BEST! Aku mesti FOLLOW!

14 February 2010

Gong Xi Fa Cai and Valentines Day



Karina : Gong Xi Ni! :)

Has : Bukanlah! Gong Xi Ni - Tahniah! Gong Xi Fa Cai@ Xinnian Kuaile barulah
Selamat Tahun Baru Cina.
:)

Demikianlah pos laju medium kura2 di antara Has dan saya. Pada hari Jumaat lalu semasa Has on the way balik Sibu. Has balik sambut perayaan itu kerana dia merupakan amalgamasi daripada bangsa Cina+Melayu. Hahaha. (Lawak! Hal kelas CTU ya... Mak guna chopstick, Bpk guna tgn... kamu guna apa? SUDU!!) Aih.. lomm! Selamat Tahun Baru Cina kepada semua bloggers yang singgah di sini. Ayahku baru balik dari KL, dan aku membeli McValue Big Mac setelah berkesempatan singgah di Airport. Plus, McFlurry Oreo juga. Semuanya RM16.30 terbang ke dalam perutku. Sejak ku membuat assignment pasal McD ni, air liurku nak alah2 terliur apabila membuka website McD yang selalu menjengkelkan dengan gambar burger nya yang sedap itu. Huhu. Tergoda imanku semasa mencari maklumat McD untuk assignment Channel Managementku. McD itu ku hanya kongsi bersama kedua orang tuaku. They bite some, but the remaining was mine! Kemanakah tuju adikku? Mereka join BBQ Countdown CNY bersama anak jiran kawasan perumahan ini.

Mengagumkan CNY disambut bersama dengan Hari Valentine bukan? Sepanjang perjalanan ke airport, kelibat sang anak muda mahupun orang tua menjaja flowers dan patung di Hari Valentine. Kalau lah aku di beri pilihan, nak bunga, patung ataupun cokelat?



Aku akan jawab......



Neither!






1) Bunga boleh layu dan berbau...
Hal ini telah di observed semasa di asrama apabila seorang gadis yang menerima bouquet of flowers tak tahu nak rendam bunga sebesar itu lalu mengambil botol plastik dan meletakkan nya di sudut laundry selama beberapa hari. Sudahlah kelopak bunga-bunga itu berguguran hari demi hari, menyusahkan mak cik cleaner yang terpaksa unclog the lubang parit, dan para penduduk nak cuci pakaian kurang menyenangi bau busuk itu. Nice flowers is nice to see, once it is being plucked, there is no beauty again. The only left was a dead flower without soil. -Karina punya quote- Kamu ni tak green lah! -Mdm I's quote-






2) Cokelet sekejap ada, then "auumm". Hilang!
Yaa... diakui aku memang menggemari cokelet. Namun, sayangnya cokelet hanya memberi ketenangan jiwaku dalam masa yang singkat sahaja. Hal ini terjadi apabila aku bleh makan dengan ketagih cokelet bar besar Cadbury yang dibelikan. Dalam masa kurang dari 1 jam boleh habis klu aku dok depan TV. Makan punya makan... eh! Dah habis?? LEpas tu aku akan merana dengan Ulser di bibirku. Aku takkan bercakap dengan bf aku klu dia yang mengakibatkan ulser itu atas pemberian cokeletnya. Merajuk sampai ulser sembuh.




3) Patung
It may be cuddly and very nice to picit2, peluk2, wrestler2 sampai kapas2 di dalamnya mengempis. But, that is for 10 years ago when I had my Pikachu for my Birthday. And this time, Pikachu is just for pameran only dalam bilik. Dan hanya untuk digunakan semasa sesi camwhore apabila datang sot2. Sudahlah berdebu, susah cuci pulak tu. Nak buang tapi sayang. Nak bagi tapi banyak sentimental value. Hasilnya, ko tengok aku, aku tengok ko. Klu aku tido, aku lebih selesa berpelukkan bantal kerana mengikut kontur dalam pelukanku. Patung? Tak syok lah peluk patung. Sudahlah gemok macam apa, kaki nak paut pun tak sampai. Patung tak layak tido dengan ku. Klu suami aku tak kesah. Hah! Berapa ramai yang setuju dengan statement ini?




Kepada laki2 di luar sana, bukanlah aku bersifat kesempurnaan, tapi aku lebih mementingkan kesungguhan kamu untuk menembusi hatiku. Bak kata madam H, timbang kati harus di ambil kira kerana effort untuk dapat markah yang terbaek! Aku akan tertarik pada kreativiti dan akalnya. Tak kisahlah klu kamu sanggup potong kad manila, atau menyanyi depan public, atau menjahit sampai tercucuk tangan. Huhu.. Segalanya di tangan anda. :P

3 comments:

AlinDeThoughts said...

teringat aku fufu yang berada di kolej seri serapi~ huhu..rindu bangak.. huhuhu..happy chinese new year nad.. :)

Queen Bunga said...

ecece.. simple is nice nak owh? ehehe.

xnez said...

xpa la.. aku la jaga pika.. ko x mhargainya.