BEST! Aku mesti FOLLOW!

18 January 2010

Berhentilah menangis..

Sejak 3 hari berturut2 hujan melimpahi bumi ini, longkang pun start muntah2 dek kembung perut ntam air. Please stop raining and come again later. If only I have a huge tissue paper to swept away your falling tears. Teringat lah lagu kanak2 berbunyi begini:

Rain, rain, go away,
Come again another day,
Little children want to play,
Rain, rain, go away.

(Bukan Rain dalam klaz aku tu ye..)

Selama hujan 3 hari berturut2, rata2 di kolej kediaman ini sibuk membeli payung untuk ke kelas. Termasuklah si Ati the jomheboh. Ati setiap hari asyik mengadu yang payung Watson nya itu selalu menampakkan hujung ranting payung. Maka selalu lah dia meminjam benang dari ku untuk dia repair payungnya. Klu kamu lalu di levelku ini, levelku mcm tempat berdagang payung kerana selepas guna payung, mereka akan biarkan payung mereka di buka dan membanjiri kawasan koridor. Sampaikan beg aku tersangkut kat payung orang.

Alkisahnya, aku ni mesti ada kisah pasal payung. Kerana aku jenis tak suka membawa payung lebih2 lagi ke kelas. Bagi aku, itu tak cool. Tapi, bukan itu sahaja sebabnya. Sebab lain nanti kot2 payung itu akan di ambil orang tak pun di letakkan di dalam pameran "Lost & Found". Tak mungkin akan di found punya. Lost selama2nya~ Bagi sesiapa yang ada mengikuti post ku, aku telah lupa payung syemah sebelum ini. Nasib baik syemah tak marahkan ku. Kan best kalau boyfriend sudi payungkan aku.

Tadi kami pinjam payung Faris. Aku memayungi Has. Sampai sahaja di dewan makan Mulu, aku memutar kaki payung untuk menapis lebihan air supaya payung tu kering sedikit. Tanpa di sengajakan, kaki payung itu terpisah dari batang payung. Hati ku berkata "Aih, kenak payung tok? Kuat gilak ka ku pusing?" Has di sebelah aku gelakkan aku kejap. Kaki payung yang berbentuk huruf "J" sahaja yang mampu ku tunjukkan kepada Faris. Faris pun geleng kepala "Baru ku beli payung tu, Nampaknya payung tu takde rezeki". HUhu. Rasa bersalah pun ada. Dan payung itu berharga RM10. Akan ku ganti payungmu. HUhu. Btw, terima kasih Kumbang!

** Pengajaran, pinjam lah barang yang lebih tahan lasak kepada ku. Kerana aku Karina. Bukan seperti yang lain. (Apaka..)







1 comment:

she_mah said...

kiyut jak payung ko ya nad..
msh juak ko ingat ilangkan payung aku owh.ahahaha..klak la aku payungkan ko,,owk tedah.