BEST! Aku mesti FOLLOW!

28 December 2009

Emo sebentar

Yang mana aku nak cita dahulu eh?
Klu ada teman nak main Ooooh-Som/Phat bagi menentukan siapa dahulu yang start alangkah bagus.Ni tidak, jariku lincah di atas keyboard sambil kepala ini memuatnaik data yang hendak dicatatkan di sini.

OK lah, starting dengan zaman paleolitik. (Memuncungkan mulut sambil mengerutkan dahi)

>> Awal tamadunku di sekolah rendah.

Geng keras ku yang pertama; Naem. Yang ni sama skolah rendah dgnku sama kelas denganku. Ayahnya ahli surau dan juga merupakan kenalan datukku yang merupakan imam di satu area. Adiknya pula sama umur dengan adikku. Klu time KAFA, dialah yang selalu jadi geng main colop (main jadi) bersama si Zahed. Wah. Aku memang suka berkawan dengan lelaki tapi aku ada geng perempuan juga.Memang satu kepala. Sampai kotor baju kurung putihku tercalit dengan tanah. Diorang ada geng tersendiri kerana semuanya pakai songkok. Bleh dikatakan Geng 3 abdul. Namun, 3 abdul berpecah kerana Abdul Pertama telah pindah. Tinggal la 2 abdul ni. Habis sekolah, dua orang ni plak berpecah. Sorg masuk Sekolah Sains (Naem), dan seorang lagi masuk SMK BL(Zahed). Aku dgn Naem and Zahed ni tak contact lagi pastu. Between those, aku rapat ngan si Naem atas faktor di atas; sama kelas 1 Merah, datukku dan adiknya. Apabila aku masuk U, dia pun masuk juga. Sama2 excited. Tapi, dia lambat masuk satu sem menjadikan aku senior se-sem darinya. Muehehe. Seriously, dia seorang kawan yang baik dari dahulu hingga sekarang. Kerana dia memang masak giler dengan perangai aku. Tengkiu kerana sudi meng-edit beberapa kali advertisement hari ya, dengan praktikalnya lagi, dan semua itu di-edit 5 hari berturut2 dan upahnya 2 Big-Mac untuk kau seperti yang aku janji. :) Tapi, sekarang, geng keras ku yang pertama sudah hendak pindah ke Terengganu 1st of January dan rasanya dia takkan kembali di Kuching yang beliau telah bermastautin selama lebih dari dua dekad. Sehinggakan Naem tak mau mengaku the fact that dia memang darah tulen T'ganu. Haha.. Mengaku jak lah sia.


Geng keras ku yang kedua; Nurul (Un-un) Ini gengku yang sampai satu family dia add aku di facebook. Memang cukup rapat sekali seperti anak angkat plak. Huhu. Maknya cakap "Ktk sorg jak kawan OTS Nurul yang masih keep in touch". Nurul adalah kawanku yang sangat pandai, dan juga di antara kawanku yang jenis membawa bekal dan makan berdiri di bawah satu pohon pokok besar. Dan bekalan makanan kami juga sama iaitu roti paun disapu mentega takpun Lady's Choice. Dia ni memang BFF aku lah! Tahun 8 Jan 2010, dia akan jadi exchange student ke US. Nasib baek until May 2010. Kamu duduk baik2 ya di sana. Jangan mengurat mat salleh. Kesian si Amirul. Haha.


>> Di sekolah menengah

Geng kerasku yang ketiga; Mr. Keanu. Akibat dari kegilaan remaja dan similar interest dengan kengkawan, aku sangat suka membaca mags Gempak. Dan aku sangat suka dengan lukisan Ben dalam ruangan The Fishes. Tapi aku juga suka belek dalam ruangan berkenalan. Mana yang aku rasa nak kenal, aku nak jadikan pen-pal. Hantar punya surat, (zaman dahulu internet mahal) adala sorang mamat ni reply. Wow, wajahnya seperti ala-ala Keanu Reeves (Matrix pun naik pada ketika itu) bila dia menyertakan gambar passportnya dalam surat-surat seterusnya. Bagi dia sendiri, dia cakap muka dia iras Zamarul Hisham. Tapi gambar tu mana aku letak ek? Gila kan aku? Huhu. Dia sangaaaaat kelakar dan memang best. Bertukar no. hp. dan pada suatu hari dia kata ada seorang kawannya juga menuntut di U yang aku tengah blajar masa Dip. Aku tak perlu cari kerana Tuhan memang dah tunjuk. Pada AGM course ku iaitu DBS, aku telah diberitahu nama kawannya itu sebelumnya dan ketika attendent tu sampai ke tanganku aku sgt mengenali nama yang tertera itu. Stop! (kenapa aku rasa sudah melelat) Yakni kelmarin aku login balik Myspace ku yang berkurun tidak di jenguk setahun kot. Masa aku log-in, aku perasan top friends aku telah berkurangan wajah. Dia xde. Aku track balik past comment Takde!
Waa... ke mana kamu pergi??
ternyata Mr.Keanu itu telah delete akaunnya. Adakah dia terkilan aku memungkiri janji tidak bertemu dengannya sewaktu konvo hari itu? Peluang pergi ke KL tidak digunakan sebaiknya. Atau hal2 lain?.. Malam tadi aku terkilan sgt sebaik mendapat tahu dgn mata kepala ku yang dia delete akaun dia. Internet sekarang lebih mudah. Search melalui email, tidak dijumpai. Nasib aku taip full name dia. Ada! Terjumpa lak di fb. Happy mode kembali. Dan beliau turut ada blog. . Dan aku sudah add dia kembali. :)

>>Di Universiti,

Geng kerasku yang keempat; Izza. Izza aku kenali dan bertambah rapat sejak dia satu kumpulan memainkan drama Qaisy dan Laila sempena Malam Klasik kot. Tak ingat. Dan dia sama ahli level dengan ku. Mulanya perkenalan tidak baik kerana dia menyangka aku sombong setiapkali aku lalu di koridor level dan berselisih bahu. Best friend aku ni tak suka minum susu. Payah sangat nak tanamkan cinta dengan susu. Tapi, dia suka keju. Pelikkan. Huhu. Dan dia juga tak suka sos, baik sos tomato mahupun cili. Alasan nya, dia suka sos buatan sendiri. Aku lak... "????" Tak tahu lah dia mampu menghabiskan pengajiannya atau tidak, meneruskan nya di Sarawak atau di Semenanjung. Tak kisahlah asal kamu tamat dengan segulung Diploma. Andai kata awak berkeputusan menyambung di Semenanjung, saya gembira berkawan dengan awak sepanjang tempoh kita kenal. Nanti saya konvo degree, kita jumpa lagi k!

Malam itu aku tak dapat tidur kerana emo sebentar. Kemana jua kamu pergi, semoga 2010 membawa rahmat kepadamu dan kamu berjaya dalam hidup. :)

1 comment:

kudapolo said...

akurindusamaitukenanganwahainadiakarina.
haha.
main jadi, pergi kelas kafa, kene marah, memakai songkok, bersame naim, main ngan ko, usik2 ko..adooi..what a nostalgic experience..serius rase cam diri dah tua.
i know i've been a good n close friend of urs when we were in primary school, due to the fact of us being the geng-geng baik tapi jahat..haha.