BEST! Aku mesti FOLLOW!

03 December 2009

Kerjaku di waktu cuti

Tanggungjawab ku sbg cousin yg paling tua sudah selesai selepas parents mereka balik dari Sydney. Whew.. Sepanjang 1 minggu tu, inilah kerja ku.

1.Saya mengambil mereka untuk makan malam di rumahku. Sambil2 praktis cara2 nak drift corner2 jalanraya di kawasan perumahan. Chewah. Nanti kene pulas telinga dengan mak baru kamu tahu. Mak call aunty yg berada di Sydney dan aunty tu menjawab "Apa ko ingat anak aku tu sebaya kau?!" Rupa2nya, saya baru menyedari jalanraya shortcut ke rumah mereka tanpa menggunakan jalan utama.

2.Menyediakan segala jamuan di atas meja mengalahkan VIP yang nak dtg ke rumah. Sebagai anak yg sungguh baik, saya mengarah cousin saya (lingkungan umur 13-17tahun)untuk mengemas meja dan mencuci pinggan mangkuk sendiri selepas makan. Haha. Padan muka mereka kerana penat saya masak tau.

3.Meninggalkan fb seketika kerana busy melayan mereka. Oh FB~ T_T

4.Pergi ke e-Mart untuk membeli barangan dapur. Saya mngajar Mira untuk membeli barangan dapur kerana kami berdua hanya perempuan tunggal dalam adik-beradik. Macam menuruni ilmu dapur yang sungguh berguna. Nasib baik saya tidak menyimpan janggut yang sungguh panjang akibat bertapa. Dari memilih kualiti kentang yang baik ke membandingkan harga sayur di dalam dan diluar pasaraya. Kami juga memilih ikan segar dengan intinct perempuan kami. Emak cakap kalu nk beli ikan, mestilah tengok matanya. Baru turun ke hati kita untuk membelinya. Apalah yang aku merapu ni. Lagi satu, kamu cucuk2 dengan lembut badan ikan itu dan belek insangnya. Klu insangnya terang merahnya, bermakna ikan itu masih fresh! Pendek kata, jadilah pengguna yang bijak! Hampir setiap hari muka kami ke eMart.

5. Mengemas kabinet dapur di rumah mereka. Sungguh memuaskan hati. Saya juga mengingatkan Mira untuk prevent semut2 halus naik ke atas meja, haruslah menyapukan minyak di kaki meja tersebut. Lagi banyak, lagi bagus. Ternyata berkesan. Kami menggunakan minyak masak je.

6. Menonton dvd yang dipinjam dari Amy (cousinku yang sorg lagi). Byk cita yang kami blum khatam lagi. antaranya; Surrogates, Taken, Orphans, Aliens in the A.... Sampai kul 2am mata dah berat giler nak tido. Godaan kipas Pensonic dan katil tidak tertahan lagi.

7. Menyambut Hari Raya Aidil Adha bersama2. Parents mereka ke Sydney dan ayah saya lak ke KL. Menjamu selera dengan sungguh x sopan kerana asyik menambah lauk pauk ke dalam pinggan. Diserikan lagi dengan sald buah2an dan sayur kobis sebagai desert. Memang lengkap. Akibatnya, saya dan Mira sakit perut teramat mcm kena sengat tapi bukan bererti mahu membuang air besar ok. Kami continue je tido.

8. Drive ke Vet Clinic untuk mengubati kucingku yang kurap dan cirit birit. Seperti yang saya tulis "Sonali" di bawah. Dipadankan pula aircon keretaku yang sungguh kecil sekali, kami berdua bersauna secara semulajadi di dalam kereta. Tingkap bhgn pemandu tidak dpt dibuka, kecuali yang lain. Nasib.

9. Membawa mereka membeli barangan keperluan di rumah seperti keropok, Gula, Ridsect dan coklat.

10. Menjalankan Misi Khas dengan Mira. Nak tahu apa? Pada malam itu, memang tugas Mira untuk membersihkan kandang kucing nya. Untuk seketika, namaku di panggil Mira "Kak nad! Kak Nad!" lalu ku menjenguk dia yang berada di luar. "Kak Nad, ada byk maggots dalam plastik tahi kat tong ya". Ridsects yang kami beli tempoh hari bauan Orange ternyata tidak dapat mematikan ulat2 itu. Sebaliknya, bau2 orange hanya membantu mewangikan keadaan sahaja. Baju ku pula lekat bau oren. Kami sediakan plastik sampah besar hitam beserta gulungan tali rafia aka nilon. Tidak lupa juga kedua2 belah tgn kami diikat plastik kerana tidak dapat mencari glove. Setelah berjaya menarik sampah keluar dari tong, saya mengumpulkan muncung plastik untuk diikat. Udara di dalam sampah terhembus keluar dari muncung. Saya pun mabuk2 dan nak muntah. Paling kelakar skali kami berdua terjerit2 terlompat2 mcm kera kena belacan kerana takutkan ulat tersebut memasuki rongga kecil plastik kat tangan tangan kami.

11. Drive ke airport kul 12.20am menyambut ketibaan parents mereka yang baru balik dari Sydney. Ow... soo sweet. Paling best skali, mereka suka dengan kekemasan rumah sambil jokes around " Lainkali bleh mama gi vacation lagi".

No comments: