BEST! Aku mesti FOLLOW!

23 August 2009

Mataku mcm cyclops X-Men

Alangkah bagus klu ada spec yg mcm cyclops.
Mesti ktkorg blur. Haha. Gik rasa.
Mataku sakit. Ada sumthing tumbuh inside my below eye lid.
Nak madah pitan, sik juak. Doktor ckp setakat ini, ada nanah yang terkumpul bwh mata so nya berbentuk cam bulatan putih. Sakitnya mcm ulser yang biasa ktkorg hadapi.. cuma nya kat mata.
If nya still sik bait2 and membesar, kemungkinan akan dibuang.
Thats mean, minor surgery la.
She told hanya bagi ointment to sooth the pain
1 ointment, 1 eyemo, and pills (painkiller)
Sepanjang hari rasa nak tido jak. Mata sik berapa nak buka.
Kat umah Has tek pun, rasa mau tido jak.
Balik dari umah Has pun terus tido... sampe suku mok waktu berbuka.
Mmg sgt ngantuk and sik bermaya.
Hati ini tertanya2 bagaimana performance ku masa presentation nanti.
Mungkin juga stress kerana byk perkara yang berbangkit
bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Asgmts, quizes, tests, presentation and Jacket project
Constraints really get on my nerves sometimes.
Sorilah wahai teman andai minggu lepas moody semacam.
I may be funny sometimes but when I get mad, my face can be very VERY serious till u can see NO smile on my face.
But left me alone to analyse everything that seems blocking the line.
I need time...
Especially to Has, I'm really sorry.
Don't think I did not acknowledged the Taklimat notice that u and Rain do.
Tq for being patient. Xie xie.

15 August 2009

Kursusku Best!

Awal pagi ku dikejutkan dgn ketukan pintu dari ayah membangunkan aku. Aku membuka mata dengan perlahan meraba2 kelibat handphone di tepi bantalku. Kerana terkejut bahawa jam telah menunjukkan pada pukul 6.33am, ku bingkas bangun dan terus mandi dan bersiap. Ku masih ingat lagi pesan Emma yang berjanji akan mengambilku tepat jam 7am. Mengenangkan masa yang semakin suntuk, aku berusaha mengingati apa yang perlu dibawa supaya tiada yang tertinggal. Lotion, pakaian extra, pakaian sukan, tuala dan dompet di padatkan sahaja ke dalam beg galas. Kasut sport juga tidak dilupakan. Sambil breakfast menghirup 1Now 1Nescafe, handphone ku berbunyi nada mesej masuk. Ku buka inbox, Emma menyampaikan bahawa dia akan mengambil ku pada pukul 7.15am kerana bas UiTM baru sahaja bertolak. Ku sandarkan diri pada kerusi, menghirup Nescafe dgn bau aroma yang menusuk hidung ku. Tidak lama kemudian, Emma pun dtg dgn moto autobot nya. Ku mengucapkan selamat pagi kepada Emma, tanpa ku sedari, bau Nescafe dalam mulutku begitu kuat memenuhi ruang keretanya yang berhawa dingin. Ku endahkan sahaja. Pagi yang sangat awal dengan kelam kabut pagi itu membuatku letih seketika. Ku mengeluh sambil sandarkan diri kat kerusi. Emma memutarkan lagu Barat yang beatnya mampu buatkan jantung ini nak terkeluar. Dalam perjalanan, ku sempat bertanyakan perkembangan kawan-kawanku yang menggunakan bas dan kereta persendirian.

Setibanya di sana, kami sibuk mencari parking kosong. Sesudah parking, handphone ku berbunyi lagi. Kali ini, Amy cuzenku yang call untuk berjumpa dan masuk ke dewan bersama2. Tentatif program pada pagi itu ada 4 slot ceramah.. yang mmg mengantukkan. Tapi aku tertarik dengan ceramah yang last sekali tajuk How to Manage a Concert. Bukan sebarang konsert, tetapi yang berbentuk teater muzikal. Sgt interesting. Aku yang akan participate atau menjadi penonton pertama yang terlibat dlm konsert sedemikian. Aku sgt menggemari karya, tarian dan lakonan yang berunsurkan kreativiti. Betul2 suka. Klu aku di kampus, aku yang menemani Alam (kawan sekelasku) di U-Flo yang pada asalnya on9.. tetapi mataku sering tercabar dan dicuri perhatian oleh tarian Rumpun Seni yang sibuk praktis berdekatan. Acara petang adalah acara yang paling ku tunggu2. Boleh pula tengah kami dalam barisan untuk melaungkan nombor kami, ada ular yang menular di kawasan tersebut. Dan tanpa kami sedari, mmg menghampiri kami. Pada mulanya, aku dan kawanku Aton tidak perasan kerana sibuk mengira dalam bentuk Mandarin 1-10. Tetiba barisan dihadapan diikuti barisan tengah semuanya kecoh menjerit bertempiaran. Kami blur seketika.. dan pandang ke bawah. Ternyata mmg laju ular tersebut mara ke arah kami. Aton lari di belakangku. Tinggalkan ku seorang berhadapan dengan ular. Aku pun lari sahajalah menyelamatkan diri. Ular hijau itu lantas memanjat naik ke pokok kelapa dan tidak kelihatan lagi. Kami pun agak was2 membuat barisan di bawah pokok kelapa kerana takutkan ular itu akan melompat atas kepala kami. Sepanjang teambuilding, aku dan dua org kawanku iaitu Emma and Alam Budak M.K.T. Yang lain semuanya B.A.S. Pada mulanya, anggota kami ada Phejal si Budak FIN tetapi beliau palat dan tergoda dengan ajakan Kenny dan menjanjikan pengganti budak B.A.S masuk ke dalam kumpulan kami. Padan muka. Kumpulan mereka yang tercorot sekali. Hahahhaa. Semangat kesukanan para peserta mmg mencuit hati. Ada yang bersemangat waja, si Corn yang palapes sgt bersemangat warming up untuk anak buahnya. Ada yang kelakar mcm kumpulan kami yang diketuai oleh K-Rol.. bleh pulak buat trademark mcm org zapin dan wayang kulit. Pasukan yang terdiri daripada org2 kacak pun ada, tetapi tidak begitu gagah. Yang nak menangis pun ada.. Ku sangkakan Amy cuzku yang lemah dari segi kesukanan tidak dapat mara, ternyata beliau pun tidak mahu kalah. pendek kata, di situ terpaparlah ragam setiap manusia. Nama pun team building. Setiap org haruslah bertoleransi dan membantu yang lemah. We had so much FUN! Makanan yang disediakan mmg Lazat sekali!! Thumbs UP!

Marilah sayang

Sayangnya~

I miss my cats when I reached home.
Oh bahagianya setelah melihat kucingku gemuk semua.
Achumo menanti ku di rak kasut, ku membelai dan menerkap mukanya penuh geram. Achumo sekarang gemuk, tidak seperti minggu yang lepas. Sungguh kurus kerana tidak sihat.
Di sofa terlihat Panda, kucingku yang mixed-Siam tidur melunjurkan badannya menampakkan aksi tidur yang bergaya. Perlahan, ku mendakapnya dalam pelukanku. Panda adalah kucingku selepas Eek. Tapi pada ketika itu, ku tidak perasan bulu Panda ada sedikit kelainan kerana bulu coklatnya semakin menyerlah. Barangkali campuran makanan Fresh fish and cat canfood menjadi faktor kekiutannya.. Chappy tidur tapi dikejutkan oleh Nicole yang ligat bermain. Kedua-duanya adik-beradik. Chappy kembali aktif melepaskan geram terhadap Nicole yang mengganggunya tidur. Panda pula join Nicole dan Chappy yang muda daripadanya.. Kemungkinan Panda terasa sepi kerana kematian Sonia yang merupakan adik-beradiknya. Bugau adalah seekor kucing yang berbulu hitam belang mcm harimau. Semakin kurus ku lihat, kerana sering teraniaya oleh kucing jiranku. Ku memantau pula cucuku di atas.. iaitu 6 seberadik, anak milik Bozo. Bozo merupakan induk kesemua kucing-kucingku. Tidak lupa juga kepada kucing hensem yang tertua dalam keluarga.. Purty Tail yang semakin tua dimamah usia. Bulu semakin berkurangan, namun tetap disayang ditatang minyak yang penuh. Kesian pula melihat ibu ku yang asyik menunjukku gambar yang ditangkap (especially Eek) menerusi handphonenya.. dia berkata "Sekda yang dapat di cari pusak kedak Eek ya". You know, the day after my mum told me about the sad story, selama 3 hari I terjumpa pusak yang seakan bulu kedak Eek, Corak spot hitam yang seakan2 sama... even a friend of mine wore a cat (Black and White color) shirt when we send her to the airport. The same week. I ever slept with tears each time I remembered the moment. As though there is something.. that the truth can't be seen in reality.

MInggu yang busy

Di sini ingin ku krepak,
Bahawa next week TERSANGATLAH busy~
Dari Isnin sampailah Jumaat,
Semuanya berisi~.

Dimulai Isnin hari pertama ,
Menjawab test MR yang digeruni,
Perkataan fail bermain dalam kepala,
Sentiasa menghantui diri ini.

Lompat si katak lompat,
Test CB jatuh pada Hari Selasa
Belum dibaca topic 1 hingga 4,
Jawab sahajalah... moga tidak terrgesa-gesa.

Sir L.M.A yang kami sayangi,
Setiap Rabu mengajar studentnya Mandarin,
Bagaimana harus ku pelajari,
Moga lulus kuiz senyum tergisin2.

Khamis bererti Hukuman Gantung bagi kami,
Iaitu jatuh proposal MR punya itu dateline,
Khamis juga aku terpaksa present topic sendiri,
Personel Development, bukannya MR, tapi subjek yang lain.

Pertandingan Jacket Design semakin menghampiri,
Ketua projek dan krewnya berganding bahu,
Pada hari Jumaat yang diberkati,
Bisa menggegarkan Blok B baru kamu tahu.

Thoughts for today

Dunia... oh, dunia..

Pada suatu ketika kamu subur menghijau,
umpama syurga dan kedamaian..
Lihatlah yang terjadi sekarang,
Satu demi satu krisis melanda..
Kemiskinan tetap melanda.

Miskin dengan supply oksigen,
Miskin dengan kehijauan..
Miskin dengan kejernihan air..


Saban hari, orang jatuh sakit,
Dilanda bencana alam dan sebagainya..
Hepatitis, J.E, HIV, .. yang terbaru H1N1,
Di selimuti pula dengan jerebu tebal..
Mendatangkan musibah kepada kita..
Semakin ramai saudara kita yang meninggalkan kita,
Arwah M.J, Yasmin Ahmad, dan vokalis yg ku ku gemari dengan nasyid "IntiFada",
Aku menyanjungi mereka.. tersentuh hatiku menaip blog ini,
Khas buat mereka..

Kucingku (Eek, Sonia, Snowy, Barrack, Budut)
juga telah jauh lari dari dakapanku..
Tidak tahu punca sebenar kematiannya,
Kemungkinan mati di aniaya,

Wahai tuhan, jika inilah petunjuk daripadamu..
Bahawa kiamat semakin dekat,
Ku tadahkan tangan memohon ampun,
moga diredhai amalanku,
di dunia dan di akhirat.

Semoga Ramadan yang bakal menjelma,
Memberi seribu makna..
Ampun dan maaf dipinta..
Andai terkasar bahasa.

Ku kurang pandai berpantun,
Bersyair apatah lagi,
Silalah ajar dengan santun,
Terima kasih daun keladi menampakkan gigi.