BEST! Aku mesti FOLLOW!

26 February 2010

Kenapalah kau ni..

Kerana kau aku bersengketa,
Kerana kau aku menderita,
Kerana kau Channel ku blum juga dihantar2,
Kerana kau juga plan swimming kami tak terkota,

Wahai Khamis hari yang ditunggu,
Hari Rabu aku bersadu,
Wajah ini pucat macam cat atas pagu,
Dengan rakan ku mengadu,

Rabu malam aku tak harus tidur,
Sampai 4.30am aku berjaga,
Menyiapkan channel penuh langkah prosedur,
Dr.V ingin ku fight di Ninja saga.

Tiadalah kaitan Ninja Saga,
Itu hanya perumpamaan sahaja,
Yes! Akhirnya channel ku siap juga,
17 pages termasuk page cover, itu ja.

Aku ni ngantuk, ternguap2 mengatur format,
Hendak justify'kan semua perenggan,
Waktu itu Karina duduk di floor mat,
Jadi buntut dia tak sejuk segan.

OK masa untuk print! Karina,
Krek krok.. di waktu 5 pagi,
Aih, printer ku buat dajal na,
Jadi otak teknikal ku berfikir lagi.

Kenapalah kau ni berolah di pagi begini,
Apa tidak cukup kasihku mu dambakan,
Sudahlah hari2 kau madu dengan kertas brand Supreme ni,
Ini lah hadiah yang kau berikan?

Malam ni ada bulan,
Tak faham dengan masalah kau ni oo bang,
Meragam makan 5 kertas sekali kau mau telan,
Habislah paperku yang suda bertebuk lubang.

Dating bersamamu, otakku berimaginasi,
Terkial2 meraba bodymu begini,
Wahai printer, cepatlah berfungsi,
30 mins ku terkial2 repairmu macam ni.

Tinggallah ku seorang yang belum tidur diulit mimpi,
Habis blaja M.E rumateku surrender,
Degil kau ni, memang aku sumpah dalam hati yang sepi,
Mestikah di hour pukul 5.30 pagi, ahh surrender.

7 pagi ku bangun, untuk pergi 8am punya klaz,
Hari Khamis yeay, cuti menanti,
Keberatan turun macam zombie 1st class,
Kelas jam 4pm cepatlah berhenti.

Habis klaz ni rushing terus ke Carpark B,
Macam bunga seri pagi hati ini bergembira segala,
Cukup kuota tak lain tak lebih,
Dalam kereta ada Aliceca, Corn, Yati, Karina and Aton cukupla.

Shop blakang Mulu selama 5 minit,
Hendak angkut itu makhluk nama Faris,
Sudah lah tunggu another 10 minit,
Kelambatannya buat kami mengamuk "Siap ko Faris!"

Bayangkan 2 laki depan, 4 pompuan blakang,
Muat dalam kereta macam sardin,
Nasib kami ni ramping2 di blakang,
Dalam saga iswara still standin'.

Otw sampai destinasi yang cool,
Masa tula Fad baru call kata mau join saham,
Tanya mana itu jalan ke swimming pool,
Karina bagi arahan, dia terus faham.

Alicefiana, Agnes, Helena, Connie ada!,
Terlihat mereka di sudut sana,
Habis kami bersiap kami berada,
Tapi, Alesia dan Fiona tiada di sana?

Rupa2nya mereka patah balik,
Untuk mengambil seluar mereka tertinggal,
Di asrama sanggup mereka balik,
There you go go gal!

Oh anehnya aku sorang yang excited,
Terjun terus masuk lam kolam,
Yang lain hanya duduk to get well-adapted,
Terhadap air yang sejuk grr... apalagi, cepat selam!

Teruja berenang ramai sampai selsema,
Amik space masing2 mereka semuanya,
Eh, tetiba nampak si Alam dan Emma,
Brani kamu berdua tipu beta kata kamu tak join pada mulanya?

Ya itu dia gal yang ku cakap tadi,
Terlebar senyuman Fiona dan Alesia,
Sudah mengambil seluar mereka tadi,
Mari lah swim, masa usah di persia.

Agnes yang comel slalu diam dalam kelas,
Rupanya dia hebat pandai berenang,
Di gelar Jaguh Sungai di kampung BMB4M class,
Apa kau ingat senang? Bukan senang..

Kesian Has, tak dapat ikut,
Terpaksa hantar kereta aunty di car wash,
Tak apa, lain kali la kamu ikut,
Klu tak pandai berenang, kamu watch!

Fad, Corn dan Faris satu kelompok,
Di suatu sudut tikam sama sendirik,
Yang aku pun huissh, tak faham pok,
Oh, kononnya ala2 Ninja Saga la karekter dirik.

Ada yang minta ajar,
Ada yang kena ajar,
Sama-sama kami belajar,
Berguru dengan yang boleh ajar.

Tidak sedar jam sudah lewat,
Mandi-manda, berenang-berenang,
Wisel dibunyikan tanda habis masa "What!",
Itu pool mau tutup 6.30 petang karang.

Sekian itu sahaja pantun berkerat bukan berkarat,
Wow! Berapa kerat suda tolongku kira,
Aku kira 26 kerat kamu kira berapa kerat?
Apa aku yang salah kira atau kau yang salah kira??

OK yang ini kerat hanya dua,
Sehingga kita meet again tika bersua.


P/S: Salam Maulud Nabi.

3 comments:

she_mah said...

wow..cerita dalam pantun!

bukan 26 kerat la..26 rangkap pantun.
pantun 4 kerat...

karina said...

Best sik2? Best sik?
Sejam lebih ku miker ayat2 ya. Huhu.
OK, mengaku salah ayat. Rangkap sepatutnya. TQ daun syemah.

me said...

awesome piece ;)