BEST! Aku mesti FOLLOW!

15 August 2009

Kursusku Best!

Awal pagi ku dikejutkan dgn ketukan pintu dari ayah membangunkan aku. Aku membuka mata dengan perlahan meraba2 kelibat handphone di tepi bantalku. Kerana terkejut bahawa jam telah menunjukkan pada pukul 6.33am, ku bingkas bangun dan terus mandi dan bersiap. Ku masih ingat lagi pesan Emma yang berjanji akan mengambilku tepat jam 7am. Mengenangkan masa yang semakin suntuk, aku berusaha mengingati apa yang perlu dibawa supaya tiada yang tertinggal. Lotion, pakaian extra, pakaian sukan, tuala dan dompet di padatkan sahaja ke dalam beg galas. Kasut sport juga tidak dilupakan. Sambil breakfast menghirup 1Now 1Nescafe, handphone ku berbunyi nada mesej masuk. Ku buka inbox, Emma menyampaikan bahawa dia akan mengambil ku pada pukul 7.15am kerana bas UiTM baru sahaja bertolak. Ku sandarkan diri pada kerusi, menghirup Nescafe dgn bau aroma yang menusuk hidung ku. Tidak lama kemudian, Emma pun dtg dgn moto autobot nya. Ku mengucapkan selamat pagi kepada Emma, tanpa ku sedari, bau Nescafe dalam mulutku begitu kuat memenuhi ruang keretanya yang berhawa dingin. Ku endahkan sahaja. Pagi yang sangat awal dengan kelam kabut pagi itu membuatku letih seketika. Ku mengeluh sambil sandarkan diri kat kerusi. Emma memutarkan lagu Barat yang beatnya mampu buatkan jantung ini nak terkeluar. Dalam perjalanan, ku sempat bertanyakan perkembangan kawan-kawanku yang menggunakan bas dan kereta persendirian.

Setibanya di sana, kami sibuk mencari parking kosong. Sesudah parking, handphone ku berbunyi lagi. Kali ini, Amy cuzenku yang call untuk berjumpa dan masuk ke dewan bersama2. Tentatif program pada pagi itu ada 4 slot ceramah.. yang mmg mengantukkan. Tapi aku tertarik dengan ceramah yang last sekali tajuk How to Manage a Concert. Bukan sebarang konsert, tetapi yang berbentuk teater muzikal. Sgt interesting. Aku yang akan participate atau menjadi penonton pertama yang terlibat dlm konsert sedemikian. Aku sgt menggemari karya, tarian dan lakonan yang berunsurkan kreativiti. Betul2 suka. Klu aku di kampus, aku yang menemani Alam (kawan sekelasku) di U-Flo yang pada asalnya on9.. tetapi mataku sering tercabar dan dicuri perhatian oleh tarian Rumpun Seni yang sibuk praktis berdekatan. Acara petang adalah acara yang paling ku tunggu2. Boleh pula tengah kami dalam barisan untuk melaungkan nombor kami, ada ular yang menular di kawasan tersebut. Dan tanpa kami sedari, mmg menghampiri kami. Pada mulanya, aku dan kawanku Aton tidak perasan kerana sibuk mengira dalam bentuk Mandarin 1-10. Tetiba barisan dihadapan diikuti barisan tengah semuanya kecoh menjerit bertempiaran. Kami blur seketika.. dan pandang ke bawah. Ternyata mmg laju ular tersebut mara ke arah kami. Aton lari di belakangku. Tinggalkan ku seorang berhadapan dengan ular. Aku pun lari sahajalah menyelamatkan diri. Ular hijau itu lantas memanjat naik ke pokok kelapa dan tidak kelihatan lagi. Kami pun agak was2 membuat barisan di bawah pokok kelapa kerana takutkan ular itu akan melompat atas kepala kami. Sepanjang teambuilding, aku dan dua org kawanku iaitu Emma and Alam Budak M.K.T. Yang lain semuanya B.A.S. Pada mulanya, anggota kami ada Phejal si Budak FIN tetapi beliau palat dan tergoda dengan ajakan Kenny dan menjanjikan pengganti budak B.A.S masuk ke dalam kumpulan kami. Padan muka. Kumpulan mereka yang tercorot sekali. Hahahhaa. Semangat kesukanan para peserta mmg mencuit hati. Ada yang bersemangat waja, si Corn yang palapes sgt bersemangat warming up untuk anak buahnya. Ada yang kelakar mcm kumpulan kami yang diketuai oleh K-Rol.. bleh pulak buat trademark mcm org zapin dan wayang kulit. Pasukan yang terdiri daripada org2 kacak pun ada, tetapi tidak begitu gagah. Yang nak menangis pun ada.. Ku sangkakan Amy cuzku yang lemah dari segi kesukanan tidak dapat mara, ternyata beliau pun tidak mahu kalah. pendek kata, di situ terpaparlah ragam setiap manusia. Nama pun team building. Setiap org haruslah bertoleransi dan membantu yang lemah. We had so much FUN! Makanan yang disediakan mmg Lazat sekali!! Thumbs UP!

No comments: