BEST! Aku mesti FOLLOW!

15 August 2009

Thoughts for today

Dunia... oh, dunia..

Pada suatu ketika kamu subur menghijau,
umpama syurga dan kedamaian..
Lihatlah yang terjadi sekarang,
Satu demi satu krisis melanda..
Kemiskinan tetap melanda.

Miskin dengan supply oksigen,
Miskin dengan kehijauan..
Miskin dengan kejernihan air..


Saban hari, orang jatuh sakit,
Dilanda bencana alam dan sebagainya..
Hepatitis, J.E, HIV, .. yang terbaru H1N1,
Di selimuti pula dengan jerebu tebal..
Mendatangkan musibah kepada kita..
Semakin ramai saudara kita yang meninggalkan kita,
Arwah M.J, Yasmin Ahmad, dan vokalis yg ku ku gemari dengan nasyid "IntiFada",
Aku menyanjungi mereka.. tersentuh hatiku menaip blog ini,
Khas buat mereka..

Kucingku (Eek, Sonia, Snowy, Barrack, Budut)
juga telah jauh lari dari dakapanku..
Tidak tahu punca sebenar kematiannya,
Kemungkinan mati di aniaya,

Wahai tuhan, jika inilah petunjuk daripadamu..
Bahawa kiamat semakin dekat,
Ku tadahkan tangan memohon ampun,
moga diredhai amalanku,
di dunia dan di akhirat.

Semoga Ramadan yang bakal menjelma,
Memberi seribu makna..
Ampun dan maaf dipinta..
Andai terkasar bahasa.

Ku kurang pandai berpantun,
Bersyair apatah lagi,
Silalah ajar dengan santun,
Terima kasih daun keladi menampakkan gigi.

1 comment:

Haslina Hashim said...

aku tersentuh baca post kau~ T.T
well..it reflects ur feeling..DEEPLY~