BEST! Aku mesti FOLLOW!

09 January 2010

1, 2, 3 menggeliat


Hiyaaaaarrrkkkkk!!!!!!!

Wow!
Semester yang sungguh tough sekali.
Macam2 yang bermain di kepala ini.
Minggu pertama sudah di inform pelbagai sensasi.
Rasa macam selebriti tapi,
hanya mampu jadi student yang berpelajaran tinggi.
Adoyai, kamu ni Karina.. Oh... Karina.

Sem ini aku tak banyak pegang jawatan seperti sem lepas,
kerana takat gila glamour ku sudah kurang.
Karina dengan baek hati bagi chance ngan new member of marketers
untuk market diorang jadi glamer dariku.

Schedule begitu tight sekali, namun antara banyak2 hari, KAMI PALING bersyukur di hari Jumaat yang mulia kerana hanya ada SATU kelas sahaja. Tambahan pula, kelas madam gila2 kesayangan kami semua. Hari ini banyak betul dia gelak + syok sorang depan kelas.

Mulai minggu depan aku akan berpindah ke kediaman kolej ku yang rasmi.
Bukan illegal di bilik syemah lagi. Muehhee. Tidak sabar rasanya berkenalan dengan orang Sabah berdua itu. Sekurang2nya ada orang yang menjaga bilik kerana confirmeto mereka tidak balik pada hujung minggu. Dan aku hendak belajar cakap Sabah bah.

Sememangnya perasaan balik rumah memang happy, disambut daddy ku yang terkejut aku sudah balik. Mungkin beliau terkejut gara2 aku memakai serba hitam kerana uniform marketers berwarna hitam + jeans hitam. Mak plak terkejut later. Aku juga disambut NiCoLe' yang berguling di atas tile umah dengan pose mautnya itu. Wei, NiCoLe' itu kucingku. Nanti aku akan perkenalkannya kepada anda.

Balik sahaja aku tertidur kerana penat terkandas dalam jam sejak balik tadi. Ini yang aktif di tengah malam berblogging. Jam menunjukkan 2.30am dan dikepala ku terfikir2kan assignment yang diberi. Itulah asyik blog sahaja. Huhu. Aku terfikir mau study company ice-cream Walls sebagai report individualku. Tadi browse ke Walls Web nampak ice-cream sahaja terus terliur. Godaan berat ni. Dan mungkin bagus juga untuk group aku nanti buat yang seiring dengannya seperti Nestle Mat Kool, Magnolia dan Kings. Specially in confectionery industry. Right Has?? Itu dalam perancangan sahaja. Dan aku mesti ingat! Web haruslah banyak memberi informasi.




Aku masih mencari yang sesuai supaya nanti tak terkapai-kapai. Hidup Biar SEDAP!




No comments: