BEST! Aku mesti FOLLOW!

03 January 2010

Tali itu..

Tali itu ingin sekali aku petik.. dengan profesional.
Korang tahu aku mempunyai satu keinginan..
untuk belajar bermain gitar.
Alangkah baiknya kalau aku pandai main gitar, macam Avil Lavigne.



Takpun versi Melayu nya Yuna. Huhu.



Woh, aku iri hati betul dengan perempuan yang pandai main gitar. Rasa tercabar je. Kerana mereka bleh buat muka kool sambil duduk mahupun berdiri takpun melompat. Aku ni takat drawings bleh kot, tapi klu alat muzik ni ada kepandaian "luarbiasa" sedikit. HUhu. (phm2 ajele)


Aku ingat lagi waktu kelas Muzik sewaktu darjah 6. Kami disuruh memiliki recorder sendiri. Masihkah kamu semua ingat? Note BAGFEDC dan Bflet. Jariku selalu terbelit2 apabila menutup lubang yang sepatutnya untuk B flet. Sapa2 yang tidak mempunyai atau membawa recorder itu, sanggup pinjam dengan rakan lain kerana takut kena marah oleh cikgu. Adapula yang tidak dapat tiup bunyi yang cantik kerana banyak air bertakung di dalamnya. Air apa lagi. Hahahaha. (Mak aie, berkerut nya dahi kamu!)



OK, sememangnya aku telah beralih dari topic asal. Oleh kerana cuti ini ramai budak2 cuti sekolah dan sememangnya anak jiranku seringkali mengajak adikku bermain bersama takpun melepak di rumahku, gitar mereka tidak sama sekali dibiarkan keseorangan. Ke mana sahaja mereka pergi, sambil mereka petik, ternyata mereka dapat mengingati dan memainkan lagu yang tengah hit sekarang ini. Bakat yang sangat best apabila di share bersama kawan2. Buku chord itu susah untuk difahami. #$%^&*

Aku bayangkan kami sekawan tengah picnic, dan aku bleh memetik gitar sementara Has menyanyi dengan syahdu. Di sambung syair si Pari-pari Wan Hazel. Kudapolo lak tengah makan bekalan picnic dengan lahap. Syemah pula merakam kami dengan kamera nya yang canggih dan uploadnya dalam YouTube... Si KatieMadot lak tengok YouTube dan ketawa terbahak2. AhMoi lak dapat tahu dari KatieMadot lalu berblogging pasal kami. Abang Onggon lak ngerepak pasal post AhMoi dan AmirFX berjaya menenangkan abang Onggon. (oops, terlebih sudah). Bye!

3 comments:

Beautiful Stranger said...

i wish i can play guitar too..
pernah belajar dgn adik laki..tp x thn dok kena marah jer..jari ni kaku.

and recorder penah main ms skolah rendah. masok pancaragam..wakil skolah..best..

until now i can play 'burung kakak tua' even i cant remember the chord either. but my finger can memorize it. hahhaa

Ivy Metaga said...

kmk pun mau juak main gitar tapi sik pande koh...hehehe
suka tgk org yg pande petik gitar juak

~kuyam~ said...

wuhuuu yuna
i lyke~
:)