BEST! Aku mesti FOLLOW!

06 June 2009

Karina Sensei!

Anda tau apa itu sensei? Haha. Klu sik silap, itu bermaksud cikgu dlm Jepun.

Bermula 2 June, Aku telah dinobatkan sebagai tutor kepada form 2 cousinku bagi subjek Math, Geo and Sejarah selama sebulan. Oh, aku sungguh berbesar hati dan besar kepala apabila diberikan kepercayaan yang sungguh bombastik sekali takpun dua kali. Mengarut! Mana kan ada dua kali sebab tidak dicatatkan di dalam kamus Dewan Edisi ke-4 (kot).

Pada mulanya, ayahnya menyuruh ku mengajar anaknya, Mira itu Math sahaja. Akan tetapi, Mira menyatakan pendiriannya memintaku mengajarnya subjek Geo and Sej. Aku menekan butang ON sahaja sebagai tanda bersetuju.

Pengajaran Math paling mencabar kerana semua itu memerlukan teknik berfikir di samping menekan kalkulator 350Ms untuk bebudak menengah rendah (PMR). Penghafalan sifir sangatlah penting supaya proses pengiraan dapat dilakukan dengan cepat dan jitu sekali. Kalau dahulu masa sekolah rendah, aku dan kawan sekelas disuruh duduk menyanyi lagu sifir 1 hingga 12 sehinggakan kepala ini sudah di set kan alunan sifir yang selalu dipraktikkan. Ala! Mcm Siti Sifir dengan Spec Hitam Kumbang nya itu di dalam Rancangan A.L.O.N.G? Masih ingat kah kamu?? Mahu sahaja aku menyuruhnya menyanyi sifir seperti zaman kiut ku dahulu. Akan tetapi, masa ini terlalu singkat. So, next chapter guys!

I can see Mira in me. Untungnya Mira dapat seseorang untuk mengajar nya di rumah dan tidaklah terlalu formal, malahan dapat tutor yang gila kepalanya seperti ku. Tidaklah terkapai-kapai menjawab soalan praktis kendiri kebuntuan macam ikan. Aku meminta untuk melihat test paper Math nya dan aku mendapati budak nih! (Hanya mampu gleeng kepala sahaja).. Tak sayang betul ngan markah. Ibu bapanya memberi harapan yang tinggi kepadaku. Alhamdulillah, berkat kesabaran, toleransi, pengajaranku mengikut style ku tersendiri dengan komunikasi yang efektif (bahasa yang lebih mudah difahami) dia menampakkan minat untuk belajar. Yang paling seronok, dia ada initiatif untuk membuat soalan yang ku tick sebagai homework nya. Hatiku berkata " Yah.. pandai pun."

Budak zaman ini terlalu inginkan keseronokan dan kawan2. Mereka lebih cenderung untuk mengikut kata kawan2 daripada ibu bapa. Budak primary school dah memiliki handphone. Tak macam dahulu, aku hanya memiliki nombor simcard sahaja dan kongsi hp dengan ibuku. Malam ku berpeluang untuk mengesan sebarang pesanan ringkas setelah ibu balik dari kerja. Teringat kata dari seorang lecturer ku iaitu Mdm Hazami dalam pengajaran Organizational Behavior which is " Budak2 teenager sekarang tgh mencari identiti sendiri"..

Untuk pengetahuan semua, aku bermotosikal ke rumahnya dan pengajaranku bermula pada pukul 9.00 sehingga tamat chapter seperti yang dijadualkan. Aku telah membuatkan nya jadual cuti dan chapter yang aku aim nak tamat untuk setiap hari. Pendek kata, lebih kurang pukul 12 aku sampai di rumah. Itu untuk waktu cuti sahaja. Berlainan pula dengan waktu bersekolah, hanya Selasa dan Rabu sahaja aku relax goyang kaki kerana dia ada luar sidang (PAFA) Itu sahaja dari aku. Salam!

No comments: