BEST! Aku mesti FOLLOW!

31 December 2009

Happy New Year 2010

Itu saja yang mau ku wish. Opps! Tasbih Cinta dah nak start! Bye2 2009.

Broadband kau milikku.

Sungguh direct tajuk post di atas.
Yup, semestinya kebingungan ku selama ini telah dihapuskan setelah decide membeli yang Celcom punya. Memang telah lama aku bertanya kepada orang dan survey2 sendiri supaya aku membuat pilihan yang paaallliiiing bijak untuk diriku sendiri.

Kelmarin aku telah berjaya persuade bpkku membeli broadband ^__^"
Hutang lok, pak. I pay u later. Aku membeli nya gara2 supaya tidak ketinggalan untuk
merembat gov't promo(merujuk kepada kelayakan mak aku) yang akan berakhir hujung bulan ini, tahun 2009. Aku rasa yang gov't ni lagi long-term privileges dia berbanding Student Package. Tapi xpelah. Aku dah decide. Full Stop! Ku masih simpan lagi mesej mak ku "Dah ada broadband sik bleh layap( tak boleh leka)". Aku pun reply "Don't u worry. I broadband for good".
Oleh kerana tidak mahu ambil risiko esok banyak orang ambil cuti awal kerana nak sambut Tahun Baru 2010, jadi 30 Dis 2009 adalah tarikh bday broadband ku.
Macam aku plak yang give birth to it. Hahaha. Cetak sijil sendiri. :P

Moga2 sem depan aku tak perlu lagi bingung oleh assignment yang memerlukan aku online sehingga lewat malam. Takkan aku kena gi U-Flo kn? (Ada ku kenak ambush pak guard dengan suluh di mukaku. Ujung2 nya takut nangga aku ingat aku tok antu main laptop, aku lak takut nangga nya kerana sik mok kena saman). Haha.

As for now, broadband ku blum bleh di activate lagi, samada malam tok nya berfungsi atau kena tunggu hari bekerja (next week) untuk Pak Celcom kita key-in eBorang ku ke headquaters nya.
Lihat lah di bawah, itula buktinya.

28 December 2009

Emo sebentar

Yang mana aku nak cita dahulu eh?
Klu ada teman nak main Ooooh-Som/Phat bagi menentukan siapa dahulu yang start alangkah bagus.Ni tidak, jariku lincah di atas keyboard sambil kepala ini memuatnaik data yang hendak dicatatkan di sini.

OK lah, starting dengan zaman paleolitik. (Memuncungkan mulut sambil mengerutkan dahi)

>> Awal tamadunku di sekolah rendah.

Geng keras ku yang pertama; Naem. Yang ni sama skolah rendah dgnku sama kelas denganku. Ayahnya ahli surau dan juga merupakan kenalan datukku yang merupakan imam di satu area. Adiknya pula sama umur dengan adikku. Klu time KAFA, dialah yang selalu jadi geng main colop (main jadi) bersama si Zahed. Wah. Aku memang suka berkawan dengan lelaki tapi aku ada geng perempuan juga.Memang satu kepala. Sampai kotor baju kurung putihku tercalit dengan tanah. Diorang ada geng tersendiri kerana semuanya pakai songkok. Bleh dikatakan Geng 3 abdul. Namun, 3 abdul berpecah kerana Abdul Pertama telah pindah. Tinggal la 2 abdul ni. Habis sekolah, dua orang ni plak berpecah. Sorg masuk Sekolah Sains (Naem), dan seorang lagi masuk SMK BL(Zahed). Aku dgn Naem and Zahed ni tak contact lagi pastu. Between those, aku rapat ngan si Naem atas faktor di atas; sama kelas 1 Merah, datukku dan adiknya. Apabila aku masuk U, dia pun masuk juga. Sama2 excited. Tapi, dia lambat masuk satu sem menjadikan aku senior se-sem darinya. Muehehe. Seriously, dia seorang kawan yang baik dari dahulu hingga sekarang. Kerana dia memang masak giler dengan perangai aku. Tengkiu kerana sudi meng-edit beberapa kali advertisement hari ya, dengan praktikalnya lagi, dan semua itu di-edit 5 hari berturut2 dan upahnya 2 Big-Mac untuk kau seperti yang aku janji. :) Tapi, sekarang, geng keras ku yang pertama sudah hendak pindah ke Terengganu 1st of January dan rasanya dia takkan kembali di Kuching yang beliau telah bermastautin selama lebih dari dua dekad. Sehinggakan Naem tak mau mengaku the fact that dia memang darah tulen T'ganu. Haha.. Mengaku jak lah sia.


Geng keras ku yang kedua; Nurul (Un-un) Ini gengku yang sampai satu family dia add aku di facebook. Memang cukup rapat sekali seperti anak angkat plak. Huhu. Maknya cakap "Ktk sorg jak kawan OTS Nurul yang masih keep in touch". Nurul adalah kawanku yang sangat pandai, dan juga di antara kawanku yang jenis membawa bekal dan makan berdiri di bawah satu pohon pokok besar. Dan bekalan makanan kami juga sama iaitu roti paun disapu mentega takpun Lady's Choice. Dia ni memang BFF aku lah! Tahun 8 Jan 2010, dia akan jadi exchange student ke US. Nasib baek until May 2010. Kamu duduk baik2 ya di sana. Jangan mengurat mat salleh. Kesian si Amirul. Haha.


>> Di sekolah menengah

Geng kerasku yang ketiga; Mr. Keanu. Akibat dari kegilaan remaja dan similar interest dengan kengkawan, aku sangat suka membaca mags Gempak. Dan aku sangat suka dengan lukisan Ben dalam ruangan The Fishes. Tapi aku juga suka belek dalam ruangan berkenalan. Mana yang aku rasa nak kenal, aku nak jadikan pen-pal. Hantar punya surat, (zaman dahulu internet mahal) adala sorang mamat ni reply. Wow, wajahnya seperti ala-ala Keanu Reeves (Matrix pun naik pada ketika itu) bila dia menyertakan gambar passportnya dalam surat-surat seterusnya. Bagi dia sendiri, dia cakap muka dia iras Zamarul Hisham. Tapi gambar tu mana aku letak ek? Gila kan aku? Huhu. Dia sangaaaaat kelakar dan memang best. Bertukar no. hp. dan pada suatu hari dia kata ada seorang kawannya juga menuntut di U yang aku tengah blajar masa Dip. Aku tak perlu cari kerana Tuhan memang dah tunjuk. Pada AGM course ku iaitu DBS, aku telah diberitahu nama kawannya itu sebelumnya dan ketika attendent tu sampai ke tanganku aku sgt mengenali nama yang tertera itu. Stop! (kenapa aku rasa sudah melelat) Yakni kelmarin aku login balik Myspace ku yang berkurun tidak di jenguk setahun kot. Masa aku log-in, aku perasan top friends aku telah berkurangan wajah. Dia xde. Aku track balik past comment Takde!
Waa... ke mana kamu pergi??
ternyata Mr.Keanu itu telah delete akaunnya. Adakah dia terkilan aku memungkiri janji tidak bertemu dengannya sewaktu konvo hari itu? Peluang pergi ke KL tidak digunakan sebaiknya. Atau hal2 lain?.. Malam tadi aku terkilan sgt sebaik mendapat tahu dgn mata kepala ku yang dia delete akaun dia. Internet sekarang lebih mudah. Search melalui email, tidak dijumpai. Nasib aku taip full name dia. Ada! Terjumpa lak di fb. Happy mode kembali. Dan beliau turut ada blog. . Dan aku sudah add dia kembali. :)

>>Di Universiti,

Geng kerasku yang keempat; Izza. Izza aku kenali dan bertambah rapat sejak dia satu kumpulan memainkan drama Qaisy dan Laila sempena Malam Klasik kot. Tak ingat. Dan dia sama ahli level dengan ku. Mulanya perkenalan tidak baik kerana dia menyangka aku sombong setiapkali aku lalu di koridor level dan berselisih bahu. Best friend aku ni tak suka minum susu. Payah sangat nak tanamkan cinta dengan susu. Tapi, dia suka keju. Pelikkan. Huhu. Dan dia juga tak suka sos, baik sos tomato mahupun cili. Alasan nya, dia suka sos buatan sendiri. Aku lak... "????" Tak tahu lah dia mampu menghabiskan pengajiannya atau tidak, meneruskan nya di Sarawak atau di Semenanjung. Tak kisahlah asal kamu tamat dengan segulung Diploma. Andai kata awak berkeputusan menyambung di Semenanjung, saya gembira berkawan dengan awak sepanjang tempoh kita kenal. Nanti saya konvo degree, kita jumpa lagi k!

Malam itu aku tak dapat tidur kerana emo sebentar. Kemana jua kamu pergi, semoga 2010 membawa rahmat kepadamu dan kamu berjaya dalam hidup. :)

26 December 2009

My day on Christmas

Me, mommy and daddy terchenta mengembara ke Kota Samarahan..
yea, kota yang bakal jadi new township area. Kota jadi Ibukota. Dats right!
Pergi ke sana memang ada tujuan.
Tapi bukan tujuanku jadi tidak ada kaitan.
And guess what, my eyes were captivated to new restaurant sharing the same building of KFC...


kau nampak tak?

kecilkan mata anda lagi...
dah nampak?
semestinya...

PIZZA HUT!
Nama pun under one roof, memang berkongsi atap. Hahaha. (Mula lah loya burukz)
Oleh kerana mata ini meliar lagi
kerana sudah sebulan tidak berkunjung ke sini,
maka,
satu penemuan akan didedahkan lagi oleh si karina ini.
(Syemah nampaknya bersemangat untuk mengetahui lebih lanjut.)
oh nampaknya bukan syemah seorang sahaja..
Si Ahmoi pun ingin tahu.. dan silent readers juga.
Baiklah, sebentar magic akan dibuat.




====





====






SCR pun ada jugak! Memang pelajar di sini akan jadi gendut kerana makanan sedap berhampiran dengan mereka.
Lebih2 lagi pada bulan puasa. Memang xde masalah nak cari tempat dan book keta sewa.
Mun McD ada sia, memang melampau manja dengan makanan.
Kota makanan ini. Fuh.
Sungguhpun aku x beli either makanan di situ, tapi aku balik dgn tangan tak kosong.
4 biji RM10!!
Familiar tak?








=====






=====







=====


Its durian yang berjaya di hangkut balekh!
Habuan dari Samarahan.
Walawey, ini syok betul ni.



Sejak dari tadi aroma durian blakang boot keta mmg mengancam bulu2 hidungku.
Balik tu tak sabar nak kupas kulitnya yang still standing tu.
Walaupun batuk, tetap juga nak makan king of fruit ni.



Ni klu lambung kat kepala orang mau mati dia.
Pengajaran, mak takut melihatku membelah durian kerana bimbangkan jariku yang terlalu dekat dengan parang.
Don't worry ma, trust me.
Tapi, membuka, mengopek kulitnya memang
mendatangkan kesabaran yang sungguh kepadaku
demi isinya yang lembut itu. And sweet... Mesti kau terliur kan?
Jangan ganggu aku. Hendak menikmati nya dengan aman.


23 December 2009

Nak signature?

Anda nak apa yang anda inginkan selama ni?
Iaitu signature di bawah setiap post anda?
Nah..
Ini link dia.
Amik dari osha.

http://www.mylivesignature.com/mls_menu.php

Cat in The Jacket Sleeve

Tgh2 Yahoo homepage nak loading, tetiba ada satu video ni menarik aku untuk melihatnya.
Sbg peminat kucing, aku ni suke tgk aksi nakal kucing2 ni. Kewt btul kucing ni.


video

21 December 2009

Avatar Two Thumbs UP


Have you watched the movie? If you are in the range of 20+ and had seen The Lion King Movie, Toy Story, Monster Inc, Monster VS Alien... I recommend you Avatar. There are many reason made I fall in love with Avatar. Korang dah baca sinopsis? Mule2 aku xpaham gak tapi kepada sesiapa yang belum tengok, aku pendekkan cite supaya korang x tertanya-tanya kat rakan sebelah anda. Avatar ni adalah simulasi untuk menjadi Orang Biru yang membuat mereka mebuat perundingan dengan orang asli puak Omaticaya. Sebijik cam mereka. Navi = Orang Biru (bersungguh2 menerangkan dengan ayat yang lebih senang) Dan orang yang membuat simulasi itu adalah seorang bekas Marine bernama Jake Sully yang lumpuh kaki. Dia sgt syok menjadi Avatar kerana dia dpt berlari dan akhirnya tertawan cinta dengan the real Navi.

#1 Colors

Animasi 3D and CGI yang cukup cantik PLUS colournya sangat terang dan appealing.
Penggunaan colour Biru sebagai orang Navi stand out dari normal people. Aku suke bila orang biasa pergi dunia Navi (puak Omaticaya) yang sangat colorful di malam hari. Ko akan rasa, dunia nya seperti rainbow. Disinari dengan nature yang mengeluarkan cahaya cantik selain dari cahaya bulan.

#2 Orang Biru
  • Rambut bertocang - Setiap Navi memiliki rambut tocang kerana tocang itu ada gunanya. U find out why. Klu xde tocang tu memang takde maknanye ko jd Navi.
  • Size besar - Mereka lebih besar daripada manusia. Dikurniakan kaki panjang supaya mereka boleh berlari pantas. Oleh kerana mereka orang asli, semestinya mereka perlu berburu demi hidup. Klu masuk Olympic bleh raih banyak pingat emas.
  • Ekor - sungguhpun mukanya hodoh (bagi aku) tapi ekor itu akan buat lucu dalam pertengahan cite.
  • Sexy - Navy yang sexy tau! Tapi corak dan pakaian kat badan dia tu cover figure yang xpatut ditonton oleh lapisan umum.

#3 Binatang

Binatang nya memang aku xpnah bayangkan klu btul2 wujud. Badak sumbu nya mcm hammer-head shark, anjingnya macam serigala vampire, benih2 suci nya macam obor2 berenang di atas darat serupa lalang yang hinggap di mana2. Huish. Memang respect aku berjaya membuat daya imaginasi ku di perluaskan. Dia menunggang Ikran (dino yang bleh terbang) berlawan pula dengan ciptaan manusia mcm kapal StarWars. Ko bleh bayangkan x? Klu aku diberi Ikran tu, aku bleh balik sesuka hati aku xpun pergi ke pasar blkg UiTM tu. Parking pun x susah kerana Ikran bleh terbang. Duit pun xterbuang menyewa keta dan jalan pun x jam. :)

#4 Teknologi Avatar

Menonton Avatar movie pastinya memberi impak kepada penontonnya. Sambil menyelam kita minum air Milo ye. Habis je cita tu, bleh tak aku pinjam simulasi tu pastu aku control Avatar menggantikan Dr.V yang tengah mengajar. Hahah. Ko bayangkan mcm Surrogates la. Oleh kerana manusia dah adapt dgn lifestyle Navi, beliau pun jadi sgt kurus dan tumbuh jambang. Jgn syok sgt main mendalah tu sampai badan ko yang Ori tak terurus.

#5 Bahasa Navi

Semua kaum ada bahasa tersendiri. Aku suke bila dia originality guna bahasa Navi kerana aku bleh terhibur dgn cara mereka meluahkan perasaan cinta mereka terhadap nature and of course to their loves one.

#6 Persepakatan

Manusia bleh bergaduh antara saintis dan army tetapi pertalian antara Navi ni sgt kuat kerana mereka percaya keharmonian adalah segalanya jika mereka sebati dengan alam. Macam kita la, nak rumah kene tebang pokok, nak berlayar tapi minyak tumpah. Haiya. Dunia sudah polluted.

## Aku suke giler cita ni. Sgt kreatif!

20 December 2009

Frog Prince




Frog prince? What say u?

Is there really a prince for me? I also don’t know but.. not too much bother. I am really secretive about my love life with whom I befriend with. Trust me, there aren’t any men dares to approach me, really into me. Some might fall for my friend and use me as a 3rd party. Some just laid their emotions like I am the top psychologist in the history making. Like I’ve experience it before, but I didn’t. Some just texted me for pleasure just as a friend. And there are times when I did my presentations, I can’t barely explained nor expressed the words in its manner. (Serius, Fad gelakkan aku masa aku present!) Now I do not have good friends to talk to because Izza has “finally” finished her diploma (extended yet duno what turns out to be in the current result). Currently, this guy yang I kuar do have physical attraction yet his personality bores me. He is good looking, English well-versed (often corrects me kerana selalu salah pronounce “Marketing”… menjadi bunyi lebih pekat and round “Moaarkeeting”.)


  • Friday
Ok., pecah otak nak atur English Grammar ni. Masa tgh driving, aku terima call dari seorg mamat ajak makan. Mamat ni mmg kwn lama aku yang sgt dipercayai. Tgh driving aku cakap “OK, tp xnak lama sgt. So, u pick me up?” He said “ Ya, I’ll pick u up in 20 mins”. Tepat kul 8.05pm, dah bersiap dah ni, aku trima call. Aku jawab “Dah sampe ka blum?” Mamat tu ckp “Belum, I still at my house. Are you free tonite? Because my plan after we ate I’ve to rush to my cousin’s house for wedding rehearsal. Do you want to come along??”. Dalam kepala aku, malu lah aku.. nak buat apa aku kat sana. So I rejected. Lagipun, my mum beside me menggelengkan kepala because she don’t really approve reach home late. He guessed and said “So, you cannot make it up tonite? Em… Tomorrow nite then”. He sounds mengeluh. Aku lak, gi mandi sebab dah berpeluh tunggu dia. @#$%^&*(

  • Saturday
At 1.00pm I received a call from him. My..my… He said” I just got back from my cousin’s wed”. Are you free for today?” Kebetulan anak gadis ini sedang buat rutin harian seperti menjemur baju, memasak dan mengemas rumah so another red light from me. Sorry dude. Then, tetiba I teringat, wasn’t today is his birthday? I online facebook and yup, memang birthday dia. I wonder why dari semalam dia btul2 mengajak dan bersungguh2. I left a comment on his wall. Mamat ni x berputus asa sungguh. Malam tu dia call lagi. Serius, dia call lagi. At 9.45pm“Tomorrow at noon do you want to watch movie?” and I replied “What movie?”. He said “Avatar”. There will be Minah, Datin, YB dan Datuk. (Which I kenal but x rapat. That is his close friends. Not mine. And semuanya English Band 6 kot. Serius, rendah diri aku.) Aku lak dalam dua pertiga air dalam bikar nak accept ke nak reject. Mengenangkan birthday boy, aku bagi jawapan “See first la, give me some time to think. You call me later, can?” He replied, “Ok, I’ll call you”. Aku meluahkan apa ketidakpuasati dan kekekokkan hati aku pada mak. Tapi, dia cakap, “Pergi je la. Lagipun, you mix up with new friends. Kawan terer2 gitu. Tanyakan diorang praktikal kat mana.. Cari lah topic perbualan dengan mereka.” Si YB tu I kenal sebab sama sekolah juga and dia menyambung kat UiTM juga. Tapi serius, cuma mengikut mamat ni beraya kat umah YB tapi kami cuma setakat “hai” je. Dan Byebye.

  • Sunday
I was sleeping and a sudden ringtone awakes me in the early unusual morning for me (holiday routine). It was him again. Mamai je ku jwb tpon, suara serak2 basah kerana anak tekak padat dengan air liur basi. :P “I’ll pick u up at 1pm ok”. Aku pon ok2 je lah dan terus bingkas bangun. 1pm pun dah berlalu, luckily kali ini dia arrive on time. Toyota Spacio di depan umah. Eh, itu bukan kete dia. Tapi memang dia. Melambai mak, aku pun masuk kete dia. Kuar dengan dia memanglah aku kene twist skit lidah aku tapi kadang2 aku main redah je cakap Sarawak. Dia ni faham tapi I would say Sarawak dia Band 3 lah. English memang Band 6. Can u imagine? Tgh memandu, dia pi lak tegur aku punya rantai rugged yang ku beli masa konvo tempoh hari. Kata has, berbentuk pendrive. Kata Faris, seperti candy. Aku slumber je jawab “Because I like benda2 yang nampak rock. Dia pun diam. Pelik betul mamat ni. Ok, now we arrived at Spring. Tgh jalan2 dia selalu je memerhati aku macam aku ada buat salah. Rupa2nya dia dari tadi nak tegur rambut ku yang kini dah dipotong masih seperti dahulu. Dia pi lak usik rambut depanku yang straight ikut kening ni pastu cakap, why u sik try wild haircut. I said “ I pernah rambut spike tau! What type of wild do u want?”. Dia diam lagi. Gosh. Sgt boring lah. Naik tangga kat Spring, aku hampir terpelecok kat tangga kerana merasakan diri hebat melangkah dua anak tangga dengan hanya selangkah. Nak terjatuh, dia sempat sambut tanganku. Haha. Mcm drama. Clumsy btul aku. Gentlemen credit di sana. OK, now kami booked kul 3 punya movie. Oleh kerana seat blakang penuh and only 2 rows in front yang available, we choose to take it. Dia jumpe je kengkawan dia, terus ignore aku. Bayangkan there were 6 of us. Aku cuma rapat dia, dan dia plak rapat dengan yang sekali.. lima(5) tu. Sementara menunggu kul 3pm, kami pergi ke K-Box untuk melihat rate di sana. Tapi aku xminat karaoke kerana mempunyai malu menebal menyanyi di depan kawan. Baik aku melalak dalam shower lagi baik. Dihujani shower memang feel. Haha. Stop thinking blue! Then, kami singgah di food bazaar di bawah. Aku yang blum mkn tghari memang sangat menahan perut ketika itu. Luckily si Minah tu tanya aku dah makan blum. Ku sangkakan diorang blum mkn, so aku jawablah “Blum mkn gik.”. Aku tanya dia balik “ Ktk?”. Dia jawab “Dah mkn di umah tek”. Diorang memilih minuman, sementara aku pergi order. Makanan. Bila aku sampai aku cakap “Sori ah kmk mkn lok sbb blum mkn gik.”. SERIOUSLY!! KEKOK btul aku kena jamah makanan tu seorang di meja berenam sementara yang lain meneguk air je. (Muke aku punya lah tebal dan aku order nasi ayam kerana menyangkakan itulah yang paling ekspres untuk spesis aku yang makan perlahan menghabiskan makanan. Memang aku tunduk je jamah mknan tu sorang, diorang sibuk bergelak dengan cerita diorang. And guess what, YB bingkas bangun tak tahu pergi mana tapi dia balik dengan mee sup dia. Terima kasih tuhan!! At that time aku ditemankan seorang hamba Allah yang turut sama makan denganku. Taklah kekok sangat. Sementara menunggu yang 2 ekor lagi arrive menjadikan kami sepasukan power ranger plus extra FBI 2 orang, kami naik je atas jalan2. Sampai di MBO, aku memang kagum dengannya kerana baru pertama kali pergi ke sana. Adalah sakai sedikit, tetapi tidak ketara. Control juga lagak di depan kawannya mamat ni. Cerita Avatar akan ku luahkan di post seterusnya. Out of 10 pingat emas, aku bagi 10 juga. Senyum sampai telinga. Habis je movie, luckily kami xjadi berkaraoke kerana masing2 mengundur diri. Mamat ni akhirnya focus kat aku tapi topic perbincangannya sangat…..#$%^&*. Adui. Tidak sama wavelength. Tapi ku layan saja. Yang dapat buat kami berbincang ialah sama2 minat cita Avatar. Apa yang aku xfaham tapi berjaya dihuraikan olehnya. Kami terus headed home. And now u tell me how much do I owe u for the ticket?? He said. “It’s OKAY!”. Fewwh.. Itulah yang aku rasa sehari bersamanya tetapi kawan tetap kawan. Xmungkin bleh jadi kekasih. Pelik jak sa. Hahaa.

18 December 2009

Sejauh mana anda perasan?

Perasan ke tidak? Any changes in my blog???...

Klu perasan,
anda memang pembaca setia blog ku.
And thanks-a-lot for identifying the changes.
Salam maal hijrah bermakna blog pun kene lah hijrah kepada yang bagus2 dan cantik2.


Kepada yang xperasan,
Tak kisahlah anda baru jumpa atau tidak blog yang marvelous ini,
I ucapkan thank you kerana sudi singgah... and baca..
untuk beberapa minit.
Klu anda berminat untuk menatap blog ini di lain hari,
sila klik followers ok.
Dan salam perkenalan dari saya. ^_^"

Menghabiskan Maou dlm 3 hari.



U all dah tgk cita nih? Cerita ni penuh dgn hatred yang dipendam selama 11 tahun oleh seorang abg kerana adiknya telah dibunuh. Apabila abangnya telah besar dan berkerjaya sebagai seorang peguam, dia kembali menuntut hak adiknya yang masih tidak terbela. Dia amat menyimpan dendam terhadap seseorang yang terlibat dalam kes kematian adiknya yang kini telah menjadi seorang detektif Serizawa Naota (Lakonan Ohno Satoshi). Dengan menukar identiti nya yang dahulu Manaka Tomoo kepada Narutse Ryou (Lakonan Ohno Satoshi), dia berjaya menyingkirkan seorang demi seorang yang mempunyai talian dengan detektif tersebut. Dengan guna otaknya yang brilliant, dia mastermind kepada semua tragedi yang menimpa. Mula2 dia sgt jahat tapi lama-kelamaan dia ni dah insaf skit. Tapi, protoge' dia lak memandai menyebabkan detektif tersebut masih memikirkan peguam itu masih jahat. Namun, semuanya harus diselesaikan dan hanya seorang sahaja yang mesti hidup. Detektif memburu peguam, dan peguam ini memburu detektif. Akhirnya siapa yang berjaya?? Lu pikirlah sendiri. Haha. Tapi, penghayatan I memang apala.. sensitif sungguh. Waa.. Sedih woo..

Salam Maal HIjrah

To all my Muslim Reader tidak kira di mana jua anda berada, salam maal hijrah.
Semoga persaudaraan antara kita bertambah erat.
And hoping my mistakes to u guys will be forgiven.

Tulus ikhlas,

NK.

16 December 2009

Sinetron Tasbih Cinta

Apa khabar teman2 sekalian..

Sekarang di ambang cuti ni, I asyik dok tgk tv mcm xde keja lain. Tp ingat, semua org diberikan 24/7 untuk di spend jadi eloklah anda menggunakan masa itu semanfaatnya. Kata kawan I, si Fad tu 24 jam dibahagi kepada 3 masa yang penting sekali. Setiap 8 jam digunakan untuk bermain/berehat, bersosial dan bekerja. Jadi siapa yang bersama I di kelompok 1 jam di tv3 menonton Tasbih Cinta??? Semestinya anda di landasan yang betul. Chewah. Jahatnya akuu. (xbaik nad mempengaruhi org) Baru sahaja nak membuat entry, ada org sudah post. T_T

Lagu nya sgt lullaby lah. Korg nak tahu adik lelaki I pon dh start mencari youtube secara diam-diam sewaktu I turun kebawah dgn muke mamai nak mkn. Bila dia dgr aku batok je, terus tutup lagu itu. Hahahah. Kelakar!

Adik2, cik2 muda remaja yang meminati OST Tasbih Cinta, anda telah berjaya cari laman yang memudahkan pencarian anda. Segalanya Ada Di Sini. (Mcm penah je dgr tagline tu). Percaya atau tidak, anda memang membuat pilihan yang bijak. Hehe. Sebelum itu, marilah kita berkenalan dengan actors and actresses sinetron ini.

1. Laudya Chintya Bella (Bella)

Beliau dilahirkan di Jakarta, 24 Februari 1988!! Rupanya Bella pernah berlakon di filem Bukan Bintang Biasa. Oh, baru sekarang I ingat. Dialah yang pandai balet itu. Pacar kepada Rafi dalam cerita itu.


2. Andrew Andika (Jojo)

Jejaka kacak yang masih muda, berumur 22 tahun. Mesti ada yang hairan kenapa wajahnya pan-asian gitu. Aku pun... xheran. Hehe. Rupa2nya mamat ni berdarah campur Amerika+Pakistan. Dilahirkan 10 Julai 1987. Lakonan nya sgt ego dan serius. Memang gaya abang yang memimpin adik.


3. Bayu Kusuma Negara (Rafi)

Siapa tahu lakonan sebagai adik dalam Tasbih Cinta rupa2nya berpangkat "abang" kerana Bayu dilahirkan pada 18 March 1984. Wajahnya mcm Izanny Nizariff klu aku tengok 2 kali pandang. Cara dia marah plak mcm Fizz Fairuz. Anyway, Rafi ni kelakar la. Memang menjaga perempuan sampaikan Bella itu dia ubah jadi wanita berkorporat. Bagusnya.






4. Helsi Herlinda (Yuni)


Siapa yang tidak kenal dengan artis ini. Sgt menyukainya dalam lakonan Bawang Putih Dan Bawang Merah. Dilahirkan di Jakarta , 19 March 1974 (35 tahun) Kerana dialah I meminati cerita ini kerana wataknya melucukan. Sgt sinonim dengan matanya yang besar dan galak itu serta mulutnya tidak putus2 merepek. Selalu memegang watak antagonis. Tapi saya percaya dia tidaklah sejahat yang disangka bukan? Lihatlah dia dalam JomHeboh dulu. :) Huhu. Helsi juga ada berlakon dalam filem bertajuk Emak Ingin Naik Haji (2009).


Ok.. ok...

Ini dia yang korg nak sgt cari tu. Huishh! Sila beratuuuuuuurrrrrr aaaaaaaa.....Enjoy!

1. Tasbih Cinta OST - Ressa Herlambang (mp3)
2.
Lirik Lagu "MENYESAL" + Video Terhangat (Download 1 percuma 1)

Korang xkan menyesal. Mari kawan2.
Layaaaannnn...

Isk2.. membazir.

Petikan daripada Berita Harian..



MUADZAM SHAH: Sebuah syarikat pengeluar susu segar terbesar di negara ini terpaksa menanggung kerugian beratus ribu ringgit selepas terpaksa membuang lebih 90,000 liter susu segar berikutan tindakan pengilang produk tenusu menolak bekalan sejak awal bulan ini. Syarikat First Dairy Farm (M) Sdn Bhd (First Dairy), milik penuh Bumiputera menganggarkan mengalami kerugian hampir RM250,000 kerana terpaksa mengambil tindakan drastik membuang semua susu yang ditolak pengilang. Pengarah Urusan First Dairy, Datuk S Muhd Alwi Abdullah, berkata walaupun mengalami kerugian besar, namun syarikat terpaksa melakukannya kerana bekas simpanan tidak dapat menampung bekalan yang ditolak pengilang.

"Sebenarnya, pada awal bulan ini, kita sudah membuang kira-kira 75,000 liter susu segar bernilai lebih RM200,000.

"Hari ini (semalam), kita terpaksa melupuskan sebanyak 13,500 liter susu segar dan terpaksa membuang sebanyak 3,000 liter lagi kerana penghantaran susu ke kilang ditolak sekali lagi," katanya pada sidang media di ladangnya, di sini, semalam.

Muhd Alwi mendakwa pihak pengilang memberi pelbagai alasan menolak penghantaran susu segar syarikat itu, termasuk mendakwa ia sudah dicemari bakteria sedangkan ujian dilakukan pihaknya mendapati susu berkenaan masih dalam keadaan baik.

"Malah, ujian yang kita lakukan selepas 38 jam susu berkenaan dikembalikan kepada kami mendapati susu berkenaan masih dalam keadaan baik.

"Sehubungan itu, saya tidak faham mengapa mereka mendakwa susu yang kami hantar tidak menepati kelulusan kualiti dikehendaki sedangkan sebelum ini pun, kami tidak berdepan dengan masalah itu," katanya.

Muhd Alwi berkata, jika keadaan itu berterusan, ladangnya akan berdepan dengan masalah besar kerana tidak dapat menjual bekalan susu kepada pengilang seterusnya menjejaskan pengeluaran susu segar.

Katanya, keadaan itu bukan saja memberi kesan kepada ladang First Dairy, tetapi juga kepada keseluruhan industri susu segar tempatan, terutama yang membabitkan pembekal susu segar kecil.

Malah, katanya, First Dairy berdepan kemungkinan menghentikan operasi jika masalah itu tidak dapat ditangani dalam masa terdekat. Beliau berkata, ladang itu mengeluarkan kira-kira 6,000 liter susu segar sehari dan ia dijangka meningkat sehingga 10,000 liter sehari pada masa akan datang. Muhd Alwi berkata, beliau difahamkan pengilang produk berkaitan susu segar di negara ini kini lebih berminat mendapatkan bekalan susu segar yang diimport kerana harganya didakwa lebih rendah.


## Karina was thinking why that syarikat sik produce owned Malaysian CHEESE?? Dapat store dgn lebih lama. Malaysian suka mkn burger. Supply kat stall2 kecil. Jgn lupa, mereka juga penyumbang kepada ekonomi tau! Stall2 kecil ni lah bandwidth dia meluas. Or, eksport la ke country yang mcm India. Diorg suka susu. Semestinya stok peti ais syemah memang xlari dari cheese. I dah jumpa pembeli tetap di sini! (Mengangkat tgn dgn penuh bangga)

14 December 2009

FS dah berubah?

Ya.. sedang I xtau ape lagi yang nak di searchkan
dok depan PC ni mmg bad habit jika anda belayar terlalu lama
atau dikenali sebagai surfing. I telah spend pagiku sejak dari menonton Superman Returns
malam td lakonan Brandon Routh, terus menerjah facebook.
I gembira berjejak kasih dgn kawan lama DARJAH 1 Merah. Alkisahnya seorg tu tag I dgn gmbr lama. Terus, sebanyak 28 comments di bawah satu bumbung.
Itulah hebatnya online social networking ni. Berkesempatan chat dgn kawan lama yang pada ketika itu pukul 3am. Terputus contact dengan syemah juga.
Memanglah I sambil2 tu menghabiskan masa sehingga pukul 7am lebih menonton siri di YouTube Bloody Monday. Baik I link ke Youtube dari DailyMotion. Sungguh lembab D.M tu.
Seronok nya dah abis itok'an ku(pertanyaan) terhadap kes hacker tu.
Zana, u shud watch it since u like hacker so much.
Serious, semua ada dlm YouTube.
Dan senang juga untuk mendownload.
Carilah downloader di Download.cnet.
Cari Realplayer 11 Gold. Itulah yang I guna untuk mendownload. :)
Happy suda. Tentang fs ni baru saja I saja menjenguk.
Ternyata byk perubahan..



Man, it's been ages since I actively facebooking.
Ternyata fs dan fb ada yang dpt adapt dan ada yg tidak.
Teringat la dulu, I seADDICTED dgn fs mcm fb yang skrg.
Zaman berubah. Tak lama lagi fb akan approach masa tuanya. Ko lihatlah.
Fb bakal ada pengganti. I've tried Twitter as well. Serious, xreti.
Korg reti??
Kadang2 I heran, nape Malaysian student tak reka online social network yang menguntungkan sebegini. Own very Malaysian style.
Asyik2 menguntungkan negara Barat. Itu salah satu sumber pendapatan diorg. Tak heranlah, mereka semakin canggih.
I dulu pilihan utama nak involve in grafik tau. Lokasi MMu. Terpengaruh dgn pelancaran pameran Jejak Langkh ke Menara Gading dulu.



13 December 2009

Do u deserve it?

Syemah texted me to inform that the result has been out! OUT!

When i hooked on the internet, I stucked at the front page and log in area until past 8pm i can get through my result. Damn! The system was really congested, flooded with users aka UiTM student.

The whole process I did was starting from 6pm and it gave me 2 hours to load the content that I've waited, tired with my ass glued on the chair. Dahla perot pun lapar~

Something tells me that I did not perform quite well in past exam and I definitely have to cancel my plan of being nominated for ANC award. And I was drop out of the list. Cis!

Being so eager with a book for me to cover the screen, I slowly peek at the result. Seperti sem2 yang sebelumnya, I tutup the subject and see the remarks next to it. All recorded was LU means LULUS. Then, barulah I check up on the list one by one. Mcm cari nama dalam senarai nama pelajar yang mendapat kemudahan kolej. Aha. Begitulah.

My friends yang mmg masak dgn perangai I sememstinya perasan yang I akan pin up my target in front of my desk board. Below apa yang I target, and apa yang jadi seterusnya. Mesti u all sik sbr nak mok tauk??

Sila scroll..



dan scroll lagi...




dan terus scroll... hahhaa... (nang sik sabar la pembaca ku tok)





Ya.. inilah tagetku dari awal sem itu. I masih simpan lagi ketika I membuat sesi clearance.
Alaa.. jgn la tgk dekat2. Takyah la korg zoom kan besar2.
Apesal ada arrow kat tepi tu? Oh, itu tandanya selepas exam, I terus meletakkan whether I mampu capai atau tidak. Ternyata semuanya hampir kesemuanya menurun. Sedih kejap. Tapi tidak dinafikan paper itu memang susah wei. Kecuali PD tu memang dgn confident aku lukis muka happy ku di situ.


Dan inilah pencapaian (AFTER final) yang tidak berada dalam matlamatku seperti yang aku tanda BEFORE final..

QMT - ternyata TURUN SANGAT! Di akui paper itu susah dan tambahan lagi question twister yang hebat! Otakku masih tidak lekang ngan percutian konvo 1 hari before exam ni. Mmg pancaroba nya sgt hangat!
Mandarin - oh! TURUN! Tidak pernah2 aku dpt gred sedemikian sejak pencapaian A- atau A ketika di sem 3 and 4 diploma.
Bel - NAIK! Surprising! Adakah presentation ku menarik audients atau slide ku yang cantik gemerlapan dgn wajah kacak Taufiq Batisah?
Product - TURUN. Kiahe?? Why? Tapi I mengaku yang I salah buat jawapan di soalan. :( Kerana terlalu banyak fakta keluar dari kepala dan tidak ingat nak choose yang mana relevant.
Consumer Behavior - TURUN! Jgn ingat luar nampak senang. Ko ingat behavior tu objektif? Ianya perkara subjektif dan behavior I pon bertukar bila nampak soalan tidak seperti main text yang kami covered dalam kelas. Sakit hati jawab paper ni kerana MOSTly dalam CD yang kene print out baru dapat isinya. Yang ni aku bantai je dengan memerah, mengenjen dan sebagainya. Bila tibanya exam, tetiba karangan ku memanjang mengalahkan tutorialku. Hebat! Patutnya aku publish buku kan sekarang? Korg nak ke baca? Ini pun tak update. Pii rah.
Marketing Research - NAIK! Yang ni patutnya terpahat di hati betul lah! Memang "subjek" kesukaan dan selalu dijadikan subjek luahan isi hati para budak course kami. Oh, nampaknya MR ku naik sedikit. Mestilah korg heran kan kenapa yang lain I target cantik je, MR ni je yang jadi target tak seberapa cantik. Renung2kanlah.. Hahah.

## TERNYATA TARGET TIDAK DAPAT DI CAPAI ##

10 December 2009

ResultFOOL

=
=
=
=


PERHATIAN SEMUA



=
=









POINTER KU


=

=




ADALAH


=


=



=


=






BELUM LAGI... SIGH




09 December 2009

Milo buat aku pelik?


Pelik ke klu I suka makan (menyagon) MILO??

I gemar makan Milo cocoa malt powder tu begitu sahaja ataupun sapu dengan roti.
Sedap pergghhh.
Penangan yang kuat.
Dahlah faveret I Milo Ais.
Kekadang I xde buat apa kat dapur, makanan itu juga yang I sambar.
Xsah klu x suap sekali. Hehhee...
Anda bagaimana?

Opportunity Cost - Broadband

U know I was thinking really hard and from this morning til 5pm just now I've been asking syemah a lot about broadband. Thanks syemah for giving those info's. Well, as I thoroughly investigate and search on my own about this tiny piece of thing that can get ur asssignments done.. there are few links that give a clear view on what it is all about.

1. What do kpbs and Mbps means?
2. Celcom Packages
- Experiences
- Forum
- Pandangan
3. Maxis Packages
4. Digi Packages

** And now looks like I'll go for Celcom Broadband but still surveying for the best modem in town. Considering the price and quality.. Or should I just sign up for Broadband Basic+ Free Modem??? For student package of RM50? I am not so sure. Dahlah kat Sarawak hanya Celcom jak meluas. Nang no choice betul la.. Aiya..

08 December 2009

Beringat2 lah..

I ada sorg adik, nama dia Rul. Adik I yang paling bongsu. Lelaki. Akan menduduki PMR next year. Dia blum memiliki lesen yang sah untuk bermotosikal, namun dia sudah lawan tokey mengalahkan I yang baru dapat lesen B2. Hari itu, bapak I dapat call dari dia yang dia terlibat dalam accident. Kebetulan hari memang hujan sekejap lebat dan kembali okay. Me and my mum yang baru balik petang dari ofis (I fetch her at office) tgk bapak dah marah2. Kitorg pun tertanya2. I yang mendengar khabar itu memang meruap2 lah marah, dalam diam menyalahkan my dad for spoiling my brother. Give him what he wants; a bike. Motorbike. Itupun belum habis bayar ansuran. We are not very wealthy,.. and at that time we are running out of cash to pay for living cost + cat's food. If u know me well, i am just living in a simple way of life. What on earth?!! In my head at that time was "APAHAL PANDEI ACCIDENT??.. KNK LA KO SIK DENGAR KATA AKU! DAH BERBUIH DAH MULUT BERI NASIHAT. Eii, memang naik singa aku. DAH LA SIK PAKEI HELMET! APA GUNA HELMET STYLO (brand KHI yang ada corak tepi tu) MUN SIK PAKEI.." Itu antara kata hatiku yang membuak2. And You know what my mother said?


MAK : Sapa accident?

ME : Rul.

MAK : Melanggar orang ka? Di langgar orang?

ME : Rul melantak orang.

MAK : Owh.. Mak ingat nya di lantak orang. Alhamdulillah nya selamat.

ME : (ntah, my feelings yang marah gila itu ter cool sedikit.)



## Biar apa sekalipun, orang tua tetap sayang ngan kita. So, beringat-ingatlah. Macam manapun adik-beradik marah ngan kita, sejahat mana pun kita, orang tua juga yang kita cari untuk minta ampun di kemudian hari. INgatkah anda masa kecil, anda terluka ke, sakit perut ke, kena marah ka... parents juga yang korg cari nak berdepan dengan semua itu.


Tapi episod cerita yang bukan rekaan ini belum lagi habis. Ko duduk dulu. Mcm aleeya cakap " Just Sit and Read my blog". Bila adikku pulang dari tempat kejadian, memang bapak I bengang. Tapi bengang lagi dia kat polis muda tu kerana terlalu gambong aka memandai. Memandai dalam erti pandangan bapak I, baru keja setahun dua baru dapat gaji beli keta macam dah experience sangat jadi polis. Paling ku tak puas ati dia gi tengking lak bapakku yang dah makan asam garam kehidupan lebih dari dia. Dahlah bapakku darah tinggi. Klu BP dia naik dan dia sakit, memang nahas la polis tu aku track sampai dapat. Terit jak slogan Mesra, Cepat dan Betul. Sekdalah se"mesra" ya. Siaw bena ... <--- Abaikan dia tgh emo.

04 December 2009

KIciwa terhadap pemanduanku

Kenapa lah aku ni lembap sgt bab2 nak keluar roundabout dan memotong ke opposite roadside? Setiap kali mesti ada org hon2 aku. Apa ko tak nampak ka stiker yang terpampang kat cermin kereta ayahku? Baru Pass tau x?! Jgn la expect org sudah pro nak main pecut je. Klu aku kene lantak atau dilantak, korg gak yang buat bulatan sakai mcm xpernah tgk accident. (MOod EMO) Nampaknya aku harus berlagak natural sahaja dan tidak kaku untuk melihat kesemua cermin yang ada. Tapi tadi aku rasa aku betul sebab org harus slow down apabila menghampiri roundabout. Aku yang kua dari exit Petronas Station tu di hon oleh seorg apek motorcyclist. Dia yang laju sgt apsal?????? Aiieeee... geram btul aku. Nasib aku x hon balik. Kang heart attack dia kat serombong hon kete aku baru tahu. Xpasal2 kena minta tolong Dr. Minci save him. Huhuuhu. Di hari Jumaat ini aku bersabar je.

03 December 2009

Kerjaku di waktu cuti

Tanggungjawab ku sbg cousin yg paling tua sudah selesai selepas parents mereka balik dari Sydney. Whew.. Sepanjang 1 minggu tu, inilah kerja ku.

1.Saya mengambil mereka untuk makan malam di rumahku. Sambil2 praktis cara2 nak drift corner2 jalanraya di kawasan perumahan. Chewah. Nanti kene pulas telinga dengan mak baru kamu tahu. Mak call aunty yg berada di Sydney dan aunty tu menjawab "Apa ko ingat anak aku tu sebaya kau?!" Rupa2nya, saya baru menyedari jalanraya shortcut ke rumah mereka tanpa menggunakan jalan utama.

2.Menyediakan segala jamuan di atas meja mengalahkan VIP yang nak dtg ke rumah. Sebagai anak yg sungguh baik, saya mengarah cousin saya (lingkungan umur 13-17tahun)untuk mengemas meja dan mencuci pinggan mangkuk sendiri selepas makan. Haha. Padan muka mereka kerana penat saya masak tau.

3.Meninggalkan fb seketika kerana busy melayan mereka. Oh FB~ T_T

4.Pergi ke e-Mart untuk membeli barangan dapur. Saya mngajar Mira untuk membeli barangan dapur kerana kami berdua hanya perempuan tunggal dalam adik-beradik. Macam menuruni ilmu dapur yang sungguh berguna. Nasib baik saya tidak menyimpan janggut yang sungguh panjang akibat bertapa. Dari memilih kualiti kentang yang baik ke membandingkan harga sayur di dalam dan diluar pasaraya. Kami juga memilih ikan segar dengan intinct perempuan kami. Emak cakap kalu nk beli ikan, mestilah tengok matanya. Baru turun ke hati kita untuk membelinya. Apalah yang aku merapu ni. Lagi satu, kamu cucuk2 dengan lembut badan ikan itu dan belek insangnya. Klu insangnya terang merahnya, bermakna ikan itu masih fresh! Pendek kata, jadilah pengguna yang bijak! Hampir setiap hari muka kami ke eMart.

5. Mengemas kabinet dapur di rumah mereka. Sungguh memuaskan hati. Saya juga mengingatkan Mira untuk prevent semut2 halus naik ke atas meja, haruslah menyapukan minyak di kaki meja tersebut. Lagi banyak, lagi bagus. Ternyata berkesan. Kami menggunakan minyak masak je.

6. Menonton dvd yang dipinjam dari Amy (cousinku yang sorg lagi). Byk cita yang kami blum khatam lagi. antaranya; Surrogates, Taken, Orphans, Aliens in the A.... Sampai kul 2am mata dah berat giler nak tido. Godaan kipas Pensonic dan katil tidak tertahan lagi.

7. Menyambut Hari Raya Aidil Adha bersama2. Parents mereka ke Sydney dan ayah saya lak ke KL. Menjamu selera dengan sungguh x sopan kerana asyik menambah lauk pauk ke dalam pinggan. Diserikan lagi dengan sald buah2an dan sayur kobis sebagai desert. Memang lengkap. Akibatnya, saya dan Mira sakit perut teramat mcm kena sengat tapi bukan bererti mahu membuang air besar ok. Kami continue je tido.

8. Drive ke Vet Clinic untuk mengubati kucingku yang kurap dan cirit birit. Seperti yang saya tulis "Sonali" di bawah. Dipadankan pula aircon keretaku yang sungguh kecil sekali, kami berdua bersauna secara semulajadi di dalam kereta. Tingkap bhgn pemandu tidak dpt dibuka, kecuali yang lain. Nasib.

9. Membawa mereka membeli barangan keperluan di rumah seperti keropok, Gula, Ridsect dan coklat.

10. Menjalankan Misi Khas dengan Mira. Nak tahu apa? Pada malam itu, memang tugas Mira untuk membersihkan kandang kucing nya. Untuk seketika, namaku di panggil Mira "Kak nad! Kak Nad!" lalu ku menjenguk dia yang berada di luar. "Kak Nad, ada byk maggots dalam plastik tahi kat tong ya". Ridsects yang kami beli tempoh hari bauan Orange ternyata tidak dapat mematikan ulat2 itu. Sebaliknya, bau2 orange hanya membantu mewangikan keadaan sahaja. Baju ku pula lekat bau oren. Kami sediakan plastik sampah besar hitam beserta gulungan tali rafia aka nilon. Tidak lupa juga kedua2 belah tgn kami diikat plastik kerana tidak dapat mencari glove. Setelah berjaya menarik sampah keluar dari tong, saya mengumpulkan muncung plastik untuk diikat. Udara di dalam sampah terhembus keluar dari muncung. Saya pun mabuk2 dan nak muntah. Paling kelakar skali kami berdua terjerit2 terlompat2 mcm kera kena belacan kerana takutkan ulat tersebut memasuki rongga kecil plastik kat tangan tangan kami.

11. Drive ke airport kul 12.20am menyambut ketibaan parents mereka yang baru balik dari Sydney. Ow... soo sweet. Paling best skali, mereka suka dengan kekemasan rumah sambil jokes around " Lainkali bleh mama gi vacation lagi".

Hahaha

NIce one syemah!

Kewt sungguh ninjakura itu.
Mcm saya juga. Haha.
Ku mok post joker ngn kau, tp joker itu sungguh ganas skali mukanya.
Joker Batman sungguh gaox mukanya.
Sik brani ku.,
Sik tido malam pembaca blog ku lak.

^____________^"




01 December 2009

Fanatik ngn Gigi Siung


Gigi siung selalu sinonim dgn penghisap darah. Normally vampire or drakula. Sememangnya di seluruh Malaysia tak kira tua muda especially teenagers memang minat cerita baru kat pawagam bertajuk New Moon: Twilight Saga. Lebih2 lagi sesiapa yang telah menonton Twilight. Macam satu penyakit gila lak apabila cerita tersebut di tunda tarikh dimainkan. Mak saya yang drive ke selekoh Spring menuju ke Airport terperangkap dalam jam teruk ekoran dari kehangatan Vampire dtg ke Malaysia. Sempat juga kami yg dalam kereta melihat org melintas jalan dari opposite road pergi ke Spring.Mcm2 fesyen. Ada sorg tu berambut tajam btul. Ada 7 cacak punk atas kepala dia. Agak2nya berapa kilo wax yg dia guna. I say sekarang sudah ada Fan Edward dan Fan Jacob. Even cousin saya tu pun sudah tergila2 ngn si Jacob. Dia punya badan sungguh sasa sekali.