BEST! Aku mesti FOLLOW!

12 January 2010

Serapi 1: One day in my room

Dah selesai angkut segala aset dan harta ku untuk dibawa dari bilik syemah ke bilikku, akhirnya dengan muka lesu berjalan sejauh 1.2 km membawa beg baju di tgn, beg laptop dan beg sling di kedua2 belah bahu. Perjalanan itu kerap kali stop2 di station2 tertentu kerana tak larat membawa hampir 10 kg+ keseluruhanya. Macam rekrut palapes pulak. Macam nak pergi berperang pun ada. Aku pandang Has, Has pandang aku. Pastu gelak kami memecah keheningan pagi. Sampai sahaja di depan blok kami, Has dengan mengeluh terpaksa menjejak langkah lagi naik tangga ke level 3. Aku straight je. Hanya belok ke bilik.

Operasi membaik-pulih loker dijalankan.. (panjang ceritanya..) Seterusnya kemas2 la bilik yang berdebu ini. Bilik ni sungguh usang sekali. Dan tilam nya ceridak sket. Yela, old building. Geli aku. Around 3 jam ku mengemas bilik, dan akhirnya telah bersih. Tak lama kemudian, roommate ku lak datang. Si Ros, budak Sabah. 1st time tgk dia, mukanya manis sekali. Mcm gula2. Dia ni angkut barang punyalah macam orang betul2 pindah rumah. Adala dalam 5 kali trip ulang alik dari main gate Serapi ke blok kami. Mengalahkan barang aku. Selalunya aku yang tukang bawak jam dinding dan cermin, tapi terlupa. Alih2 rupa2nya dia yang supply kali ini. Hehe.




Lihatlah mukanya di atas. Memang lebar senyuman, tengok atas. What is that? Cicak? Hahaha. Aku gembira berkawan dengannya. Dia ni memang suka tersenyum2 membuatkan penyakit kesengihan aku semakin menjadi2. Aku mengajaknya makan, dia pun makan. Tengah2 makan, dia tutur Sabah. Aku lak tutur Sarawak. Ok.. nampaknya ice breaking kami hanyalah menjadi sekiranya kami menggunakan Bahasa Melayu. Huhu... Ros..Ros.. Jadi sekarang, aku lak risaukan dia tak faham apa yang aku cakap. Kadang2 aku main hentam sahaja kerana BM aku pun agak berbunga2. Macam ayat skema pun ada. Malam itu, aku belajar apakah itu "anu".. sebab dia asyik cakap anu. Lepas tu aku gelak kerana anu maksud sesetengah orang LAIN. Tapi, bagi dia, anu maksudnya lebih kurang "apa itu"... mengikut pemahaman aku yang sudah 3 hari bersamanya. Dia pun xtau menjelaskannya kepadaku. Macam klu kamu tersekat di tengah2 percakapan apabila kamu sedang grasp for words.. "anu" adalah penyelesaian di hujung percakapan kamu itu SEBELUM kamu teringat untuk to be continue ayat kamu yang seterusnya.. Karina sedang belajar dari memuatkan terlalu banyak ayat2 "blue". Huhu. Okay Ros, getting to know u better each day.

No comments: