BEST! Aku mesti FOLLOW!

30 January 2010

Serapi 3: Supplier Antibiotic

Korang tau ada apa dengan antibiotic?
Ini adalah nickname si mimie dalam facebook.
Ya! Inilah rumetku yang baru. Mencukupkan kuota bilik ini.
Gambar? Nantilah aku cilok. Haha.
Selama sebulan saya dengan si Ros berdating pagi dan malam.
Boring sudah tengok dia. Dia pun boring tengok saya.
Petang sekitar 5.30pm pintu ku di buka tanpa salam.
Aku yang tengah syok makan roti paun bersapukan marmalade ke dalam gerbang mulutku.. terkejut dengan siapa yang datang.
3 kali round mengangkut barang.. punyala penuh. HUhu! No sweat.
Dia bercakap memang L.A.J.U. Aku tak pasti apa yang dia cakap kepada Ros, yang pasti aku cuma memahami Ros kerana percakapan dia slow skit.
Ok, 2 Sabahans VS 2 Sarawakian (As for now, its only me). Xlama lagi aku akan transform juga.
Bagus juga si Ros ada geng yang akan menemani beliau sepanjang ketiadaanku di hujung minggu.
Welcome to the club. ^__^


25 January 2010

Terima kasih oren!


Kisah oren berkaitan dengan hari Isnin..
aPAbila ku decide nak guna baju kurung oren pada hari ini.
Kain oren iitu dibeli oleh bapaku ketika dia pergi Johor atas urusan kerja.
Bukanlah kain yang mahal, biasa sahaja. Kurang dari RM10.
Aku tak berkenan sangat pada warnanya kerana sangaaat terang.
Tak tahulah pada pandangan ayahku itu. Mungkin warna itu menarik perhatiannya.
Mula2 aku kisah sangat, tapi lama2 tidak lagi.
Ternyata tersingkap banyak kisah di sebalik baju kurung oren itu.
Asal ku mengenakan warna itu pada tubuhku, semestinya,
kelas itu menjadi disinari dengan kegirangan untuk mengisi kelas yang suram.
Salah satu kisahnya seperti begini..
Warna itu warna faveret lecturer yang kami FEAR FACTOR selama ini.
Mungkin warna itu menjadi tarikan ekor matanya yang sedang memberi lecture di depan kelas.
Mungkin juga pada ketika itu, aku terperasan yang aku diperhatikan olehnya selalu.
Ya! Inilah peluang 3 minitku untuk menonjolkan apa yang aku asyik bersuara secara diam2 di dalam hati. Aku menjawab sambil tangan ini macam DJ, cuba untuk menerangkan sesuatu.
Dan dia mendengar jawapan ku penuh teliti. Begitu juga dengan rakan sekelasku.
Setelah beberapa saat. Dia pun berkata OK! Dan dia mengiyakan jawapan yang aku lontarkan dengan berkata "Yang berbaju oren itu, betul lah jawapan kamu".. Aku bagaikan tidak percaaya dia baru sahaja memuji aku kerana pilihan2 jawapan yang dinyatakan macam betul juga. Semua pandang aku dengan senyum. Si Faris memuncungkan mulut konon2nya jeles kat aku. Haha.
Yes! Self-esteem ku meningkat! Terima kasih oren!


18 January 2010

Berhentilah menangis..

Sejak 3 hari berturut2 hujan melimpahi bumi ini, longkang pun start muntah2 dek kembung perut ntam air. Please stop raining and come again later. If only I have a huge tissue paper to swept away your falling tears. Teringat lah lagu kanak2 berbunyi begini:

Rain, rain, go away,
Come again another day,
Little children want to play,
Rain, rain, go away.

(Bukan Rain dalam klaz aku tu ye..)

Selama hujan 3 hari berturut2, rata2 di kolej kediaman ini sibuk membeli payung untuk ke kelas. Termasuklah si Ati the jomheboh. Ati setiap hari asyik mengadu yang payung Watson nya itu selalu menampakkan hujung ranting payung. Maka selalu lah dia meminjam benang dari ku untuk dia repair payungnya. Klu kamu lalu di levelku ini, levelku mcm tempat berdagang payung kerana selepas guna payung, mereka akan biarkan payung mereka di buka dan membanjiri kawasan koridor. Sampaikan beg aku tersangkut kat payung orang.

Alkisahnya, aku ni mesti ada kisah pasal payung. Kerana aku jenis tak suka membawa payung lebih2 lagi ke kelas. Bagi aku, itu tak cool. Tapi, bukan itu sahaja sebabnya. Sebab lain nanti kot2 payung itu akan di ambil orang tak pun di letakkan di dalam pameran "Lost & Found". Tak mungkin akan di found punya. Lost selama2nya~ Bagi sesiapa yang ada mengikuti post ku, aku telah lupa payung syemah sebelum ini. Nasib baik syemah tak marahkan ku. Kan best kalau boyfriend sudi payungkan aku.

Tadi kami pinjam payung Faris. Aku memayungi Has. Sampai sahaja di dewan makan Mulu, aku memutar kaki payung untuk menapis lebihan air supaya payung tu kering sedikit. Tanpa di sengajakan, kaki payung itu terpisah dari batang payung. Hati ku berkata "Aih, kenak payung tok? Kuat gilak ka ku pusing?" Has di sebelah aku gelakkan aku kejap. Kaki payung yang berbentuk huruf "J" sahaja yang mampu ku tunjukkan kepada Faris. Faris pun geleng kepala "Baru ku beli payung tu, Nampaknya payung tu takde rezeki". HUhu. Rasa bersalah pun ada. Dan payung itu berharga RM10. Akan ku ganti payungmu. HUhu. Btw, terima kasih Kumbang!

** Pengajaran, pinjam lah barang yang lebih tahan lasak kepada ku. Kerana aku Karina. Bukan seperti yang lain. (Apaka..)







15 January 2010

Serapi 2: Kamu lawak la Ros!

Kes kacang ni memang betul2 buat aku burst out laughing.
Kisah nya begini..

Adalah pada suatu malam, Si Jes yang debab2 comel tu membuat lawatan xrasmi ke bilik kami. Yela, tak diundang pun. Jes hendak menyelesaikan masalah FIN dia tu, lalu merujuk kepada si Ros. Elok2 je kami masing2 buat keja sendiri, tetiba je Jes tanya kami.

Jes : Kitakorang (kamu) reti makan biji cempedak?

Karina: Reti.

Ros tengah blur2 biji cempedak apakah itu. Jes pun pegi ambil dari biliknya. Dan setelah dia tiba depan pintu... jeng... jeng... jeng.. (bunyi suspen) Marilah rasa biji cempedak ku~ Jes pun show kat si Ros. Lantas Jes pun berkata ...

Jes :
Inilah biji cempedak yang aku maksudkan. Biji cempedak yang rebus.

Ros : (Baru dapat mesej)
Aik, rebus?? Aku ada yang kering punya.

Jes + Karina : (Yang kering...??)
Macam mana tu?

Ros :
Nanti kejap. Saya pigi ambil. (Mencari2 dan berkareh2 nok di dalam peti simpanan makanan) Inilah dia cempedak yang aku maksudkan. (Excitedly showed to us)

Jes + Karina : (Terpinga-pinga.. Sebab dia show yang ini...)


==






==









::: Gambar di atas adalah kacang parang. Leput jak kmkorg tetak. Kasihan si Ros. Memang tak tertahan gelak ketawa aku ngn si Jes tu. Ros pun jadi teramaaat malu sekali. Memang lucu.


Tak ke sama je rupanya dengan yang bawah ni (biji cempedak rebus) cuma saiz sahaja yang berbeza. Hahahaha.









12 January 2010

Serapi 1: One day in my room

Dah selesai angkut segala aset dan harta ku untuk dibawa dari bilik syemah ke bilikku, akhirnya dengan muka lesu berjalan sejauh 1.2 km membawa beg baju di tgn, beg laptop dan beg sling di kedua2 belah bahu. Perjalanan itu kerap kali stop2 di station2 tertentu kerana tak larat membawa hampir 10 kg+ keseluruhanya. Macam rekrut palapes pulak. Macam nak pergi berperang pun ada. Aku pandang Has, Has pandang aku. Pastu gelak kami memecah keheningan pagi. Sampai sahaja di depan blok kami, Has dengan mengeluh terpaksa menjejak langkah lagi naik tangga ke level 3. Aku straight je. Hanya belok ke bilik.

Operasi membaik-pulih loker dijalankan.. (panjang ceritanya..) Seterusnya kemas2 la bilik yang berdebu ini. Bilik ni sungguh usang sekali. Dan tilam nya ceridak sket. Yela, old building. Geli aku. Around 3 jam ku mengemas bilik, dan akhirnya telah bersih. Tak lama kemudian, roommate ku lak datang. Si Ros, budak Sabah. 1st time tgk dia, mukanya manis sekali. Mcm gula2. Dia ni angkut barang punyalah macam orang betul2 pindah rumah. Adala dalam 5 kali trip ulang alik dari main gate Serapi ke blok kami. Mengalahkan barang aku. Selalunya aku yang tukang bawak jam dinding dan cermin, tapi terlupa. Alih2 rupa2nya dia yang supply kali ini. Hehe.




Lihatlah mukanya di atas. Memang lebar senyuman, tengok atas. What is that? Cicak? Hahaha. Aku gembira berkawan dengannya. Dia ni memang suka tersenyum2 membuatkan penyakit kesengihan aku semakin menjadi2. Aku mengajaknya makan, dia pun makan. Tengah2 makan, dia tutur Sabah. Aku lak tutur Sarawak. Ok.. nampaknya ice breaking kami hanyalah menjadi sekiranya kami menggunakan Bahasa Melayu. Huhu... Ros..Ros.. Jadi sekarang, aku lak risaukan dia tak faham apa yang aku cakap. Kadang2 aku main hentam sahaja kerana BM aku pun agak berbunga2. Macam ayat skema pun ada. Malam itu, aku belajar apakah itu "anu".. sebab dia asyik cakap anu. Lepas tu aku gelak kerana anu maksud sesetengah orang LAIN. Tapi, bagi dia, anu maksudnya lebih kurang "apa itu"... mengikut pemahaman aku yang sudah 3 hari bersamanya. Dia pun xtau menjelaskannya kepadaku. Macam klu kamu tersekat di tengah2 percakapan apabila kamu sedang grasp for words.. "anu" adalah penyelesaian di hujung percakapan kamu itu SEBELUM kamu teringat untuk to be continue ayat kamu yang seterusnya.. Karina sedang belajar dari memuatkan terlalu banyak ayat2 "blue". Huhu. Okay Ros, getting to know u better each day.

Pindah

Tiba masanya kami (Has dan aku) berpindah ke tempat yang sepatutnya. Iaitu Serapi. The ngutik attics.

Selama ini kami sedar telah banyak menyusahkan syemah especially aku yang banyak meminta itu ini dengan nya. Sepanjang ku menetap di sana, dimulakan dengan

1. Pinjam hanger yang berlainan saiz dan penyepit baju,

2. Serbuk pencuci dan pewangi Softlan yang buat baju aku tak berbau selama 2 hari,

3. Sedikit ruangan di tilamnya untuk ku menyelit tidur, nasiblah saiz badan kami kecil sahaja.

4. Bantalnya, yang digunakan sudah di tercemar dengan peta canggih keluaranku terbaruku.

5. Air dan elektrik di blok gading

6. Broadband hijau kaler faveretku milik syemah (oh malangnya aku punya berwarna putih) untukku melayan perasaan boring kerana tidak membawa lappy. Diyakini akan membebankan aku terpaksa berkemas byk sgt barang di bilik org.

7. Tilam Zana dan Tilam Terasing untukku berghambeh sebentar kerana risaukan syemah yang mungkin tidak selesa dengan penyibuk macam aku.

8. Hiburan dari Zana di malam hari, cita Hostel.

9. Teman-teman seperti salomon, si jaws dan ranting menjadi member tengok midnight movie. Dapat free tiket tau. Klu nak free, pegila minta kat tauke Zana. Ngahaha.

10. Berpeluang melayan cita Melayu “Papadom, Jinnotti dan Talentime”. Best woo~ Feel sorang2 tengok.

11. Memberi nama “Fufu” kepada beruang yang kekurangan bulu hari demi hari milik Has.

12. Makanan di Gading kafeteria sgt heaven sekali. Bila Serapi mok tuka tender. Haiya. Xnyaman!!

13. Pinjam headset syemah yang membuatkan aku leka dan jauh dari gangguan suara makhluk halus. :P


Terima kasih syemah! Nanti aku cetak sijil penghargaan untuk kau ya!

09 January 2010

1, 2, 3 menggeliat


Hiyaaaaarrrkkkkk!!!!!!!

Wow!
Semester yang sungguh tough sekali.
Macam2 yang bermain di kepala ini.
Minggu pertama sudah di inform pelbagai sensasi.
Rasa macam selebriti tapi,
hanya mampu jadi student yang berpelajaran tinggi.
Adoyai, kamu ni Karina.. Oh... Karina.

Sem ini aku tak banyak pegang jawatan seperti sem lepas,
kerana takat gila glamour ku sudah kurang.
Karina dengan baek hati bagi chance ngan new member of marketers
untuk market diorang jadi glamer dariku.

Schedule begitu tight sekali, namun antara banyak2 hari, KAMI PALING bersyukur di hari Jumaat yang mulia kerana hanya ada SATU kelas sahaja. Tambahan pula, kelas madam gila2 kesayangan kami semua. Hari ini banyak betul dia gelak + syok sorang depan kelas.

Mulai minggu depan aku akan berpindah ke kediaman kolej ku yang rasmi.
Bukan illegal di bilik syemah lagi. Muehhee. Tidak sabar rasanya berkenalan dengan orang Sabah berdua itu. Sekurang2nya ada orang yang menjaga bilik kerana confirmeto mereka tidak balik pada hujung minggu. Dan aku hendak belajar cakap Sabah bah.

Sememangnya perasaan balik rumah memang happy, disambut daddy ku yang terkejut aku sudah balik. Mungkin beliau terkejut gara2 aku memakai serba hitam kerana uniform marketers berwarna hitam + jeans hitam. Mak plak terkejut later. Aku juga disambut NiCoLe' yang berguling di atas tile umah dengan pose mautnya itu. Wei, NiCoLe' itu kucingku. Nanti aku akan perkenalkannya kepada anda.

Balik sahaja aku tertidur kerana penat terkandas dalam jam sejak balik tadi. Ini yang aktif di tengah malam berblogging. Jam menunjukkan 2.30am dan dikepala ku terfikir2kan assignment yang diberi. Itulah asyik blog sahaja. Huhu. Aku terfikir mau study company ice-cream Walls sebagai report individualku. Tadi browse ke Walls Web nampak ice-cream sahaja terus terliur. Godaan berat ni. Dan mungkin bagus juga untuk group aku nanti buat yang seiring dengannya seperti Nestle Mat Kool, Magnolia dan Kings. Specially in confectionery industry. Right Has?? Itu dalam perancangan sahaja. Dan aku mesti ingat! Web haruslah banyak memberi informasi.




Aku masih mencari yang sesuai supaya nanti tak terkapai-kapai. Hidup Biar SEDAP!




06 January 2010

Back 2 U

Monday adalah hari permulaan sem ke-4 bagiku.
Monday juga adalah hari budak-budak pegi sekolah, except in some places mereka sekolah pada hari Ahad. Bagi sesetengah orang, Monday adalah Monday Blue kerana mereka perlu berjumpa bos, colleague dan perkara yang sama seperti minggu2 sebelumnya dan mereka irihati dengan cuti yang kami enjoy.

Aku tidur agak lewat kerana tidak biasa berubah persekitaran di suatu tempat.
Aku tak biasa dengan tilam dan katil asrama yang tidak menepati selera kepala dan posture badanku. Kerana aku bukannya lintah.
Perubahan tempat itu juga membuatkan aku terpaksa mengecop dahiku sebagai budak illegal gara2 namaku belum lagi layak untuk mendapat kemudahan bilik. Dan priority diberi kepada pelajar yang datang dari jauh seperti Bintulu, Miri, Kapit, Sibu dan sebagainya. Namun ini hanya sementara kerana kelmarin namaku dah tertera pada notis yang paling latest sekali.

Kelas hari pertama dan hari kedua lazimnya digunakan sepenuhnya untuk sesi suai kenal. Yang mana dah kenal, di famouskan lagi. Mana yang famous tu akan jadi.... rakus dengan popularitinya. Ice breaking lah katakan. Kami sekelas yang majoriti nya dari course yang sama hanya mampu tersenyum antara satu sama lain. Speech selama 2 minit itu digunakan untuk mengitroducekan diri dan hapdate dengan aktiviti semasa cuti. Sekarang kami telah diberi individual dan juga group assignments bagi 7 subjek. Wahh.. Totally busy. Diakui degree sememangnya busy. Huhu. Ada yang perlu dihantar on the 4th week. Karina, kau kena bekerja keras sem ini! Tunggu updates lagi dari ku.

03 January 2010

Tali itu..

Tali itu ingin sekali aku petik.. dengan profesional.
Korang tahu aku mempunyai satu keinginan..
untuk belajar bermain gitar.
Alangkah baiknya kalau aku pandai main gitar, macam Avil Lavigne.



Takpun versi Melayu nya Yuna. Huhu.



Woh, aku iri hati betul dengan perempuan yang pandai main gitar. Rasa tercabar je. Kerana mereka bleh buat muka kool sambil duduk mahupun berdiri takpun melompat. Aku ni takat drawings bleh kot, tapi klu alat muzik ni ada kepandaian "luarbiasa" sedikit. HUhu. (phm2 ajele)


Aku ingat lagi waktu kelas Muzik sewaktu darjah 6. Kami disuruh memiliki recorder sendiri. Masihkah kamu semua ingat? Note BAGFEDC dan Bflet. Jariku selalu terbelit2 apabila menutup lubang yang sepatutnya untuk B flet. Sapa2 yang tidak mempunyai atau membawa recorder itu, sanggup pinjam dengan rakan lain kerana takut kena marah oleh cikgu. Adapula yang tidak dapat tiup bunyi yang cantik kerana banyak air bertakung di dalamnya. Air apa lagi. Hahahaha. (Mak aie, berkerut nya dahi kamu!)



OK, sememangnya aku telah beralih dari topic asal. Oleh kerana cuti ini ramai budak2 cuti sekolah dan sememangnya anak jiranku seringkali mengajak adikku bermain bersama takpun melepak di rumahku, gitar mereka tidak sama sekali dibiarkan keseorangan. Ke mana sahaja mereka pergi, sambil mereka petik, ternyata mereka dapat mengingati dan memainkan lagu yang tengah hit sekarang ini. Bakat yang sangat best apabila di share bersama kawan2. Buku chord itu susah untuk difahami. #$%^&*

Aku bayangkan kami sekawan tengah picnic, dan aku bleh memetik gitar sementara Has menyanyi dengan syahdu. Di sambung syair si Pari-pari Wan Hazel. Kudapolo lak tengah makan bekalan picnic dengan lahap. Syemah pula merakam kami dengan kamera nya yang canggih dan uploadnya dalam YouTube... Si KatieMadot lak tengok YouTube dan ketawa terbahak2. AhMoi lak dapat tahu dari KatieMadot lalu berblogging pasal kami. Abang Onggon lak ngerepak pasal post AhMoi dan AmirFX berjaya menenangkan abang Onggon. (oops, terlebih sudah). Bye!