BEST! Aku mesti FOLLOW!

25 January 2010

Terima kasih oren!


Kisah oren berkaitan dengan hari Isnin..
aPAbila ku decide nak guna baju kurung oren pada hari ini.
Kain oren iitu dibeli oleh bapaku ketika dia pergi Johor atas urusan kerja.
Bukanlah kain yang mahal, biasa sahaja. Kurang dari RM10.
Aku tak berkenan sangat pada warnanya kerana sangaaat terang.
Tak tahulah pada pandangan ayahku itu. Mungkin warna itu menarik perhatiannya.
Mula2 aku kisah sangat, tapi lama2 tidak lagi.
Ternyata tersingkap banyak kisah di sebalik baju kurung oren itu.
Asal ku mengenakan warna itu pada tubuhku, semestinya,
kelas itu menjadi disinari dengan kegirangan untuk mengisi kelas yang suram.
Salah satu kisahnya seperti begini..
Warna itu warna faveret lecturer yang kami FEAR FACTOR selama ini.
Mungkin warna itu menjadi tarikan ekor matanya yang sedang memberi lecture di depan kelas.
Mungkin juga pada ketika itu, aku terperasan yang aku diperhatikan olehnya selalu.
Ya! Inilah peluang 3 minitku untuk menonjolkan apa yang aku asyik bersuara secara diam2 di dalam hati. Aku menjawab sambil tangan ini macam DJ, cuba untuk menerangkan sesuatu.
Dan dia mendengar jawapan ku penuh teliti. Begitu juga dengan rakan sekelasku.
Setelah beberapa saat. Dia pun berkata OK! Dan dia mengiyakan jawapan yang aku lontarkan dengan berkata "Yang berbaju oren itu, betul lah jawapan kamu".. Aku bagaikan tidak percaaya dia baru sahaja memuji aku kerana pilihan2 jawapan yang dinyatakan macam betul juga. Semua pandang aku dengan senyum. Si Faris memuncungkan mulut konon2nya jeles kat aku. Haha.
Yes! Self-esteem ku meningkat! Terima kasih oren!


2 comments:

Beautiful Stranger said...

dulu aku tak suka oren..

kini aku suka..mcm ntah..

makin tua..benda pelik2 pun disuka..

she_mah said...

so nice..stiap klas ya ko pake la baju oren..hehe