILIK MAYAT, ku decide untuk mengenakan baju lengan panjang+jacket. Berseluar jeans dan sangat sempoi denang kasut cuteku yang rainbow. Mood ku awal pagi agak baik. Lalala~ Oleh kerana keadaan bilik masih gelap kerana takut roommate ku terbangun sekiranya lampu dipasang, aku bercermin di tandas. Tetiba ada la sorang tu masuk, juga bercermin di sebelahku. Greetings yang sungguh biadab ko tegur aku "NAK PERGI BERSUKAN KA?" (*Anti terus) YA! Memang aku pergi joging dengan jeans dan kad matriks dan bukan ke kelas full stop! (dalam hati) Terus aku tukar selipar ladies. Semua benda orang nak tegur. Hish~

Aku rumate baik?




Dari Jumaat lepas, Mimi macam tak lalu nak bergerak, matanya seakan2 berair.
Hari2 dia main game fb. Tapi itu memang rutin dia.
Aku tanya kenapa dia cakap dia sakit kepala. Macam mahu hentak ja kat dinding.
Sampai sekarang tak baek2 lagi. Migrain ka? Mungkin.. tapi dia story yang dia tak mau jumpa doktor kerana doktor slalu temberang. Dia yang temberang aku ka? Entahlah, hanya alasan barangkali. Susah betul mau pujuk anak itu. Dia cakap mak dia pernah ajak rujuk pakar otak, tapi dia tak mau. Dia tak mahu makan ubat. Adalah pada suatu malam tu, dia langsung tak mahu jalan walaupun ke meja study dia, pasal kepala dia akan berdenyut2. Aku faham kerana aku pun pernah mengalaminya. Lalu ku offer diri untuk urut kepala dia, dalam hati cuak juga takut angin dia transfer masuk body ku.. dan aku pulak yang merana. Namun, aku setengah percaya klu pemberian orang yang sakit seperti wang syiling dan kita gigit, insyaallah kita tak kena. Bagi orang Sarawak, rasanya kamu pernah dengar petua2 lama ni. Serius aku sedikit cuak mana tahu kot2 dia pitam ka apa, aku akan gabra macam cacing kepanasan. Takpun macam kena soal dalam klaz, gabra tak tahu jawab pasal LEVELS OF PRODUCT! apabila di tanya madam "I". Rakan sekelas FINANCE, tolong jaga rum8 ku yang fragile ni. Aku scrub kepala dia dengan setengah botol minyak cap kapak. Memang jadi salon jap. Dan rambut dia macam orang gila lepas kena urut. Aku gelak dia balik. hehe. So far, dia OK cuma rasa denyut2 tu masih belum hilang.

12 March 2010

"Mak, moto kamek hilang"

Itu lah ayat pertama yang keluar dari bibir bicara adikku yang bermuka suram ketika aku dan mak terserempak dengannya di lorong kedai bersama dengan sekumpulan anak muda yang lebih kurang sebaya dengannya. Terlihat anak mata itu berkacakan air mata dan luluh hatinya mengenangkan motosikal kesayangannya telah dicuri. Dia yang pada ketika itu, meletakkan motonya berhampiran dengan pusat tuisyen (tempat kawannya mengikuti kelas tuisyen) pergi berjumpa dengan kawannya sekejap. Dia ADA menguncikan motonya dengan cukup selamat. Tetapi, apabila balik, dia sangat terkejut motonya TIADA di situ! Jenuh mencari, calling for help daripada orang sekeliling dengan harapan supaya ada la kelibat saksi2 yang berada di tempat kejadian. Seorang anak muda yang telah meng'invest BANYAK wang hasil dari duit gaji beliau bekerja semasa cuti, tukar ekzoz, modify itu ini.... dan beberapa jam SEBELUM kejadian curi berlaku, dia telah spend RM25 untuk membaiki masalah teknikal motonya itu. Ya, seorang adikku yang berumur 15 tahun, manakan punya banyak wang dan pengorbanan wang ringgit itu sangat besar jumlahnya. Aku sebagai kakak memang sayu melihat adikku. Lantas, aku juga turut memujuk nya supaya serahkan segalanya kepada bapa dan Tuhan. Memang keji betul buat perkara itu di malam Jumaat. Nasib baiklah moto itu sudah habis dibayar, klu tidak... terpaksa la bayar FREE je untuk orang yang keji itu. Memang eiiiii... geram lah! Tak faham aku orang zaman sekarang.